Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Dato' Hj Ismail Bin Hashim, 11900, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Ketekunan Nadi Kecemerlangan |
Ditubuhkan | Tahun 1962 |
Nombor sekolah | 6046434557 |
Kod sekolah | PEB3038 |
Pengetua | Puan Hajah Nooraliza binti Nasruddin |
Lagu | Demi SMSA |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Zaiton binti Ambrin |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Noor Rosmawati binti Abu Bakar |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Rohana binti Mat |
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang Petang | Puan Rusnani binti Salleh |
Faks | 6046441653 |
Laman sesawang | Portal Rasmi SMK Sungai Ara |
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara atau nama ringkasnya SMK Sungai Ara, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Dato' Hj Ismail Bin Hashim.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara memiliki 771 pelajar lelaki dan 657 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1428 orang. Ia mempunyai seramai 99 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara mula ditubuhkan pada tahun 1962 dengan nama Sekolah Menengah Lanjutan (Inggeris: Bayan Lepas Secondary Continuation School) yang asalnya bertempat di SRK Bayan Lepas (Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas). [1]
Pada tahun 1965, nama sekolah ditukarkan menjadi Sekolah Menengah Jenis Bayan Lepas (Inggeris: Bayan Lepas National Type Secondary School) dan menumpang di SRJK(C) Chong Cheng, Sungai Ara (Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Cheng, Sungai Ara). Menjelang tahun 1967, tiga kelas baharu ditempatkan di Sekolah Menengah Raja Tun Uda (Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda), Bayan Lepas. Setahun kemudian (1968), pejabat sekolah dipindahkan ke Sekolah Menengah Raja Tun Uda bagi menampung pertambahan pelajar pada ketika itu. [1]
Sejarah sebenar sekolah ini mula dilakar apabila bangunan tetap sekolah yang terdiri daripada Blok A dan Blok B siap dibina pada tahun 1970. Nama sekolah kemudian ditukar kepada Sekolah Menengah Sungai Ara. Setelah itu, bangunan SMSA membuka pada 15 September 1971. [1]
Era kegemilangan sekolah ini diteruskan apabila Blok C yang mempunyai 1 tingkat dibina pada tahun 1973 dan Blok F yang mempunyai 2 tingkat dibina pada tahun 1974. Manakala pada tahun 1983, terdapat 2 blok (masing-masing mempunyai 1 tingkat) dibina di sebelah Blok F. Masuk ke tahun 1984, Blok D dan Blok E masing-masing mempunyai 2 tingkat dibina. Perpustakaan, bilik ETV dan bilik BBM dipindahkan ke Blok E pada tahun yang sama. [1]
Pada tahun 1998, Sekolah Menengah Sungai Ara telah ditukarkan namanya kepada nama terkini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara. Pada tahun 2000, salah satu daripada 2 blok yang dibina di sebelah Blok F dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan Blok G yang kini dikenali sebagai Blok Tingkatan 6 (Pra-U), manakala satu blok lagi ditukar menjadi surau sekolah serta dinamakan sebagai Blok H. Dua Makmal Komputer (Blok I) dan Dewan Dato' Haji Ismail Hashim (Blok J) dibina pada tahun 2001. [1]
Identiti
Visi & Misi
Visi Sekolah:
Sekolah Cemerlang Di Peringkat PPD Barat Daya Menjelang Tahun 2025. [2]
Misi Sekolah:
Melaksanakan Pendidikan Abad 21 Bagi Melahirkan Murid-Murid Yang Menguasai Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi Dengan Aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. [2]
Falsafah
Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, warga sekolah berpegang kepada: [3]
- Semua murid mempunyai potensi dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani;
- Murid boleh dibentuk melalui pendidikan yang seimbang, menerapkan nilai-nilai murni dengan penuh perasaan, maruah dan kasih sayang; dan
- Usaha yang gigih akan membawa kejayaan, kebanggaan diri, keluarga dan warga sekolah, seterusnya melahirkan masyarakat yang harmonis dan sejahtera.
Objektif
Objektif Sekolah adalah seperti berikut: [4]
- Meningkatkan kecemerlangan akademik secara menyeluruh;
- Meningkatkan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan prestasi pasukan sekolah;
- Mempertingkatkan amalan nilai-nilai murni dan keimanan;
- Mempertingkatkan penyertaan dan penglibatan murid, ibu bapa serta masyarakat;
- Mempertingkatkan disiplin serta sikap positif murid; dan
- Mempertingkatkan keadaan persekitaran sekolah yang aman, damai dan menyeronokkan.
Piagam Sekolah
Bahawa kami warga SMK SUNGAI ARA dengan ini berjanji akan memberikan perkhidmatan yang baik kepada: [5]
MURID
- Membimbing murid ke arah kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri
- Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, inovatif, kreatif dan berdaya saing
- Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dalam suasana yang harmonis
- Menyediakan suasana yang selamat dan keadaan fizikal yang sesuai untuk pendidikan
STAF
- Meningkatkan profesionalisme keguruan berpandukan Standard Guru Malaysia
PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK)
- Mewujudkan suasana harmonis dan mesra pelanggan
- Meningkatkan semangat perpaduan dan keadilan yang menyeluruh
- Bekerjasama, bermuafakat, menghormati dan melayani semua pihak yang berurusan dengan institusi sekolah
JABATAN
- Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, tekun, bertanggungjawab bagi melahirkan perkhidmatan yang cemerlang, terpuji dan kemaskini
- Memastikan pengurusan dan pentadbiran organisasi mencapai penanda aras yang ditetapkan
- Meningkatkan etika perkhidmatan dan mengamalkan nilai-nilai kerja berpandukan Tonggak Dua Belas
- Melaksanakan segala dasar dengan penuh iltizam dan bersedia untuk menerima transformasi pendidikan (PPPM 2013-2025)
Logo Sekolah
Logo | Pecahan Warna / Logo | Keterangan |
---|---|---|
Hijau | Melambangkan kesejahteraan dan senantiasa ingin mengembangkan potensi dan bakat secara optimum. | |
Jingga | Melambangkan sifat bersemangat kental dan komited terhadap tugas dan hidup. | |
Tangkai Padi | Ikut ilmu padi; makin berisi makin runduk selari dengan perwatakan warga sekolah iaitu merendahkan diri semasa menuntut ilmu agar minda dan hati lebih terbuka untuk mempelajari sesuatu. | |
Lebah |
|
Moto Sekolah
"KETEKUNAN NADI KECEMERLANGAN" [nb 1]
Maksud: Tahap kecemerlangan akan tercapai jika sesuatu itu diusahakan dengan penuh minat dan tekun. [7]
Lagu Sekolah
Demi SMSA [8]
Kaulah tempat kami diasuh,
Belajar dan bermesra,
Di lereng bukit hijau keliling,
Tegak indah dan megah,
Panggilan tugasmu bergema,
SMSA tercinta,
Kan tercapai cita suci murni,
Dengan tekad di hati,
Ketekunan Nadi Kecemerlangan,
Itu jadi pegangan,
Kau ilham penggerak perangsang,
Ke mercu kejayaan,
Demi SMSA kami berjanji,
Bakti pada pertiwi,
Sinar obormu gilang gemilang,
Penyuluh masa depan.
Lagu rasmi SMKSA - Demi SMSA (Instrumental) [nb 2]
Ikrar Pelajar
Kami pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sungai Ara
Akan sentiasa menjaga nama baik sekolah,
Serta berpegang teguh kepada motonya,
"Ketekunan Nadi Kecemerlangan"
Dengan ini, kami berikrar bahawa :
Kami akan sentiasa mematuhi peraturan sekolah,
Demi menjaga disiplin kami sendiri,
Kami akan belajar bersungguh-sungguh,
Demi kejayaan masa depan kami,
Kami akan sentiasa menjaga kebersihan,
Keindahan dan keselamatan sekolah,
Kami berikrar akan mengamalkan Rukun Negara setiap
masa untuk menjadi insan yang :
AMANAH
JURUR
BERTIMBANG RASA
dan BERTANGGUNGJAWAB
terhadap agama, masyarakat dan negara [nb 3]
Kokurikulum
Rumah Sukan
Nama rumah sukan | Warna rumah |
---|---|
Tunku Abdul Rahman | Kuning |
Tun Abdul Razak | Biru |
Tun Dr Mahathir | Merah |
Tun Abdullah Ahmad Badawi | Ungu |
Permainan
- Bola Sepak
- Sepak Takraw
- Bola Jaring
- Dodgeball
- Olah Raga
- Bola Baling
- Memanah
- Bola Tampar
- Futsal
- Badminton [nb 4] [10]
Unit Beruniform
- Pasukan Kadet Bersatu Malaysia [PKBM/D]
- Pasukan Pandu Puteri
- Pasukan Pengakap
- Pasukan Kadet Bomba
- Pasukan St. John Ambulans
- Pasukan Puteri Islam
- Pasukan Kadet Remaja Sekolah
- Kadet Pertahanan Awam
- Pasukan Kadet Polis
- Pasukan Silat
- Kadet JPJ
- Taekwondo (Luar sekolah) [nb 5] [11]
Persatuan & Kelab
- Persatuan Bahasa Melayu
- Kelab SPBT
- Persatuan Bahasa Inggeris
- Kelab Seni Visual
- Persatuan Perniagaan & Pengguna
- Kelab Kembara / Pelancongan
- Persatuan Pelajar Islam
- Kelab Teknologi, Inovasi & Multimedia
- Persatuan Sejarah / Geografi / UNESCO
- Persatuan Sains & Matematik / STEM
- Kelab Pencegahan Jenayah / Malaysiaku Patriotisme
- Kelab PNB [12]
Nota dan rujukan
Nota
- ^ Moto sekolah ini juga terdapat pada logo rasmi sekolah.
- ^ Lagu ini diambil dari sebuah laman web lama sekolah ini.
- ^ Ikrar ini khususnya digunakan pada perhimpunan rasmi / mingguan. Namun, ikrar ini tidak disediakan dalam portal rasmi sekolah. Ikrar ini diambil dari Buku Panduan Disiplin SMK Sungai Ara yang diberikan kepada setiap pelajar.
- ^ Permainan badminton merupakan salah aktiviti kokurikulum yang baru sahaja dibuka kepada pelajar.
- ^ Taekwondo merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang tidak dijalankan pada hari aktiviti kokurikulum (Rabu). Aktiviti ini biasanya dilaksanakan pada hari Sabtu. Taekwondo juga mempunyai bayaran yuran khas, berbeza dengan aktiviti kokurikulum yang lain.
Rujukan
- ^ a b c d e "Sejarah sekolah". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b "Visi & Misi". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Falsafah sekolah". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Objektif sekolah". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Piagam sekolah". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Lencana sekolah". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Moto sekolah". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Lagu sekolah". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Rumah sukan". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Permainan". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Unit beruniform". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Persatuan & Kelab". Portal Rasmi SMKSA (dalam bahasa Melayu).CS1 maint: unrecognized language (link)
Sumber
- Buku Panduan Disiplin (2023) Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara
- Jalan Dato' Hj Ismail Bin Hashim
- 11900, Bayan Lepas
- Pulau Pinang, Malaysia
- Telefon = 6046434557
- Fax = 6046441653
Pautan luar
- Portal rasmi: www.smksungaiara.edu.my