Persatuan Harry Potter | |
Tentera Dumbledore | |
---|---|
Ibu Pejabat | Bilik Keperluan Hogwarts |
Ketua | Harry James Potter (ketua) Hermione Granger (penolong & setiausaha) Ron Weasley (penolong) |
Tujuan | Mempelajari seni mempertahankan ilmu hitam (kini tidak aktif) |
Musuh | Kementerian Sihir (buku ke-5), Dolores Umbridge, Skuad Penyoal Siasat, Lord Voldemort, Death Eater |
Kemunculan Pertama | Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix |
Dumbledore's Army (D.A.) atau Tentera Dumbledore (T.D.) merupakan pertubuhan mempertahankan diri yang diasaskan dalam buku kelima Harry Potter karangan J.K. Rowling iaitu Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix.
Templat:Spoiler Dalam kelas Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam, profesor dan Pegawai Penyoal Siasat Tertinggi Hogwarts, Dolores Umbridge memutuskan untuk hanya mengajar secara teori disebabkan tuannya, Menteri Sihir Cornelius Fudge, takut jika Albus Dumbledore bersiap sedia untuk menggerakkan tenteranya yang tersendiri yang terdiri daripada pelajarnya untuk menentang pentadbiran sihir. Hal tersebut yang sebenarnya tidak diketahui, dikatakan tertumpu kepada pelajar terutama tahun lima yang akan menduduki peperiksaan P.S.B. tahun itu dan juga menurut Harry Potter, akan melemahkan mereka ketika Voldemort sedang bangkit semula. Perkara tersebut membuatkan Hermione Granger mencadangkan untuk menubuhkan badan pelajar baru bawah pimpinan Harry (yang paling banyak pengalaman dalam subjek ini) yang akan mengajar sesiapa yang berminat dengan Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam secara amali.
Hermione dan Ron menjumpai "beberapa orang" (yang sebenarnya dua puluh sembilan orang dan semuanya ahli Gryffindor, Hufflepuff, dan Ravenclaw) untuk berjumpa dengan Harry, Ron, dan Hermione di sebuah pub berhampiran Hogwarts (Hog's Head) untuk berbincang akan penubuhan itu. Hal tersebut menimbulkan kemarahan Umbridge, yang mengetahui akan perjumpaan itu melalui Willy Widdershins lalu mengharamkan semua pertubuhan pelajar yang tidak diperakui olehnya dengan memperkenalkan Dekri Pendidikan Kedua Puluh Empat. Maka, kumpulan ini terus bergerak secara sulit dan berjumpa di Bilik Keperluan, yang menjadi tempat perjumpaan seminggu sekali buat beberapa bulan.
Mereka berkomunikasi melalui syiling emas ajaib (Galleon palsu) yang dicipta Hermione. Kumpulan tersebut dinamakan Persatuan Pertahanan Diri; walau bagaimanapun, ahli lebih gemar menggunakan awalan bagi istilah Tentera Dumbledore yang dicadangkan Ginny Weasley. Bapa angkat Harry, Sirius Black dan Remus Lupin memberikan Harry buku teks yang bagus kepada Harry sebagai hadiah Krismas, yang biasa digunakan untuk dipelajari ahli Tentera Dumbledore. Nama tersebut dipilih untuk mengejek Umbridge dan Kementerian Sihir dna kemungkinan untuk menunjukkan sayang mereka kepada Dumbledore. Kemudian, apabila Dumbledore mendapat tahu akan nama kumpulan itu, didapati yang beliau terharu akan kesetiaan mereka.
Kemudian, rakan Cho Chang, Marietta Edgecombe mengkhianati kumpulan itu dengan melaporkan gerakan tersebut kepada Umbridge, yang menyebabkan munculnya jeragat di mukanya tertulis "tukang lapor" disebabkan sumpahan yang dikenakan Hermione Granger ke atas kertas yang ditandatangani ahli T.D. (juga menyebabkan Harry dan Cho berpisah kemudiannya). Untuk mengelakkan Harry dibuang sekolah, Albus Dumbledore, dengan bantuan Kingsley Shacklebolt (Auror setia kepada Kumpulan Phoenix), telah mendedahkan dirinya yang menubuhkan kumpulan tersebut. Dumbledore kemudian berjaya melarikan diri, tanpa sebarang kesukaran dari sekolah, di hadapan Auror lain yang mengiringi Menteri Sihir, Percy Weasley, dan Dolores Umbridge.
Walaupun T.D. telah memberhentikan perjumpaan selepas peristiwa tersebut, pelajarnya telah menunjukkan kebolehan yang menakjubkan, walaupun mengikut piawai Kementerian Sihir. Enam ahli T.D. (Harry Potter, Ron Weasley, Hermione Granger, Neville Longbottom, Ginny Weasley dan Luna Lovegood) telah terlibat dalam konflik dengan Death Eater di Jabatan Misteri. Neville mungkin akan menjadi tidak siuman sekirannya Kumpulan Phoenix tidak tiba manakala Harry dibiarkan kerana Death Eater tidak mahu memusnahkan ramalan yang dipegangnya. Walaupun banyak usaha dilakukan, ramalan Harry tetap musnah tanpa diketahui sebarang isinya (kecuali Harry yang diberitahu Dumbledore kemudian). Tiada seorang pun ahli T.D. yang mengalami kecederaan kekal walaupun hali Kumpulan Phoenix, Sirius Black, hilang. Sepanjang musim panas, Fred dan George Weasley mendapati mereka dapat menggunakan pelajaran yang dipelajari dari Harry untuk membuat Topi Pelindung. Pihak Kementerian telah menempah lima ratus topi tersebut yang menunjukkan kaki tangan Kementerian sendiri tak mampu melakukan Jampi Pelindung.
Ahli T.D. seperti Ernie Macmillan, Hannah Abbott, Susan Bones, Justin Finch-Fletchley, Anthony Goldstein dan Terry Boot mampu mengenakan jampi dan sumpahan untuk membantu Harry ketika dia diserang Draco Malfoy, Vincent Crabbe dan Gregory Goyle dalam Ekspres Hogwarts pada penghujung penggal. Ini menyebabkan Malfoy, Crabbe, dan Goyle kelihatan seperti "tiga ekor lintah gergasi yang bersesak dalam uniform Hogwarts". Ini menunjukkan jampi yang dipelajari T.D. adalah berkuasa dan berkesan serta menunjukkan kesan campuran jampi dan sumpahan pada masa yang sama ke atas satu target boleh menjadi suatu yang tidak disangka.
T.D. tidak lagi mengadakan perjumpaan pada tahun kemudiannya memandangkan mereka sudah mempunyai guru, walaupun Snape, yang mengajar mereka secara amali. Luna Lovegood dan Neville Longbottom adalah antara mereka yang inginkan perjumpaan semula. Apabila Hogwarts dipecah masuk oleh Death Eater, Luna dan Neville membantu Ron, Hermione, dan Ginny menanganinya ketika Harry dan Dumbledore berada di luar sekolah.
Ahli
Berikut adalah ahli yang menyertai Tentera Dumbledore dari mula perjumpaan diadakan hinggalah ke perjumpaan terakhir sama ada telah menandatangani keahlian atau tidak:
- Harry Potter (ketua D.A./pengajar)
- Hannah Abbott
- Lavender Brown
- Katie Bell
- Susan Bones
- Terry Boot
- Cho Chang (yang mengusulkan singkatan "D.A."; yang memberi makna "Persatuan Pertahanan Diri")
- Michael Corner
- Colin Creevey
- Dennis Creevey
- Marietta Edgecombe (mengkhianati T.D., menerima sumpahan Hermione)
- Justin Finch-Fletchley
- Seamus Finnigan (datang ke perjumpaan terakhir tetapi tidak menandatangani)
- Anthony Goldstein
- Hermione Granger (Pengasas/adjutan)
- Angelina Johnson (cadangannya menamakan kumpulan itu "Kumpulan Anti-Umbridge")
- Lee Jordan
- Neville Longbottom
- Luna Lovegood
- Ernie Macmillan
- Padma Patil
- Parvati Patil
- Zacharias Smith
- Alicia Spinnet
- Dean Thomas
- Ginny Weasley (mencadangkan idea "D.A." yang bermakna "Dumbledore's Army" - "Tentera Dumbledore")
- Fred Weasley (mencadangkan nama "Kumpulan Kementerian Sihir Memang Bebal")
- George Weasley
- Ron Weasley (pengasas/adjutan)