| Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam | |
|---|---|
![]() | |
| Alamat | |
| Jalan Mahkota Impian 2/1, Seksyen 2 Puncak Alam, 42300, Selangor | |
| Maklumat | |
| Nama lain | SEPUNCAK |
| Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
| Moto | "BERILMU, BERAMAL, BERILTIZAM" |
| Autoriti pendidikan | PPD Kuala Selangor |
| Sesi | 2 sesi (petang & pagi) |
| Nombor sekolah | 333928216 |
| Kod sekolah | BEA3085 |
| Pengetua | Patmah binti Mohd Ariff |
| Tenaga pengajar | 142 |
| Jumlah penuntut | 1936 |
| Kelas | 13 |
| Faks | 633928246 |
| Laman sesawang | www.sepuncak.edu.my |
![]() | |
Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam atau nama ringkasnya SMK Puncak Alam, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Puncak Alam, Selangor. SMK Puncak Alam terletak di Jalan Mahkota Impian 2/1, Seksyen 2, PPD Kuala Selangor, Selangor, dengan poskod 42300.[1]
Sejarah[2]
SMK Puncak Alam mula beroperasi pada 1 Mei 2004 oleh En. Bibit Bin Hj. Marzuki, Pn. Che Wan Rohaini bt Ramly dan Pn. Normaizatul Azura Bt. Husin yang bertindak sebagai ‘caretaker’ yang dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor.
Sekolah ini telah ditadbir oleh pengetua-pengetua seperti jadual berikut.
| Bil | Nama Pengetua | Tahun |
|---|---|---|
| 1 | Pn. Rozanun Binti Mohd Nordin | 16.06.2004 - 12.03.2006 |
| 2 | Tuan Haji Abdul Khalid Bin Hj. Jaafar | 01.05.2006 - 16.02.2010 |
| 3 | En. Rasul Maideen Bin Haja Maideen | 01.08.2010 - 16.06.2015 |
| 4 | Pn. Rohani binti Mohd Noor | 13.07.2015 - 25.08.2017 |
| 5 | Pn Badariatul Jamal Bt Mohd Hasnan | 25.09.2017 - 02.01.2018 |
| 6 | En. Johari Bin Mohd Noh @ Mamat | 02.01.2018 - 31.05.2019 |
| 7 | Pn. Sarimah Binti Mohammed Nor | 14.06.2019 - 28.07.2021 |
| 8 | En. Kamarularipin Bin Jaffar | 20.09.2021 - 02.02.2022 |
| 9 | Pn Patmah Binti Mohd Ariff | 03.02.2022- kini |
Sesi persekolahan bermula pada 1 Julai 2004. Enrolmen tahun 2004 ialah 318 orang murid dan 21 orang guru sahaja. Bilangan murid meningkat dengan begitu pesat. Pada tahun 2005, murid SMK Puncak Alam berjumlah 828 orang dan perkembangan murid terus meningkat dari setahun ke setahun. Pada tahun 2020 bilangan murid ialah 1917 orang dan bilangan guru ialah 129 orang.
Pencapaian (2024)
- 106 calon SPM 2024 SMKPA dapat keputusan cemerlang. 98.75% lulus[3]
- SMK Puncak Alam menerima 8 Anugerah di Majlis Anugerah Kualiti Tahun 2024[4]
- Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Selangor 2024[5]
Maklumat Hubungan[6]
- Alamat: Jalan Mahkota Impian 2/1, Seksyen 2, 42300, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor.
- Telefon: (+603) 33928216
- Emel: bea3085@moe.edu.my atau bea3085@btpnsel.edu.my
- Waktu Pejabat: 8:00 pagi - 5:00 petang (Isnin hingga Jumaat).
Rujukan
- ^ "Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam | Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2024-04-19.
- ^ "#SEPUNCAKDIHATI - Sejarah & Pengetua". www.sepuncak.edu.my. Dicapai pada 2024-04-07.
- ^ "106 calon SPM 2024 SMKPA dapat keputusan cemerlang. 98.75% lulus". Facebook.
- ^ "SMK PUNCAK ALAM menerima 8 Anugerah Di Majlis Anugerah Kualiti 2024". Facebook.
- ^ "Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Selangor 2024. Secara Keseluruhan, SMKPA mendapat tempat ke-3". Facebook.
- ^ "#SEPUNCAKDIHATI".










