Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan | |
---|---|
Lokasi | |
SUNGAI RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Rajin Usaha Berjaya |
Ditubuhkan | 1 Disember 1915 (Sebagai Sekolah Melayu Sungai Ramal) 1982 |
Nombor sekolah | 03-87395207 |
Kod sekolah | BBA4012 |
Guru besar | ZAIDY BIN SALMAN |
GPK Pentadbiran dan Akademik | MOHAMAD ISMAIL FAHAMI BIN IDRIS |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | MARDIANA BINTI SARIP @ MAAROF |
Penolong Kanan Kokurikulum | NOR AZWANA BINTI NASARUDIN |
Laman sesawang | http://www.sklakj.blogspot.com/ |
Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan atau nama ringkasnya SK Leftenan Adnan, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Sungai Ramal Luar.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan memiliki 537 pelajar lelaki dan 543 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1080 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah ini telah dibuka pada 1 Disember 1915 dengan nama Sekolah Melayu Sungai Ramal. Pengasas sekolah ini ialah Encik Arshad Bin. Talib, PJK, selaku Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) pada masa itu. Guru Besar yang pertama Encik Dacap Bin Zainal. Jumlah murid pada waktu itu adalah seramai 26 orang sahaja.
Pada tahun 1982, Sekolah Melayu Sungai Ramal telah ditukar kepada nama Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan, sempena nama seorang murid sekolah ini yang gugur sebagai seorang wira dalam Pertempuran Bukit Candu. Beliau adalah Leftenan Adnan Bin Saidi, anak jati Kajang. Beliau telah terkorban di Bukit Candu, Singapura pada 14 Februari 1942, sehari sebelum Tentera Bersekutu di bawah pimpinan Jeneral Percival menyerah diri kepada tentera Jepun di bawah pimpinan Jeneral Yamashita.
Pada penghujung tahun 1982, bilangan murid sekolah ini meningkat kepada 300 orang. Pada tahun 1994, Bangunan baru 8 buah bilik darjah telah dibina untuk menampung pertambahan murid. Dalam tahun 1995, sekolah ini telah dinaik taraf sebagai sekolah gred A dengan bilangan murid melebihi 700 orang.
Seterusnya sekitar tahun 1999, bangunan Blok C pula didirikan. Bangunan ini mempunyai 10 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah pusat sumber dan makmal komputer. Pada tahun 2002, sebuah surau telah didirikan bagi menampung keperluan semua warga islam.
Sehingga sekarang SK Leftenan Adnan semakin berkembang maju menuju kecemerlangan pendidikan.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan
- Sungai Ramal Luar, 43000 Kajang
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 0387395207
- Blog: http://www.sklakj.blogspot.com/