Terdapat sebilangan negara yang berbilang ibu negara; selalunya satu bandar menjadi pusat kerajaan dan satu lagi menjadi ibu negara yang sah.
Kini berbilang ibu negara
Negara | Ibu negara | Keterangan |
---|---|---|
Afrika Selatan | Pretoria | Pusat pentadbiran |
Cape Town | Pusat perundangan | |
Bloemfontein | Pusat kehakiman | |
Benin | Porto-Novo | Ibu negara rasmi |
Cotonou | Pusat kerajaan de facto | |
Bolivia | Sucre | Ibu negara rasmi (berperlembagaan); pusat kehakiman |
La Paz | Pusat pentadbiran dan perundangan | |
Chile | Santiago | Ibu negara rasmi; pusat pentadbiran dan kehakiman |
Valparaíso | Pusat perundangan | |
Côte d'Ivoire | Yamoussoukro | Ibu negara rasmi |
Abidjan | Pusat kerajaan de facto | |
Georgia | Tbilisi | Pusat pentadbiran dan kehakiman |
Kutaisi | Pusat perundangan | |
Malaysia | ||
Kuala Lumpur | Ibu negara rasmi; pusat perundangan | |
Putrajaya | Ibu negara pusat pentadbiran dan kehakiman | |
Sri Lanka | ||
Sri Jayawardenapura-Kotte | Pusat pentadbiran | |
Colombo | Pusat perdagangan | |
Swaziland | Mbabane | Pusat pentadbiran |
Lobamba | Pusat perundangan dan diraja | |
Tanzania | Dodoma | Ibu negara rasmi |
Dar es Salaam | Pusat kerajaan de facto | |
Sahara Barat (SADR) | El Aaiún | Ibu negara terisytihar |
Bir Lehlou | Ibu negara sementara |
Sesetengah warga Kyoto mendakwa bahawa kedua-dua Tokyo dan Kyoto ialah ibu negara Jepun masa kini; rujuk Ibu negara Jepun.
Israel menetapkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara, dan meletakkan pusat kerajaan di bandaraya tersebut. Namun begitu, sehingga status politik Baitulmaqdis mencapai penyelesaian muktamad, kebanyakan negara luar serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf sebagai Tel Aviv. Tel Aviv berfungsi sebagai ibu negara sementara de facto Israel dari Mei hingga Disember 1948. Pihak Berkuasa Palestin juga menuntut Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin akan datang; tetapi pusat kerajaan de facto kerajaan Palestin yang diiktiraf dunia terletak di Ramallah, manakala pusat kerajaan pimpinan Hamas adalah di Bandar Gaza.
Di Jerman, alat-alat kehakiman tertinggi (Bundesgerichtshof dan Bundesverfassungsgericht) bertapak di Karlsruhe, manakala ibu negara politiknya di Berlin. Sesetengah kementerian masih bertapak di Bonn, bekas ibu negara Jerman Barat yang masih bergelar "ibu kota persekutuan" (Bundesstadt).
Amsterdam ialah ibu negara Belanda mengikut perlembagaan, tetapi seluruh pusat kerajaannya (pusat pentadbiran negara, parlimen, kehakiman dan raja) berada di Hague.
Biarpun tidak dianggap sebagai negara, Kesatuan Eropah ada tiga pusat pentadbiran: Brussel (Eksekutif dan separa Perundangan), Luxembourg (Kehakiman) dan Strasbourg (Parlimen).
Cetinje ialah ibu negara bersejarah, tradisi dan sekunder negara Montenegro. Tarafnya diiktiraf oleh perlembagaan. Walaupun kediaman rasmi Presiden Montenegro terletak di situ, namun seluruh badan kerajaan yang lain terletak di Podgorica.
Pernah berbilang ibu negara
Kebanyakan negara yang beribu negara tunggal pada suatu masa pernah sesekali mengurniakan taraf ibu negara kepada lebih daripada sebuah bandaraya dalam sejarah. Negara-negara masa kini berikut pernah ada dua ibu negara yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran pada masa yang sama atas pelbagai sebab seperti peperangan atau perpecahan.
Negara | Tahun | Ibu negara | Keterangan |
---|---|---|---|
Filipina | 1910-1948 | Manila | Ibu negara rasmi |
1948-1976 | Bandar Quezon | Ibu negara rasmi | |
India | 1912-1947 | Delhi | Ibu negara musim sejuk |
Simla | Ibu negara musim panas | ||
Libya | 1951-1969 | Tripoli | Ibu negara rasmi Kerajaan |
Benghazi | Ibu negara rasmi Kerajaan | ||
Perancis | 1940-1944 | Paris | Perancis yang diduduki Jerman |
Vichy | Negara Perancis | ||
Serbia dan Montenegro | 1992-2006 | Belgrade | Pentadbiran dan perundangan |
Podgorica | Kehakiman |