Dalam antropologi sosial, poligami (daripada bahasa Greek, ertinya perkahwinan banyak) atau permaduan merujuk kepada perkahwinan yang mana seseorang itu berkahwin dengan beberapa orang sekaligus. Biasanya suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri. Poligami merupakan lawan monogami.
Bentuk poligami
Terdapat tiga bentuk poligami: poligini (seorang lelaki mempunyai beberapa isteri), poliandri (seorang wanita mempunyai beberapa suami) dan perkahwinan kelompok (campuran poligini dan poliandri). Poligini adalah bentuk yang paling biasa ditemui.
Poligami dan agama
Islam
Agama Islam membenarkan seorang lelaki berkahwin dua, atau tiga atau empat apabila mampu dengan syarat dan keadaan tertentu. Walau bagaimanapun, Islam menetapkan si suami berlaku adil dan saksama kepada isteri-isterinya.