Sekolah Kebangsaan Lukut | |
---|---|
Fail:SK Lukut Logo.webp | |
Lokasi | |
Km 11 Jalan Seremban, 71010, Lukut,, Negeri Sembilan Darul Khusus Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | PENDIDIKAN MEMBENTUK PEMIKIRAN |
Nombor sekolah | 6066517063 |
Kod sekolah | NBA2014 |
Guru besar | Junaidah Binti Janian |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Sharti Fazlinda Binti Sulaiman |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Ramlan Bin Haji Rahim |
Penolong Kanan Kokurikulum | Mohd Norddin Bin Hj Abd Kadir |
Faks | 6066514223 |
Laman sesawang | Sekolah Kebangsaan Lukut |
Sekolah Kebangsaan Lukut atau nama ringkasnya SK Lukut, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Km 11 Jalan Seremban.
Pada 2021, Sekolah Kebangsaan Lukut mempunyai 1,245 pelajar dan 78 orang guru. Ia juga mempunyai 39 buah kelas iaitu 33 kelas aliran perdana, 4 kelas pendidikan khas serta 2 kelas prasekolah.
Sejarah
Sekolah Kebangsaan Lukut mula ditubuhkan pada Januari 2000 dengan menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Kg. Gelam, Port Dickson. Sebanyak lima buah kelas dibuka. Warga sekolah terdiri daripada 160 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun Lima dan 18 orang guru.
Pada 1 Mac 2000, warga sekolah telah berpindah ke bangunan baru Sekolah Kebangsaan Lukut di KM 11, Jalan Seremban, Lukut, Port Dickson. Seminggu selepas itu,seramai 160 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Port Dickson mendaftar untuk belajar di sekolah ini. Dengan kemasukan murid ini, jumlah murid telah bertambah kepada 320 orang dan jumlah kelas sebanyak 10 buah dari Tahun 1 hingga Tahun 5.
Murid yang belajar di sekolah ini tinggal di kawasan persekitaran sekolah iaitu Bandar Springhill, Taman Sri Aman, taman-taman perumahan di sekitar Lukut, rumah-rumah rakyat sekitar Lukut, Taman D'Ambang Kota dan kampung-kampung kecil sekitar Lukut.
Lokasi
Sekolah Kebangsaan Lukut telah dibina di KM 11, Jalan Seremban bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Yamtuan Radin.
Matlamat sekolah
- Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
- Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.
- Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara.
- Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia.
Visi Misi Motto
Visi
Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera.
Misi
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
Motto
Pendidikan membentuk pemikiran.
Lagu sekolah
SKL sekolahku tercinta
Indah mekar namanya
Berdisiplin, berilmu, bertaqwa
Jadi pegangan kita
Pendidikan membentuk pemikiran
Seia kami sekata
Bersyukur dengan nikmatNya
Agar hidup diberkatiNya
Tekun berusaha ke arah jaya
Cerdas mindanya
Jasa dan bakti majukan diri
Capai wawasan
SKL sekolahku tercinta
Indah mekar namanya
Berdisiplin, berilmu, bertaqwa
Jadi pegangan kita
Cemerlang, gemilang dan terbilang
Itulah matlamat kita
Korban raga dan berjasa
Untuk mencapai cita-cita
Subjek akademik
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Arab/Bahasa Cina (Pilihan)
- Matematik
- Pendidikan Islam
- Dunia Muzik (Tahun 4-6 sahaja)
- Pendidikan Seni Visual (Tahun 4-6 sahaja)
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
- Reka Bentuk dan Teknologi (Tahun 4-6 sahaja)
- Sains
- Sejarah (Tahun 4-6 sahaja)
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Tahun 4-6 sahaja)
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Lukut
- Km 11 Jalan Seremban
- 71010, Lukut
- Negeri Sembilan, Malaysia
- Telefon = 6066517063
- Fax = 6066514223