Silla (شيللا) 신라 (新羅) | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
57 SM–935 M | |||||||||
Ibu negara | Gyeongju | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | bahasa Silla (Sebahagian daripada bahasa Korea Kuno) | ||||||||
Agama | Buddhisme, Konfusianisme, Taoisme, Kepawangan Korea | ||||||||
Kerajaan | Monarki | ||||||||
Raja | |||||||||
• 57 SM – 4 M | Hyeokgeose (pertama) | ||||||||
• 540 M – 576 M | Jinheung | ||||||||
• 654 M – 661 M | Muyeol | ||||||||
• 661 M – 681 M | Munmu | ||||||||
• 681 M – 692 M | Sinmun | ||||||||
• 927 M – 935 M | Gyeongsun (terakhir) | ||||||||
Era Sejarah | Purba | ||||||||
• Penubuhan | 57 SM | ||||||||
• Pengenalan agama Buddha | 527 M | ||||||||
• Kempen Raja Jinheung | 551 M – 576 M | ||||||||
676 M – 935 M | |||||||||
• Penyerahan kepada Dinasti Goryeo | 935 M | ||||||||
|
Silla | |
---|---|
Hangul | 신라 |
Hanja | 新羅 |
Perumian Semakan | Silla |
McCune–Reischauer | Silla |
Silla[1] (berbunyi Syilla; 57 SM - 935 M) adalah salah satu daripada Tiga Kerajaan Korea di mana kerajaan ini merupakan salah satu wangsa yang paling lama dalam sejarah Asia. Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Park Hyeokgeose[2] yang merupakan pengasas bagi nama keluarga Korea iaitu Park (박, 朴) di mana kerajaan ini bermula di Persekutuan Namhan. Pada 660 Masihi, Silla telah bersekutu dengan Dinasti Tang, Silla akhirnya menakluki dua buah kerajaan lain, Baekje pada tahun 660 Masihi dan Goguryeo pada tahun 668 Masihi. Selain itu, kerajaan ini mencakupi sebahagian besar wilayah di Semenanjung Korea di mana Silla akhirnya dirujuk sebagai Silla Bersatu atau "Silla Kemudian" (Hu-silla) dan di bahagian utara pula terdapat kerajaan Balhae yang merupakan penerus bagi kerajaan Goguryeo. Setelah hampir 1000 tahun memerintah, Silla telah berpecah kepada kerajaan-kerajaan kecil yang akhirnya membawa kepada Tiga Kerajaan Akhir dan kerajaan-kerajaan kecil itu kemudiannya dikuasai oleh Dinasti Goryeo pada tahun 935 Masihi.
Nama
Sejak awal penubuhan hingga ke menjadi sebuah kerajaan yang besar, Silla telah tercatat dalam pelbagai fonetik Hanja yang hampir sama dengan nama asli Korea iaitu Saro (斯盧, 사로), Sara (斯羅, 사라), Seona[beol] (徐那[伐], (서나[벌]), Seoya[beol] (徐耶[伐], 서야[벌]), Seora[beol] (徐羅[伐], 서라[벌]), dan Seobeol (徐伐, 서벌). Pada tahun 503 M, Raja Jijeung menetapkan tulisan Hanja "新羅" yang dibaca Silla dalam bahasa Korea Moden.
Galeri
-
Belati Silla, abad ke-5.
-
Loceng Gangsa Raja Seongdeok yang Agung.
-
Pagoda batu di Gunung Namsan berhampiran Gyeongju.
-
Ukiran Buddha pada batu di Gunung Namsan.
-
Jumonji di kuil Buddha.
-
Perhiasan emas daripda kerajaan Silla awal.
-
Peti abu
-
Patung pahlawan monyet Silla di Muzium Negara Korea.
-
Batu-bata berdekorasi.
-
Kepingan berdekorasi.
Rujukan
- ^ Daum (Korea)
- ^ http://www.shilla.or.kr/ (Korea)
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Silla. |