Lagu Popular Minggu Ini |
---|
Pengelola |
Pencapaian lagu popular Malaysia |
Carta Era 2001 | |
---|---|
Penganjur | Era FM |
Carta Era dikelolakan oleh Era FM dibawah seliaan penerbit Gerard Sebastian dan dibawakan oleh dua penyampai radio Era iaitu Seelan Paul dan Khairil Rashid. Ia bersiaran setiap Ahad, jam 11 pagi. Ia menampilkan turutan carta 20 lagu-lagu popular yang dihitung daripada jumlah permintaan lagu oleh pendengar Era seluruh negara pada skala mingguan [1].
Pemilihan lagu paling popular dalam Carta Era adalah melalui pemilihan lagu oleh pendengar bagi segmen Muzik ERA yang ke udara setiap hari. Lagu yang paling banyak diminta pendengar akan berpeluang lebih untuk mengungguli carta secara mingguan.
Penarafan Radio
Setelah bersiaran bermula dari 8 Ogos 1998, Carta Era akhirnya menjadi carta utama di peringkat nasional. Ini kerana kajian menunjukkan bermula suku kedua tahun 2000, Radio Era mula mengambil tempat sebagai radio nombor satu di Malaysia daripada Radio Muzik yang mengelola Carta Radio Muzik sebelum ini [2]. Mengambil kira faktor itu, lagu-lagu yang tersenarai dalam Carta Era bermula dari tahun 2000 boleh dianggap sebagai lagu paling popular di Malaysia .
Turutan Juara Carta Era
Berikut adalah turutan juara mingguan Carta Era bagi tahun 2001.
Latar belakang hijau menunjukkan lagu dengan prestasi terbaik pada tahun 2001. |
Jilid | Tarikh | Lagu | Artis | Rujukan |
---|---|---|---|---|
■ | 7 Januari | Tiada carta mingguan untuk memberi laluan kepada program khas Carta Akhir Tahun Era 2000 | ||
re | 14 Januari | "Kasih Berubah" | Ferhad Ibrahim | [3] |
21 Januari | ||||
28 Januari | ||||
E0101 | 4 Februari | "Bidadari" | KRU sebagai Tyco | [4] |
E0102 | 11 Februari | "Percayalah" | Siti Nurhaliza | [5] |
E0103 | 18 Februari | "Kasih Kekasih" | In-Team | [6] [7] |
re | 25 Februari | "Bidadari" | KRU sebagai Tyco | [8] |
re | 4 Mac | "Percayalah" | Siti Nurhaliza | [9] |
E0104 | 11 Mac | "Sephia" | Sheila on 7 | [10] |
E0105 | 18 Mac | "Seandainya Masih Ada Cinta" | Dayang Nurfaizah | [11] |
re | 25 Mac | "Sephia" | Sheila on 7 | [12] |
1 April | ||||
8 April | ||||
15 April | ||||
22 April | ||||
29 April | ||||
E0106 | 6 Mei | "Cinta Gila" | Juliana Banos | [13] [14] |
E0107 | 13 Mei | "Keranamu Kekasih" | Illa Sabry | [15] |
E0108 | 20 Mei | "Pandang-pandang, Jeling-jeling" | SM Salim menampilkan Siti Nurhaliza diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia |
[16] |
27 Mei | ||||
3 Jun | ||||
10 Jun | ||||
E0109 | 17 Jun | "Maafkan Aku" | Ajai & Nurul | [17] |
E0110 | 24 Jun | "Dunia Belum Berakhir" | Sha-den | [18] |
re | 1 Julai | "Pandang-pandang, Jeling-jeling" | SM Salim menampilkan Siti Nurhaliza diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia |
[19] |
re | 8 Julai | "Dunia Belum Berakhir" | Sha-den | [20] |
15 Julai | ||||
22 Julai | ||||
E0111 | 29 Julai | "Kerana" | Erra Fazira | [21] |
5 Ogos | ||||
E0112 | 12 Ogos | "Marilah Maria" | Def-Gab-C | [22] |
E0113 | 19 Ogos | "Menadah Gerimis" | Ziana Zain | [23] |
26 Ogos | ||||
E0114 | 2 September | "Raikan Cinta" | M. Nasir | [24] |
re | 9 September | "Menadah Gerimis" | Ziana Zain | [25] |
E0115 | 16 September | "Junaidah 365" | Himalaya | [26] |
23 September | ||||
30 September | ||||
7 Oktober | ||||
14 Oktober | ||||
E0116 | 21 Oktober | "Tinggal Tanda Tanya" | Ella Aminuddin | [27] |
re | 28 Oktober | "Junaidah 365" | Himalaya | [28] |
re | 4 November | "Tinggal Tanda Tanya" | Ella Aminuddin | [29] |
11 November | ||||
E0117 | 18 November | "Aku Mahu Pulang" | Amuk | [30] |
E0118 | 25 November | "Jesnita" | Exists | [31] |
2 Disember | ||||
9 Disember | ||||
16 Disember | ||||
23 Disember | ||||
30 Disember |
Fakta Ringkas
- Era FM pertama kali menganjurkan Anugerah Era pada tahun ini pada bulan September. Berikutan itu, biarpun lagu "Sephia" oleh Sheila on 7 paling lama bergelar juara pada tahun 2001, tetapi kelayakan anugerah Carta Era dibuka kepada lagu-lagu yang tersenarai dalam tempoh setahun sebelum pencalonan dibuka (Jun 2000-Mei 2001). Maka lagu paling popular pada tahun 2000 iaitu "Jika" (Melly Goeslaw) dipilih sebagai penerima anugerah itu pada tahun 2001. Lagu "Jestina" (Exists) pula dianugerahkan ketika Anugerah Era 2002 setelah bergelar juara selama 13 minggu merentasi tahun 2001 dan 2002.
- Lagu "Cinta Gila" oleh Juliana Banos merupakan lagu saduran nyanyian asal penyanyi Iceland Alda Björk Ólafsdóttir berjudul "Real Good Time" yang dirakam pada tahun 1998 dalam bahasa Inggeris. Lagu yang sama juga dirakam oleh penyanyi Amerika Syarikat, Aaron Carter pada tahun 2001. Lirik lagu dalam bahasa Melayu ditulis oleh Edry Abdul Halim yang juga penerbitnya.
- Lagu "Pandang-pandang, Jeling-jeling" oleh SM Salim menampilkan Siti Nurhaliza dengan iringan Orkestra Filharmonik Malaysia adalah rakaman secara langsung konsert SM Salim bersama orkestra itu di Dewan Filharmonik Petronas. Lagu itu juga merupakan nyanyian asal SM Salim bersama penyanyi Yusni Hamid yang dirakam pada tahun 1981 dan sekali lagi pada 1995.
Rujukan
- ^ https://blog.adamroslan.com/muzik-filem-tv/kedudukan-carta-era-40.html
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2351597/pasaran-iklan-akhbar-internet-lebih-besar
- ^ https://diskograf.com/explore/song/5674-kasih-berubah
- ^ https://diskograf.com/explore/song/5823-bidadari
- ^ https://diskograf.com/explore/song/332-percayalah
- ^ https://diskograf.com/explore/song/521-kasih-kekasih
- ^ https://www.discogs.com/artist/6623048-Ito-Lara
- ^ https://diskograf.com/explore/song/5823-bidadari
- ^ https://diskograf.com/explore/song/332-percayalah
- ^ https://www.discogs.com/release/7724027-Sheila-On-7-Kisah-Klasik-Untuk-Masa-Depan
- ^ https://www.discogs.com/release/7750309-Dayang-Nurfaizah-Seandainya-Masih-Ada-Cinta
- ^ https://www.discogs.com/release/7724027-Sheila-On-7-Kisah-Klasik-Untuk-Masa-Depan
- ^ https://www.discogs.com/artist/750969-Malcolm-Mehyer
- ^ https://www.discogs.com/master/166935-Alda-Real-Good-Time
- ^ https://www.discogs.com/release/15338595-Illa-Sabry-Jatuh-Cinta
- ^ https://www.discogs.com/release/6527596-SMSalim-Malaysian-Philharmonic-Orchestra-Special-Guest-Siti-Nurhaliza-Perjalanan-Seni
- ^ https://www.discogs.com/release/17578996-Ajai-2-Nurul-Sehati-Sejiwa
- ^ https://music.apple.com/id/album/dunia-belum-berakhir/922886422?l=id
- ^ https://www.discogs.com/release/6527596-SMSalim-Malaysian-Philharmonic-Orchestra-Special-Guest-Siti-Nurhaliza-Perjalanan-Seni
- ^ https://music.apple.com/id/album/dunia-belum-berakhir/922886422?l=id
- ^ https://www.discogs.com/release/7600563-Various-Soal-Hati-Lagu-lagu-Dari-Filem
- ^ https://diskograf.com/explore/song/4596-marilah-maria
- ^ https://diskograf.com/explore/song/4226-menadah-gerimis
- ^ https://www.discogs.com/release/6334555-M-Nasir-Phoenix-Bangkit
- ^ https://diskograf.com/explore/song/4226-menadah-gerimis
- ^ http://rockkangkang.blogspot.com/2011/03/himalaya-junaidah-365.html
- ^ https://www.discogs.com/release/6430335-Ella-Ilham-Bicara
- ^ http://rockkangkang.blogspot.com/2011/03/himalaya-junaidah-365.html
- ^ https://www.discogs.com/release/6430335-Ella-Ilham-Bicara
- ^ https://www.discogs.com/release/6424231-Amuk-Dikir-Timur
- ^ https://www.discogs.com/release/6502561-Exists-Ada