"Sinu" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Masterpiece | ||||
daripada album Merindang Ke Bintang | ||||
Dilancarkan | 2009 | |||
Dirakamkan | 2008 | |||
Format | Muat turun digital, CD | |||
Panjang | 4:38 (versi radio) | |||
Syarikat | Panggau Buluh Pengerindu | |||
Penulis | Depha Masterpiece | |||
Penerbit | Embat Lala | |||
Kronologi single Masterpiece | ||||
| ||||
"Sinu" di YouTube | ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Sinu" adalah sebuah lagu oleh kumpulan rock Iban Masterpiece. Ia telah dikeluarkan pada tahun 2009 sebagai single utama daripada album studio pertama mereka, Merindang Ke Bintang. "Sinu" ialah single utama Masterpiece yang membantu untuk meletakkan mereka di industri muzik Sarawak dan lagu itu telah diiktiraf sebagai salah satu daripada lagu-lagu tandatangan Masterpiece dan telah dinyanyikan semula di beberapa majlis dan persembahan. Ia telah dihasilkan oleh Embat Lala, yang menerbitkan keseluruhan album di bawah label rakaman beliau, Panggau Buluh Pengerindu Records. "Sinu" telah memenangi "Lagu Terbaik" di majlis anugerah Anugerah Carta Rentak Ruai AJARR, yang diwakili oleh Cats FM pada 21 Mei 2011 di Kuching, Sarawak.[1][2][3][4]
Senarai runut
- "Sinu" (Versi album) - 4:38
Muzik video
Muzik video (diarahkan oleh Harry Frederick) telah difilemkan di Beach Club Sibu menampilkan kumpulan ini membuat persembahan di pentas.
Rujukan
- ^ Biography, Masterpiece's Biography. "The Band- Masterpiece Iban Rock Band Biography".
- ^ Best song of the year, Sinu - Masterpiece song in AJARR. "Sinu-Song of the year".
- ^ Best song of the year, Sinu by Masterpiece. "Grandest AJARR tonight".
- ^ Masterpiece In AJARR, Sinu. "Masterpiece battle out in AJARR 2011-Masterpiece - Champion".