Sekolah Kebangsaan Tengkek | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6064981879 |
Kod sekolah | NBA1032 |
Faks | 6064981879 |
![]() |
Sekolah Kebangsaan Tengkek atau nama ringkasnya SK Tengkek, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Tengkek.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tengkek memiliki 70 pelajar lelaki dan 70 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 140 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.2009
Sejarah
Bangunan asal Sekolah Melayu Tengkek telah didirikan pada tahun 1907 secara gotong-royong oleh penduduk kampung. Mengikut catatan, pembelajaran telah dimulakan ada 19 Januari 1907. Bangunannya dari kayu, berlantaikan simen, berdinding papan, beratap rumbia dan mempunyai bentuk empat segi bujur dengan keluasan lebih kurang 100’x80’ kaki persegi. Di bahagian hujung sebelah dalam bangunan (sebelah barat), disekat dengan dinding dan dijadikan 2 buah bilik untuk kediaman guru-guru. Terdapat satu bangunan kecil untuk dapur dibina terpisah dari bangunan induk ini, berdekatan dengan bilik guru berkenaan. Tidak jauh dari bangunan dapur tersebut ada sebuah perigi yang diturap dengan simen dipanggil perigi batu untuk sumber bekalan air sekolah. Kawasan sekolah dikelilingi dengan kawat duri untuk melindungi bangunan, taman bunga, dan kebun sayur sekolah dari diganggu oleh binatang-binatang ternakan seperti kerbau, lembu dan kambing. Tapak asal bangunan ini terletak di atas tanah bangunan baru 3 tingkat sekarang ini.
Pada tahun 1963, sekolah telah mendapat bangunan tambahan yang mengandungi 6 bilik darjah. Pada tahun 1995 pula sekolah telah mendapat peruntukan dua blok bangunan baru. Bangunan asal telah dirobohkan dan di atas tapak yang sama sebuah bangunan 4 tingkat telah didirikan. Di sebelah belakang bangunan lama (bangunan tambahan), didirikan pula satu blok bangunan 3 tingkat. Jadi pada masa ini tiada lagi masalah kekurangan bilik darjah kerana bilik darjah yang sedia ada mencukupi.
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Tengkek
- Kampong Tengkek
- 72200, Batu Kikir.
- Negeri Sembilan, Malaysia
- Telefon = 6064981879
- Fax = 6064981879