Gyeongsun dari Silla 敬順王 경순왕 ڬيوڠسون دري شيللا | |
---|---|
Raja Silla | |
Pemerintahan | 927 – 935 |
Kemahkotaan | 927 |
Didahului oleh | Gyeongae dari Silla |
Diikuti oleh | Taejo dari Goryeo |
Keputeraan | 896 Silla Bersatu |
Kemangkatan | 978 (berumur 81–82) Kerajaan Goryeo |
Pasangan | Puan Besar Jukbang Putera Nakrang |
Anakanda Antara yang lain... | Putera Mahkota Maui Permaisuri Heonsuk |
Kerabat | Wangsa Kim |
Ayahanda | Kim Hyo-Jong |
Bonda | Puteri Gyea |
Agama | Agama Buddha |
Gyeongsun dari Silla | |
---|---|
Hangul | 경순왕 |
Hanja | 敬順王 |
Perumian Semakan | Gyeongsun wang |
McCune–Reischauer | Kyŏngsun wang |
Nama lahir | |
Hangul | 김부 |
Hanja | 金傅 |
Perumian Semakan | Gim Bu |
McCune–Reischauer | Kim Pu |
Raja-raja Korea |
Silla |
---|
(Pasca penyatuan) |
|
Gyeongsun dari Silla (Hangul: 경순왕; Jawi: راج ڬيوڠسون ; 896 - 978; memerintah 927–935) ialah raja ke-56 dan terakhir dari kerajaan Silla Korea.
Biografi
Keturunan generasi keenam Raja Munseong, baginda ialah putera Hyogong melalui Puteri Gyea, yang merupakan puteri Raja Heongang. Surinya ialah Puan Besar Jukbang (죽방 부인) dari suku Park Juksan, putera sulungnya ialah Putera Mahkota Maui, dan anak bongsunya ialah Beomgong.[1]
Gyeongsun diletakkan di atas takhta oleh raja Hubaekje Gyeon Hwon selepas tentera Hubaekje menggulingkan Gyeongju di 927. Kerajaan itu sudah berada dalam keadaan yang sangat lemah, jadi Gyeongsun memerintah sisa kecil wilayah bekas Silla hingga akhirnya melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada Taejo dari Goryeo pada tahun 935. Baginda berkahwin semula dengan anak perempuan Taejo, Puteri Nangrang (낙랑 공주) dan dilantik sasim-gwan (사심관, inspektor jeneral) Gyeongju, memulakan sistem sasim-gwan pertama Goryeo. Baginda menjalani sisa hidupnya dekat ibu kota Goryeo (Kaesong moden).
Baginda mangkat pada tahun 978 dan makamnya terletak di Jangnam-myeon, Kaunti Yeoncheon, Gyeonggi-do, Korea Selatan.
Menurut Samguk Sagi, putera Gyeongsun, Putera Mahkota Maui membantah pengunduran ayahandanya kepada Goryeo, lalu membawa diri menjadi pertapa di Gunung Kumgang.
Keluarga
- Ayahanda: Raja Shinheung dari Silla (신흥 대왕)[2]
- Nenekanda: Raja Uiheung dari Silla (의흥 대왕)[3]
- Ibunda: Puteri Besar Gyea dari suku Gyeongju Kim (계아 태후 김씨)
- Nenekanda: Raja Heongang dari Silla (? - 886) (신라 헌강왕)
- Pasangan dan anak masing-masing:
- Puan Besar Jukbang (죽방 부인)
- Putera Mahkota Maui (마의 태자)
- Kim Deok-ji, Putera Beom (김덕지 범공)
- Kim Myeong-jong, Putera Yeongbun (영분 공)
- Permaisuri Heonsuk dari suku Kim Gyeongju (헌숙 왕후 김씨)
- Puteri Nakrang dari suku Kaesong Wang (낙랑 공주 왕씨)[4]
- Puteri Wang dari suku Kaesong Wang (공주 왕씨)[7]
Dalam budaya popular
- Shin Gwi-shik - Taejo Wang Geon (KBS, 2000–2002)
- Lee Do-ryeon - The Dawn of the Empire (KBS, 2002–2003)
Lihat juga
Rujukan
- ^ (dalam bahasa Korea) King Gyeongsun Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine at Encyclopedia of Korean Culture
- ^ Shinheung ialah gelaran selepas kematian, nama sebenarnya Kim Hyo-jong.
- ^ Uiheung ialah gelaran selepas kematian, nama sebenarnya Kim Sil-hong.
- ^ Anak perempuan Taejo dari Goryeo dan Permaisuri Shinmyeongsunseong.
- ^ Kemudian berkahwin dengan Hwang Gyeong.
- ^ Kemudian berkahwin dengan Lee Geum-Seo.
- ^ Anak perempuan Taejo dari Goryeo dan Puan Besar Seongmu dari suku Park Pyeongsan.
Gyeongsun dari Silla Tarikh kemangkatan: 978
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Gyeongae |
Raja Silla 927–935 |
Diikuti oleh: tiada |