Koordinat: 3.8215° N 103.2937° E
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad | |
---|---|
Lokasi | |
Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang,
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) |
Moto | Berilmu, Beriman dan Berbakti |
Pengetua | Juwita Binti Jamaludin [1] |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Masayu binti Mokhtar[1] |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Ahmad AlHassora bin Mat Diah[1] |
Penolong Kanan Kokurikulum | Mohd Nadzri bin Abdul Wahid[1] |
Laman sesawang | Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad |
![]() |
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad (SMKTPPTM) merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di pusat Bandar Indera Mahkota. Nama sekolah ini diambil sempena nama ayahanda mentua kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah iaitu Tengku Muhammad Panglima Perang. Sebelum ini, sekolah ini pernah dicadangkan untuk dinamakan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Indera Mahkota.
Keluasan tapak sekolah tersebut ialah 1,600 m².[2] Ketika pembukaan, sekolah ini terdiri daripada 4 buah blok 3 tingkat (Blok A, B, C dan D) di mana mempunyai 34 bilik darjah. Bilangan tenaga pengajar ketika itu ialah seramai 20 orang termasuk pengetua serta kakitangan sokongan. Pendaftaran kemasukan sekolah ketika itu iaitu seramai 266 orang pelajar.
Lencana sekolah
Setiap warna dan simbol yang terdapat pada lencana sekolah ini mempunyai makna tersirat yang tersendiri. Warna biru melambangkan suasana harmoni yang terhasil melalui perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Warna ini juga melambangkan persekitaran yang bersih, indah, ceria dan selamat serta kondusif untuk pelbagai aktiviti pendidikan.
Warna kuning pula melambangkan kesetiaan kepada raja dan negara sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara. Warna merah bermakna semangat warga sekolah yang sentiasa kental dan cekal dalam menghadapi pelbagai dunia luar yang penuh cabaran. Warna putih melambangkan keunggulan peribadi warga sekolah yang berteraskan kepada nilai-nilai murni, ajaran agama serta nilai budaya warisan.
Bentuk sepasang tangan yang menadah ke langit melambangkan kesediaan setiap warga sekolah untuk mendokong sifat amanah, bekerjasama dan bertanggungjawab. Bentuk segi tiga pula melambangkan pendidikan sebagai teras menuju kecemerlangan dunia dan akhirat. Selain itu, buku melambangkan ilmu pengetahuan manakala jaluran berwarna kuning melambangkan visi dan misi.
Pengetua
Pengetua | Tempoh perkhidmatan |
---|---|
Abdul Rashid bin Abdul Samad | 1 Disember 1989 - 12 November 1995 |
Abdul Wahab bin Muhammad | 18 November 1995 - 1 Februari 1996 |
Azizah binti Idris | 1 April 1996 - 31 Disember 1997 |
Meriam binti Haji Samah | 1 April 1998 - 15 Januari 2000 |
Chow Ah Soon | 16 Januari 2000 - 15 Ogos 2001 |
Mokhtar bin Abdullah | 15 Ogos 2001 - 15 Oktober 2005 |
Abdul Rahim bin Mansor | 16 Oktober 2005 - 3 Februari 2007 |
Rosdi bin Ismail | 3 Februari 2007 - 15 Jun 2007 |
Che Jamilal binti Che Abdullah | 18 Julai 2007 - 4 September 2011 |
Junaini binti Kassim | 16 Disember 2011 - 18 November 2014 |
Mohd Yunus bin Mahil |
Lagu sekolah
Kami pelajar SMKTPPTM Berikrar dan berjanji Belajar berusaha bersama menuju Cita-cita jaya Di sini kami bersama berganding bahu Menuju wawasan Membina bangsa dan negara Mengharum namamu setiap masa Walau di mana kami berada Namamu tetap dikenang Bersama jasa bakti guru-guru SMKTPPTM abadi Kami pelajar SMKTPPTM Berikrar dan berjanji Belajar berusaha bersama menuju Cita-cita suci Cita-cita suci |
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b c d "Barisan Kepimpinan". Dicapai pada 2016-12-24.
- ^ http://maxis.communities.com.my/sites/cypanglima2/?h=page&a=contact