Sesar San Andreas ialah sebuah sesar yang merentangi di sekitar 800 batu (1287 kilometer) pantai barat Amerika Syarikat. Sesar itu merupakan sesar gelinciran jurus kanan yang menandakan sempadan jelmaan antara Plat Pasifik dan Plat Amerika Utara.
Sesar San Andreas berpunca daripada hasil tindak balas bumi, seperti gempa bumi dan gunung berapi, yang pernah berlaku di pantai barat negeri California seperti di bandaraya San Francisco dan Los Angeles.