Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan | |
---|---|
Jenis | rencana senarai Wikimedia |
Gelaran | Tuan Yang Terutama |
Bidang kuasa | Azerbaijan |
Pusat | Baku, Azerbaijan |
Dilantik oleh | Yang di-Pertuan Agong |
Penjawat sulung | Roslan bin Abdul Rahman |
Dibentuk | 8 September 2014 |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Duta Besar Malaysia ke Republik Azerbaijan ialah ketua misi diplomatik Malaysia ke Azerbaijan. Kedudukan ini ada pangkat dan status seorang Duta Besar Istimewa dan Mutlak, dan berpusat di Kedutaan Malaysia, Baku.
Sejarah
Malaysia dan Azerbaijan telah menjalinkan hubungan diplomatik semenjak tahun 1993 namun hal ehwal hubungan diplomatik ini dijalankan melalui Kedutaan Malaysia di Ankara, Turki yang ditauliahkan serentak.[1] Hanya bermula pada tahun 2014 Malaysia mempunyai Duta Besar yang berasingan apabila kedutaan di Azerbaijan dibuka setelah Menteri Luar Malaysia pada ketika itu, Anifah Aman membuat kunjungan hormat ke Azerbaijan pada tahun 2013 bagi menguatkan lagi hubungan dua hala itu.[2] Berikutan kunjungan berkenaan, Malaysia telah mendirikan pejabat sementara di Hotel Hyatt dan kemudian berpindah ke kedutaan yang sekarang.
Senarai duta
# | Nama | Tarikh pengurniaan watikah perlantikan |
Tarikh penyerahan surat tauliah |
Tamat menjawat | Presiden Azerbaijan | Yang di-Pertuan Agong | Ruj |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Dato' Roslan bin Tan Sri Abdul Rahman | 9 September 2014 | Ilham Aliyev | Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah | [3] | ||
2 | Dato' Yubazlan bin Haji Yusof | 7 November 2018 | Penjawat kini | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (Pemangku Raja) |
[4] |
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Embassy of Malaysia, Baku, Azerbaijan History" [Sejarah Kedutaan Malaysia, Baku, Azerbaijan]. Kementerian Luar Negeri Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Januari 2019.
- ^ "Embassy of Malaysia, Baku, Azerbaijan History" [Sejarah Kedutaan Malaysia, Baku, Azerbaijan]. Kementerian Luar Negeri Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Januari 2019.
- ^ "Head of Mission" [Ketua Misi]. Kementerian Luar Negeri Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Januari 2019.
- ^ Suhaila Shahrul Annuar (7 November 2018). "3 Ketua Perwakilan Malaysia terima watikah pelantikan". Berita Harian. Dicapai pada 30 Januari 2019.