Watak Harry Potter | |
---|---|
Severus Snape, dilakonkan oleh Alan Rickman, | |
Severus Snape | |
Jantina | Lelaki |
Warna rambut | Hitam |
Warna mata | Hitam |
Kediaman | Spinner End |
Rumah | Slytherin |
Sekolah | Hogwarts |
Keturunan | Campuran Sihir |
Dilakonkan oleh | Alan Rickman |
Kemunculan pertama | Harry Potter and the Sorcerer's Stone (buku & filem) |
Severus Snape (lahir pada 9 Januari 1960) adalah sebuah watak rekaan di dalam novel rekaan J.K. Rowling iaitu Harry Potter. Beliau pernah menjadi guru subjek posyen Posyen dan ketua kepada rumah pasukan Slytherin selama 16 tahun di Sekolah Sihir Hogwarts yang merupakan latar utama novel tersebut. Watak ini paling tidak digemari oleh watak utama Harry Potter di atas sikap dan toleransinya yang berat sebelah.
Paras fizikal Snape sering digambarkan sebagai orang yang tinggi lampai, kurus, hidung yang mencangkuk, dan rambut berminyak serta tidak terurus dan memakai jubah hitam yang diibaratkan seperti seekor keluang.
Rowling mendakwa yang beliau meminjam nama sebuah kampung Inggeris di Suffolk iaitu "Snape". Nama pertama beliau iaitu "Severus" berasal dari perkataan Latin iaitu "tegas", "kasar" dan "jahat". Terdapat juga perkaitan Zaman Maharaja Rom iaitu Dinasti Severan, yang terkenal dengan sifat diktator.
Di dalam filem, watak ini dilakonkan oleh Alan Rickman.
Latar Belakang
Severus Snape merupakan anak kepada pasangan seorang Muggle iaitu Tobias Snape dan seorang ahli sihir, Eileen Prince. Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan awalnya tetapi watak ini disyaki telah dibiarkan oleh bapanya sejak kecil. Di dapati melalui pelajaran Oklumensi dalam buku Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, kehidupan remaja Snape di sekolah tidak begitu popular dan sering mengasingkan diri dari orang ramai.
Peranan Watak di dalam Cerita
Templat:Spoiler Konflik antara Harry dan Snape dapat kelihatan ketika mula-mula mereka berdua bertemu.Dalam buku pertama, Snape menjadi suspek utama Harry yang mencuri Batu Hikmat sebelum mengetahui Profesor Quirrell ialah dalang yang sebenar.
Walau bagaimanapun, jelas persengketaan di antara Snape dan Harry adalah disebabkan permusuhan di antara Snape dengan bapa Harry iaitu James Potter sejak ketika mereka berdua masih di bangku sekolah lagi. Pengetahuan beliau yang amat luas tentang sumpahan dan kutukan lebih hebat dari pelajar tahun ketujuh walaupun beliau masih tahun pertama.
Dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban, Harry mengetahui yang Sirius Black, salah seorang kawan baik bapanya dan juga bapa angkatnya pernah mengumpan Snape ke Gubuk Menjerit yang boleh mengakibatkan beliau terbunuh atau cedera parah disebabkan Remus Lupin yang ketika itu menjelma menjadi serigala jadian. Walau bagaimanapun, James yang menyelamatkan Snape kerana takut akan disingkir dari Hogwarts. Tetapi, sejak itu snape menganggap James bersama-sama berpakat dalam hal itu dan ingin berlagak sebagai wira sekolah. Jelas dalam tahun kelima mereka, Snape lazim dibuli oleh James dan Sirius.
Snape sentiasa kelihatan menentang Harry dalam apa cara jua dan mencari alasan untuk mengenakan Harry dari segi denda, potong markah atau tahanan. Pernah sekali Snape cuba membuatkan Harry dan kawannya, Ron dibuang sekolah tetapi pada suatu masa, Snape juga yang cuba menyelamatkan nyawa Harry.
Identiti Snape semakin diragui apabila kebangkitan semula Lord Voldemort. Pada mulanya khabar kebangkitan Voldemort dalam siri keempat yang dinafikan oleh Menteri Sihir ketika itu Cornelius Fudge, disahkan sendiri oleh Snape kerana beliau mempunyai tanda kuasa jahat yang menjadi simbolik Death Eater. Sepanjang misi Kumpulan Phoenix di bawah pimpinan Albus Dumbledore, beliau menaruhkan kepercayaan dan mengambil risiko sebagai perisik di pihak Voldemort dan Dumbledore sekaligus.
Walau bagaimanapun, amat mengejutkan apabila Snape membunuh orang yang paling disanjungi, yang menjadi penaung untuk berlindung diri waktu kekelaman kebangkitan semula Voldemort iaitu Albus Dumbledore. Kini, kesetiaanya dipersoalkan...
Sebenarnya, Snape adalah setia kepada Dumbledore. Dalam bab 'Kisah Putera' buku ketujuh, Harry mengetahui bahawa Snape membunuh Dumbledore atas arahan Dumbledore. Hal ini kerana semasa Dumbledore cuba memusnahkan Hocrux, dia telah terkena sumpahan dan akan mati dalam masa setahun. Oleh itu, Dumbledore suruh Snape membunuh dia agar mendapat kepercayaan Lord Voldemort. Selain itu, Snape cuba melindungi Harry selama ini adalah kerana dia cinta pada Lily Potter! Snape sudah mengenali Lily sebelum mereka memasuki Hogwarts tetapi kehilangan kawan ini selepas dia menarik minat terhadap ilmu hitam. Dalam plot cerita buku tersebut, Snape telah membantu Harry mendapatkan pedang Gryffindor yang dapat memusnahkan Hocrux. Akhirnya, dia dibunuh oleh Voldemort, bukan kerana mengetahui identiti sebenarnya, tetapi untuk memiliki tongkat sakti sulung.
Berdasarkan pendapat J.K. Rowling, walaupun Snape bukan seorang yang disukai oleh orang lain dan terdapat banyak keburukan sifat padanya, tetapi atas keberaniannya, dia juga patut dianggap sebagai seorang wira.