Siti Zubaidah | |
---|---|
Pengarah | B. N. Rao |
Dibintangi | Nordin Ahmad Maria Menado Siput Sarawak M. Amin |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Maria Menado Production |
Tarikh tayangan | 1961 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Siti Zubaidah merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1961. Filem Siti Zubaidah diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem ini merupakan adaptasi daripada sastera klasik Melayu, Syair Siti Zubaidah Perang Cina.
Filem Siti Zubaidah mula ditayangkan pada 1961 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Nordin Ahmad, Maria Menado, Siput Sarawak, M. Amin, Roseyatimah dan ramai lagi.
Pengarah
Filem Siti Zubaidah diarah oleh pengarah B. N. Rao pada 1961.
Ringkasan
Filem ini menceritakan pertemuan Sultan Zainal Abidin dengan seorang gadis yang memiliki suara yang lunak ketika berhenti di sebuah pulau semasa dalam pelayaran. Baginda tertarik hati dengan suara dan wajah gadis berkenaan. Apabila mengetahui gadis berkenaan merupakan anak kepada penghulu pulau yang disinggahinya, Sultan Zainal Abidin memohon keizinan untuk menyunting anak penghulu itu sebagai permaisurinya.
Pelakon
- Nordin Ahmad sebagai Sultan Zainal Abidin
- Maria Menado
- Siput Sarawak
- M. Amin
- Roseyatimah
- Mat Sentol
- Mahmud Jun
- Leng Husin
Lagu
Pencapaian
Lihat juga