Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. |
Rencana ini perlu dikemas kini. (Oktober 2022) |
Def-Gab-C | |
|---|---|
| Genre | Hard rock, Heavy Metal |
| Tahun aktif | 1997 |
| Kegiatan berkaitan | Zul Adnan Mohd Razali, M. Nasir, Abdul Zamin bin Abdul Kadir, Edrie Hashim |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Kumpulan DeF-Gab-C merupakan sebuah kumpulan Hard Rock yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu yang bernuansa hard rock dengan sentuhan Heavy Metal, pop
rock ,rock alternatif Dan pop
Sejarah awal
[sunting | sunting sumber]Permulaan kumpulan ini ditubuhkan oleh Oney dan Ajak Melissa. Ketika itu setelah Oney keluar dari Kumpulan Lipan Bara beliau berhasrat bersama Ajak Melissa untuk menubuhkan band. Permulaan awal ahli ketika sesi latihan mereka iaitu Oney, Ajak , Jemboo dan Lee Space. Setelah beberapa bulan sesi latihan bersama Oney mendapat pujukkan dari Kumpulan May untuk membantu mereka dalam satu Album dan beliau terpaksa berundur diri bagi membantu May dalam menjadi penyanyi untuk album Penaklukan dan tempat beliau digantikan Asheed. Dan ketika hampir ke sesi rakaman Ajak juga terpaksa mengundur diri atas sebab kekangan yg dialami beliau dan untuk rakaman album pertama Bass disession oleh Akin Jinbara (Tropika ketika itu)
Nama kumpulan ini dikatakan diilhamkan oleh JS Kevin, seorang penggubah dan penulis lirik lagu rock yang terkenal sekitar 80-an dan 90-an. JS Kevin bersama Joe Wings merupakan antara individu terawal membantu meluncurkan kumpulan ini ke persada arus perdana setelah sebahagian mereka pernah bersama beberapa kumpulan rock mediocre pada awal 1990an. Hanya pada 1997 kumpulan ini berjaya merakamkan album sulung mereka sendiri yang berjudul Citarasa. Album sulung Def-Gab-C ini menampilkan beberapa lagu berbahasa Inggeris dan sebahagian lirik dalam bahasa Melayu ditulis oleh Bob Lokman. Single Ibukota Cinta meletakkan nama kumpulan ini sebaris dengan kumpulan hard rock sedia ada dalam waktu yang singkat.
Kemuncak Populariti
[sunting | sunting sumber]Kelahiran album Skala pada lewat tahun 1999 seterusnya meletakkan nama Def-Gab-C ke tahap yang lebih baik lagi. Lagu Cinta Sakti yang dicipta oleh M. Nasir berjaya menawan hati pendengar sehingga pernah dirakamkan semula oleh kumpulan Senario sebagai lagu Cinta Sate.
Kejayaan sebenar muncul menerusi album ketiga yang berjudul Remifasolatido yang menampilkan hits nombor 1 di majoriti carta muzik iaitu Marilah Maria ciptaan JS Kevin dan juga Aku dan Kamu ciptaan Andi Rahman. Lagu Marilah Maria membawa pulang trofi "Lagu Rock Terbaik" di Anugerah Era 2000 dan juga mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2001 untuk kategori Pop Rock. Album ini berjaya mengukuhkan nama kumpulan ini dalam waktu singkat hingga meraih trofi di Anugerah Industri Muzik ke-8 pada tahun 2002 untuk kategori Album Rock Terbaik. Tidak hanya berjaya di Malaysia, kumpulan ini juga menempa nama di rantau Nusantara, terutama Indonesia. Album ini disifatkan sebagai album paling sukses dalam kerjaya kumpulan rock ini.
Menyusul selepas itu ialah album Merah: Retrospektif Perspektif yang menyambung legasi hits terhebat kumpulan ini menerusi lagu Merah dan Arigato. Menerusi lagu Terbang, kumpulan ini berkolaborasi bersama kugiran terkenal Indonesia iaitu The Fly.
Ahli-ahli
[sunting | sunting sumber]Dianggotai oleh Asheed, Jemboo dan pemain drum terbaru mereka iaitu AhTonk yang pernah menganggotai salah sebuah kumpulan underground di Malaysia (Kugiran Tepi Pantai/Kombat) dan Epyn sebagai pemain Bass yang baru. Asheed merupakan vokalis yang popular di Malaysia dan hanya segelintir artis yang dikenali kerana "attitude" yang tersendiri di atas pentas. Persembahan Asheed dengan gaya rambut berwarna warni serta gerak tubuh yang agak pelik menjadi signature kumpulan ini. Asheed pernah menyertai pertandingan realiti Sehati Berdansa pada tahun 2008.
Anggota semasa :-
- Asheed - Vocal (1997-present)
- Jemboo - Guitar (1997-2006) (2018-present)
- Epyn - Bass (2018-present)
- AhTonk - Drum (2004-present)
- Lee Donna - keyboardist backup (2024 until present)
Bekas anggota :
- Cha'a - Guitar (2011-2012)
- Nizam - Bass (1997)
- Eddie - Bass (1998-2012)
- Lee Space - Drum (1997-1998, 1999 -2003)
- Lan Mohican - Drum (1998) 'tiada album'
- Nu'man "Mey" Budak Pandai - Backup Vocal
- Apies - Guitar (1999)
- Ary - Keyboard (2019)
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album Studio
[sunting | sunting sumber]- Cita Rasa (1997)
- Skala (1999)
- Ranjau Kasturi (2000)
- Remifasolatido (2001)
- Merah Retrospektif Prospektif (2002)
- RAW (2004)
- RWD0106 (2006)
- Neolithic (2011)
Album Kompilasi
[sunting | sunting sumber]- The Best of Def-Gab-C' (2006)
Single
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Judul Lagu | Kedudukan Tertinggi Carta | Album | |||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Era | Muzik.fm | Baik Banget | Muzik-muzik | |||
| 1997 | "Change Your Life" | — | — | — | — | Citarasa |
| "Ibukota Cinta" | — | — | — | — | ||
| 1998 | "Tak Sanggup Lagi" | — | — | — | — | |
| "Konsentrasi Yang Hilang" | — | — | — | — | ||
| "Maniq Kayangan" | — | — | — | — | ||
| 1999 | "Cinta Sakti" | — | — | — | — | Skala |
| "Apakah Ilusi" | — | — | — | — | ||
| 2000 | "Ranjau Kasturi" | — | — | — | — | Ranjau Kasturi |
| "Untung Sua Sue Ke Morning" | — | — | — | — | ||
| 2001 | "Marilah Maria" | — | — | — | — | Remifasolatido |
| "Melayu Tak Hilang Hilang" | — | — | — | — | ||
| "Suara Nada Rindu" | — | — | — | — | ||
| "Aku dan Kamu" | — | — | — | — | ||
| 2002 | "Merah" | — | — | — | — | Merah: Retrospektif Perspektif |
| "Arigato" | — | — | — | — | ||
| 2003 | "Terbang" bersama kumpulan The Fly |
— | — | — | — | |
| 2004 | "Ampunkan Aku" | — | — | — | — | Raw |
| "Hiasan Kiasan" | — | — | — | — | ||
| 2005 | "Janjiku Pada Bulan" | — | — | — | — | |
| 2006 | "Perjalanan Misteri" | — | — | — | — | The Best of Def-Gab-C |
| "Funky Disko" | — | — | — | — | RWD0106 | |
| "Pelangi Petang" | — | — | — | — | ||
| 2007 | "Asyik" | — | — | — | — | |
| "Risalah Hati" | — | — | — | — | ||
| 2011 | "Cinta Di Mana" | — | — | — | — | Neolithic |
| "Rinai" | — | — | — | — | ||
| 2012 | "Walaupun" | — | — | — | — | |
| "Suara Hati" | — | — | — | — | ||
Lagu Lagu
[sunting | sunting sumber]The Best Of Def Gab C (2006)
[sunting | sunting sumber]Penerbit : DEF GAB C
- Ibukota Cinta
- Merah
- Cinta Sakti
- Tak Sanggup Lagi
- Arigato
- Apakah Ilusi
- Marilah Maria
- Hiasan Kiasan
- Suara Nada Rindu
- Janjiku Pada Bulan
- Aku Bukan Kamu
- Melayu Tak Hilang Hilang
- Ampunkan Aku
- Terbang
- Ini Lagu Itu
- Perjalanan Misteri
Asheed - vokal Jemboo - gitar Eddie - bass Lee Space - drum
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Anugerah Kumpulan rock terbaik dalam Anugerah Ceria Media Hiburan
- Album Rock Terbaik AIM 2002.
- Lagu Rock Pilihan - Anugerah Era 2000









