Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 | |
---|---|
Alamat | |
Jalan Gugusan Alam 7/1,Seksyen 7 Puncak Alam, 42300, Kuala Selangor, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | SEPADU |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Autoriti pendidikan | PPD Kuala Selangor |
Nombor sekolah | 333936961 |
Kod sekolah | BBA3035 |
Tenaga pengajar | 129 |
Jumlah penuntut | 2381 |
Faks | 333936045 |
Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 atau nama ringkasnya SK Puncak Alam 2, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Gugusan Alam 7/1, Bandar Puncak Alam, dalam Mukim Jeram, daerah Kuala Selangor.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Puncak Alam memiliki 1466 pelajar lelaki dan 1396 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2862 orang. Ia mempunyai seramai 125 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah ini dibina dengan perbelanjaan RM 11 juta. Pembinaan sekolah ini dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan dimajukan oleh Puncak Alam Housing Sdn. Bhd. Institusi pendidikan ini mempunyai 6 blok bangunan utama. Terdapat bangunan khas yang dibina sama di atas tanah seluas 9 ekar ini iaitu Dewan Besar, 2 buah bangunan Prasekolah, surau, pondok basikal dan tempat menunggu bas.
Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 telah menerima lantikan pertama Guru Besar iaitu pada 16 Mei 2004 di bawah pimpinan Tuan Haji Muhammad Adzhar bin Haji Alias. Pada 1 Jun 2004, penolong Kanan Kurikulum dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pula telah dilantik . Manakala pada 1 Ogos 2004, seorang Penolong Kanan Kokurikulum telah memulakan tugas di sekolah ini. Jawatan Penyelia Petang pula bermula pada 1 Februari 2005 apabila persekolahan sidang petang bermula.
Sekolah ini telah dibuka secara rasminya pada 14 Jun 2004 dengan jumlah murid seramai 973 orang murid, 48 orang guru, 2 orang kakitangan sokongan dan 26 kelas. Pada tahun 2004, sekolah ini menampung jumlah murid seramai 985 orang iaitu daripada murid Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4 sahaja bagi memulakan persekolahannya. Namun, selepas 12 tahun beroperasi iaitu pada 2016, bilangan murid ialah seramai 2270 orang dengan jumlah kelas sebanyak 61 buah.
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) telah diluluskan pendaftarannya pada 17 Mei 2005. Pada Oktober 2016, PIBG telah melakar sejarah setelah mendapat penarafan 5 Bintang dalam Pertandingan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan seterusnya mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan pada November 2016. Hubungan yang baik dan padu antara ibubapa dan guru adalah kunci kepada keharmonian dan kekuatan sekolah untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan sejak 2004 sehingga kini.
Temasya Sukan Tahunan kali pertama pula telah diadakan pada 17 dan 18 September 2005, manakala Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik (HAKA) dimulakan pada setiap hujung tahun iaitu bermula pada tahun 2004 diikuti Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (HAKAKO).
Pada 1 Mac 2015, Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) di bawah Kebitaraan Bahasa Melayu dan Kebudayaan (Senitari).
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2
- Jalan Gugusan Alam 7/1,Seksyen 7
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 333936961
- Fax = 333936045