Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6044644236 |
Kod sekolah | KEE3057 |
Faks | 6044644236 |
![]() |
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong atau nama ringkasnya SMK Tunku Sulong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jeniang, Kedah
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong memiliki 686 pelajar lelaki dan 681 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1367 orang. Ia mempunyai seramai 81 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah Menengah Tunku Sulong diasaskan pada 1 Jan 1971 dan diberi nama Sekolah Menengah Jeniang (SMJ). Bermula dengan 5 orang guru dan hanya mempunyai 3 kelas. SMJ kemudiannya menerima seramai 150 orang pelajar (dua aliran Melayu dan 1 aliran Inggeris). Sekolah ini berkembang pesat menjadi sekolah harian yang menjadi tumpuan penduduk di sekitar Jeniang.
Pembukaan Sekolah Menengah Jeniang (SMJ) telah berjaya menampung “lebihan” pelajar dari Sekolah Menengah Sik dan Sekolah Menengah Gurun serta menyelesaikan “masalah pengangkutan” pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman seperti Mukim Jeneri Si . Pada peringkat awal penubuhannya SMJ terpaksa menumpang di SK Jeniang, SJK(C) dan Dewan MPSP Jeniang. Pada tahun 1975, bangunan SMJ siap dibina di Pekan Jeniang.
Sekolah Menengah Tunku Sulong mendapat bekalan pelajar dari beberapa buah sekolah ‘Feeder” di sekitar Jeniang dan juga dari daerah Sik. Sekolah “Feeder” tersebut ialah 1) Sek. Keb. Jeniang(Pusat) 2) Sek. Ren. Jenis Keb.Cina Jeniang 3) Sek. Keb. Cemara 4) Sek. Keb. Kalai 5) Sek. Keb. Kota Bukit 6) Sek. Keb. Padang Cicak.
Pada tahun 1975 juga SMJ telah dinamakan semula sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong, mengambil sempena nama salah seorang kerabat di raja Kedah iaitu Tengku Ibrahim atau nama timangannya Tunku Sulong.
Kini SMK Tunku Sulong mempunyai 39 kelas iaitu kelas-kelas tingkatan 1 hingga 6 yang terdiri daripada sesi pagi dan petang.Pada tahun 2008, satu blok bangunan 3 tingkat yang mengandungi Dewan dan 10 bilik darjah dibina untuk menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah. Bangunan ini dijangka siap pada hujung tahun 2008. Pada tahun 2008, jumlah pelajar di SMK Tunku Sulong ialah1352 orang pelajar manakala jumlah guru ialah 75 orang serta 11 orang staf sokongan.
Pencapaian
Pada tahun 1991, SMK Tunku Sulong telah menunjukkan pencapaian yang amat cemerlang di dalam bidang akademik dengan mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia seratus peratus. Dari sudut kokurikulum pula, SMK Tunku Sulong telah berjaya memenangi johan nasyid bagi kategori wanita bagi peringkat negeri dan mendapat tempat ketiga di dalam syarahan agama.
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong
- Jeniang
- 08700, Gurun
- Kedah, Malaysia
- Telefon = 6044644236
- Fax = 6044644236
Pautan luar
- Laman Blog Sekolah