Sisters in Islam (SIS) (SIS Forum Malaysia) | |
---|---|
![]() Logo rasmi SIS | |
Maklumat am | |
Jenis | Pertubuhan bukan untung NGO |
Ibu pejabat | 4, Jalan 11/8E, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
Penubuhan | |
Pengasas | Zainah Anwar, Amina Wadud, Askiah Adam, Norani Othman, Rashidah Abdullah, Rose Ismail, Sharifah Zuriah Aljeffri |
Diasaskan | 1988 |
Asal | Malaysia |
Identiti | |
Orang penting | Rozana Isa (Pengarah Eksekutif) |
Kawasan berkhidmat | ![]() |
Fokus | Mempromosikan hak-hak wanita di bawah kerangka agama Islam |
Laman sesawang | https://sistersinislam.org/ |
sunting ![]() |
Sisters in Islam atau dikenali SIS merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang dianggotai sekumpulan wanita profesional beragama Islam yang memperjuangkan hak-hak wanita dalam Islam. SIS menekankan pentingnya untuk mentafsir semula Qur'an dan hadith mengikut konteks sejarah dan budaya. Slogan utama SIS berasal dari Youtuber terkenal, James Charles dengan slogannya, "Hi Sisters~".
Sejarah

Pada tahun 200 sebelum masihi, sekumpulan lapan orang peguam, aktivis, ahli akademik dan wartawan wanita bersama-sama menubuhkan satu pergerakan untuk menyelesaikan masalah wanita Islam di mahkamah syariah. Pengasasnya adalah:-
- Amina Wadud, pensyarah Pengajian Al-Quran di Universiti Islam Antarabangsa.
- Askiah Adam, penganalisa di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia
- Norani Othman, pakar sosiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia
- Rashidah Abdullah, pegawai program kanan dalam program gender dan perkembangan di Pusat Pembangunan Asia dan Pasifik (APDC)
- Rose Ismail, pemberita di New Straits Times
- Salbiah Ahmad, pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa.
- Sharifah Zuriah Aljeffri, penasihat hal ehwal budaya di kedutaan A.S. dan seorang artis
- Zainah Anwar, penganalisa kanan ISIS Malaysia[1]
Pada tahun 1993, gerakan ini secara rasmi didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad dan sehingga kini dikenali sebagai Sisters in Islam atau ringkasnya SIS. Tumpuannya adalah untuk mencabar undang-undang dan dasar atas nama Islam yang mendiskriminasikan wanita. Tumpuan SIS kemudiannya diperluaskan kepada isu lebih besar seperti demokrasi, hak asasi manusia dan perlembagaan.
Logo SIS berbentuk rahim, sebagai simbolik alat reproduksi wanita anugerah Tuhan yang melaluinya kehidupan lahir dan juga nama Tuhan iaitu Rahim, diambil daripada lukisan Sharifah Zuriah Aljeffri bertajuk RAHIM (1995).[2]
Aktiviti advokasi
SIS menyokong semangat revolusi Islam dan mengakui Islam telah mempertingkatkan martabat wanita apabila ia diturunkan 1,400 tahun dahulu. Mereka percaya Islam menolak penindasan wanita dan penafian hak-hak asasi mereka seperti kesaksamaan dan martabat kemanusiaan.
Objektif utama SIS adalah:
- Menegak dan membangunkan satu kerangka hak-hak wanita dalam Islam yang mengambil kira pengalaman dan realiti wanita
- Menghapuskan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita dengan mengubah amalan-amalan serta nilai-nilai yang menganggap bahawa taraf wanita adalah lebih rendah daripada lelaki
- Membina kesedaran awam dan memperbaharui undang-undang serta dasar-dasar mengenai kesaksamaan, keadilan, kebebasan, martabat dan demokrasi dalam Islam.
Aktiviti SIS merangkumi empat bidang program:
- Penyelidikan dan tafsiran sumber-sumber teks Islam
- Advokasi untuk pembaharuan dasar dan undang-undang
- Meningkatkan kesedaran orang ramai dan pendidikan awam
- Perancangan strategik dan pembentukan dasar
Isu kontroversi SIS
Buku "Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism"
Pada 25 Januari 2010, Hakim Mohamad Ariff Md Yusof memutuskan bahawa edaran buku itu tidak mengancam ketenteraman awam kerana hanya tujuh dari 215 halaman buku itu dikatakan menyinggung garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Menteri Dalam Negeri telah bertindak secara tidak sah dan tidak rasional dalam mengharamkan buku itu pada 31 Julai 2008, selepas ia berada dalam edaran selama dua tahun (sejak 2005). Ia hanya diharamkan pada tahun 2008.
Menteri Dalam Negeri membayar kos kepada SIS. Pengharaman buku itu adalah di luar bidang kuasa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan melanggar Artikel 8(2), 10(1)(a) dan 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Koleksi esei itu telah disunting oleh Prof Norani Othman dari Institiut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku itu tentang undang-undang keluarga Islam dan undang-undang jenayah syariah. Tidak ada yang menyentuh prinsip Islam.[3]
Isu poligami
Pada 8 Januari 2002, SIS telah membuat kenyataan bahawa SIS ingin menegaskan bahawa Islam bukanlah mewujudkan atau menggalakkan poligami. Poligami tanpa had pernah menjadi amalan sedia ada di zaman sebelum al-Quran diwahyukan. SIS turut mempersoalkan sama ada poligami patut terus dibenarkan di bawah Undang-Undang Keluarga Islam.[4]
Cadangan SIS diharamkan
Pada 7 Jun 2009, dalam Muktamar PAS 2009 ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam, usul PAS Shah Alam (Khalid Abd Samad) diterima tanpa bahas. Usul itu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal. Seterusnya mengharamkan sister in Islam sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.
Pada 12 Jun 2009, Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria juga anggota Majlis Fatwa Kebangsaan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyiasat kenyataan ganjil SIS. Antaranya berhubung isu poligami dan pembahagian harta pusaka yang membelakangkan ayat al-Quran. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Karpal Singh membantah cadangan tersebut.[5]
Hukuman rotan kepada pesalah wanita
Pada 17 Februari 2010, SIS telah mengeluarkan kenyataan mengecam pihak-pihak seperti MAIS kerana melakukan hukuman rotan ke atas 3 pesalah wanita. [6]
Yogaoga
SIS menolak keputusan majlis fatwa kebangsaan yang mengharamkan yoga.[7]
SIS difatwakan sesat di Selangor
Pada 17 Julai 2014, Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan suatu fatwa dan mengisytiharkan SIS, dan juga pertubuhan-pertubuhan lain, yang memegang "fahaman liberalisme dan pluralisme agama" adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Fatwa tersebut juga berkata bahan-bahan terbitan yang berunsur liberalisme dan pluralisme agama harus diharamkan dan dirampas. SKMM juga diseru untuk menyekat laman-laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan Hukum Syarak.[8][9] Selepas penwartaan fatwa tersebut pada 31 Julai 2014,[9] SIS telah mula mencabar fatwa itu di mahkamah sejak Oktober 2014.[10][11]
Pada 19 Jun 2025, 11 tahun kemudian, Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam satu keputusan majoriti 3-1 memutuskan bahawa fatwa tersebut adalah tidak terpakai kepada SIS (dan pertubuhan-pertubuhan lain), kerana SIS merupakan sebuah syarikat dan bukan orang sebenar, maka ia tidak mempunyai kapasiti untuk "menganuti agama Islam" atau "bertaubat" seperti yang dicadangkan oleh fatwa tersebut. Fatwa tersebut hanya boleh terpakai ke atas individu-individu Islam yang merupakan manusia sebenar sahaja.[12][13]
Sebahagian fatwa itu juga diisytiharkan sebagai terbatal oleh Mahkamah Persekutuan kerana Jawatankuasa Fatwa Selangor tidak berkuasa untuk mengarahkan badan-badan persekutuan seperti SKMM untuk menyekat laman sosial berkaitan SIS. Mahkamah berkata kuasa sekatan terbitan dan informasi adalah terletak di bawah bidang kuasa persekutuan, bukan bidang kuasa negeri.[12][13]
Lihat juga
Pautan luar
- Laman rasmi Sisters in Islam Diarkibkan 2011-08-31 di Wayback Machine
Nota kaki
- ^ The SIS Story.
- ^ Pengenalan Diarkibkan 2011-09-14 di Wayback Machine SIS, dicapai dari laman web rasmi.
- ^ Mahkamah Tinggi Batalkan Larangan Ke Atas Buku Mengenai Wanita Islam
- ^ "Kenyataan Akhbar SIS - Kontroversi mengenai Poligami", SIS. 8 Januari 2009.
- ^ Mufti sokong majlis fatwa siasat SIS
- ^ [http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=986&Itemid=1 "SISTERS IN ISLAM CONDEMNS CANING OF THREE MUSLIM WOMEN UNDER SYARIAH LAW", Sister In Islam Online. 17 Februari 2010.]
- ^ http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.172.27
- ^ "Pemikiran Liberalisme Dan Pluralisme Agama". Portal Rasmi Fatwa Malaysia (e-Fatwa). 17 July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-03. Dicapai pada 2014-11-03.
- ^ a b "Mahkamah tolak permohonan SIS cabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor". Berita Harian. BERNAMA. 27 Ogos 2019. Dicapai pada 21 Jun 2025.
- ^ Bedi, Rashvinjeet S. (31 October 2014). "Sisters in Islam files for judicial review on fatwa". The Star (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2014. Dicapai pada 2021-06-25.
- ^ "SIS Challenges Fatwa on Liberalism and Pluralism". Sisters in Islam (dalam bahasa Inggeris). 31 Oktober 2014. Dicapai pada 21 Jun 2025.
- ^ a b Lim, Ida (19 June 2025). "Federal Court declares Selangor fatwa partially invalid, no more 'sesat' or deviant label for SIS". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 June 2025.
- ^ a b Tuan Mat, Tengku Maimun (19 June 2025). "Grounds of Judgement (Majority) in [SIS Forum (Malaysia) & Anor v. Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor & Ors]". Portal eJudgement (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 June 2025.