SK Jemukan
Sekolah Kebangsaan Jemukan (SK JEMUKAN) | |
---|---|
Lokasi | |
Kampung Jemukan, Asajaya, 94600, Kota Samarahan,, Sarawak Bumi Kenyalang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 082827525 |
Kod sekolah | YBA8302 |
Pengerusi PIBG | Encik Yazaid Bin Eli |
Guru besar | Sarbini Bin Pani |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Sukeri Bin Sanucy |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Aziz Bin Kuching |
Penolong Kanan Kokurikulum | Awang Rusdi Bin Awang Yusuf |
Laman sesawang | https://www.facebook.com/SKJemukan/ https://skjemukansamarahan.blogspot.my/ |
Sekolah Kebangsaan Jemukan atau nama ringkasnya SK Jemukan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di jalan Sadong Jaya selepas Asajaya, Kota Samarahan, Sekolah Kebangsaan Jemukan memiliki 114 pelajar lelaki dan 83 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 197 orang. Ia mempunyai seramai 19 orang guru dan 4 orang staff sokongan. Sk Jemukan juga memiliki dua buah prasekolah iaitu Pra Delima dan Pra Nilam yang mampu menampung 25 orang murid setiap buah kelas. Pemulhan Khas juga ditawarkan kepada murid lemah akedemik 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Sk Jemukan di lengkapkan dengan kemudahan Makmal Komputer, Pusat Akses, Pusat Sumber, Bilik Tayang, dan RMT. Kemudahan akses internet yang baik dari segi WiFi Percuma untuk pelajar dan staf sekolah
Sejarah
Sekolah Kebangsaan Jemukan pada asalanya sebuah Sekolah Rendah Kerajaan (SRK) Jemukan dan seterusnya kepada Sekolah Kebangsaan Jemukan. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, pengasas SRK Jemukan ialah Tuan Haji Mohammad B Haji Yusuf, berasal dari Pulau Betawi, Indonesia.
Semasa berumur 5 tahun, beliau tinggal di Mekah bersama dengan ibu beliau dan menuntut di sana. Setelah menetap selama 41 tahun di Mekah, beliau berpindah ke Bombay, India iaitu setelah tercetusnya Perang Wahabi. Beliau berpindah ke Kuching (Kampung Bako) dan berkahwin dengan Hajah Salehah Bt Abang Ning yang berasal dari Spaoh. Hasil daripada perkongsian hidup, mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata. Atas kepandaian beliau dalam bidang agamalah beliau diminta untuk menabur bakti di SRK Jemukan. Sebelum itu, beliau juga pernah berkhidmat di kawasan Saribas dab Kampung Tanjung Bundong.
Pada tahun 1952, Madrasah al-Diniah didirikan oleh pengasasnya secara gotong-royong dengan para penduduk kampung. Pada tahun 1962, beliau telah menerima undangan penduduk Spaoh, Saribas dan di sanalah beliau jatuh sakit lalu meninggal dunia. Jenazah beliau telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Lubok Sue, Saribas.
Pada tahun 1964, Madrasah al-Diniah telah mendapat bantuan daripada Majlis Tempatan Daerah Sadong Hilir dan namanya ditukar kepada SRK Jemukan dengan bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris. Pada tahun 1973 pula, ianya diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan namanya terus ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Jemukan dan kekal sehingga sekarang.
Pada tahun 1983, sekolah ini telah menerima pembiayaan Bank Dunia, dilengkapi dengan dua blok bangunan yang mengandungi 6 bilik darjah, sebuah bilik Pusat Sumber (PSS), sebuah Bilik Guru, Pejabat Am, Pejabat Guru Besar dan Klinik pergigian. Selain itu, ianya juga dibekalkan dengan sebuah kuaters Kelas IV, 3 unit berek, 8 unit tandas murid, tempat perhimpunan dan kemudahan tangki air. Tanggal 1 Ogos 1986, SK Jemukan telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang Berhormat Tuan Haji Bujang B Haji Ulis, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
Pada akhir tahun 2014, sekolah ini menerima blok Penjabat Am baru oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
Pada akhir tahun 2018, sekolah ini menerima blok kelas baru yang di sumbangkan oleh YB Aidel Bin Haji Lariwoo, ADUN N24 Sadong Jaya dengan kos pembinaan sebanyak RM 750,000. Pembinaan blok baru tersebut hanya mengambil masa 10 bulan sahaja. Blok kelas tersebut di lengkapi 6 buah kelas dan 2 buah tandas dan kemudahan air dan elektrik.
Pada bulan Julai 2020, sekolah ini menerima blok Pentadbiran baru yang di sumbangkan oleh YB Aidel Bin Haji Lariwoo, ADUN N24 Sadong Jaya dengan kos pembinaan sebanyak RM 350,000. Pembinaan blok baru tersebut hanya mengambil masa 6 bulan sahaja. Blok tersebut di lengkapi bilik guru serta bilik pentadbiran
Pada bulan Mac 2023, sekolah ini menerima blok Dewan baru yang di sumbangkan oleh YB Aidel Bin Haji Lariwoo, ADUN N24 Sadong Jaya dengan kos pembinaan sebanyak RM 350,000. Pembinaan Dewan baru tersebut hanya mengambil masa 4 bulan sahaja. Dewan tersebut di lengkapi sebuah court badminton , pentas, tandas di luar dewan dan bilik persalinan serta bilik PA Sistem
Senarai Guru Besar Berkhidmat Di SK Jemukan
Senarai Nama Guru Besar Berkhidmat Di SK Jemukan
- Tuan Hj. Mohammad B. Hj. Yusup-------------------------------------------1945 - 1959
- En. Khatan B. Rashid----------------------------------------------------------- 1959 - 1960
- En. Fauzi B. Hj. Mahmud-------------------------------------------------------1961
- En. Ariffin B. Jeli------------------------------------------------------------------1961 - 1963
- En. Abu Samah B. Drahman--------------------------------------------------1964
- En. Joshua Ak. Majang---------------------------------------------------------1965 - 1966
- En. Sulaiman B. Sutamin-------------------------------------------------------1967 - 1970
- En. Hashimi B. Haroun----------------------------------------------------------1971
- En. Sitam B.Deron----------------------------------------------------------------1972 - 1973
- En. Hashimi B. Haroun----------------------------------------------------------1974 - 1975
- En. Jamil B. Hj. Alop-------------------------------------------------------------1975 - 1976
- En. Ali B. Kahir--------------------------------------------------------------------1977 - 1982
- En. Ramlee B. Hj. Maraat------------------------------------------------------1983 - 1987
- En. Madian B. Mohamad-------------------------------------------------------1987 - 1997
- En. Wan Rajiee B. Tengku Kasim--------------------------------------------1997 - 1999
- En. Ahmad B. Daeng Marun---------------------------------------------------2000 - 2003
- En. Sejeli B. Saat-----------------------------------------------------------------2003 - 2012
- En. Ali B. Dom---------------------------------------------------------------------2013 - 2016
- En. Jamali Bin Bujang ----------------------------------------------------------2017 - Oktober 2020
- En. Salleh Bin Sabang----------------------------------------------------------November 2020 - Mac 2023
- Dr. Sarbini Bin Pani--------------------------------------------------------------Ogos 2023 - Sekarang
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Jemukan,
- D/A Pejabat Pendidikan Samarahan,
- Jalan Dato Muhd Musa,
- 94300 Kota Samarahan
- Sarawak, Malaysia
- Telefon = 082827525
- Fax = 082827525
- Email = yba8302@moe.edu.my / skjemukan@gmail.com
- Facebook = https://www.facebook.com/SKJemukan/
Lencana Sekolah
1) Keterangan Warna :
- Merah - Berani menghadapi cabaran
- Kuning - Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Putih - Kesucian
- Hijau - Sentiasa berkembang
- Hitam - Keberanian menghadapi cabaran dan rintangan
2) Keterangan Bentuk :
- Lima Segi - Semangat kesungguhan untuk menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif selaras dengan prinsip rukun negara
- Padi - Situasi aman dan damai serta bercita-cita tinggi
- Genggaman Obor -Semangat mencari ilmu hingga mencapai kejayaan lebih tinggi
- Buku - Gedung ilmu
- Lima Bulatan Kecil - Semangat kesukanan bagi memupuk kewarganegaraan dan perpaduan
3) Moto
- Berilmu - Peranan utama sekolah untuk melahirkan individu yang berilmu dan berkebolehan dalam pelbagai bidang baik dari segi akademik mahupun ko-kurikulum selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
- Berjaya - Individu yang berilmu itu di didik dan dibimbing hingga berjaya. Dengan kejayaan yang diperolehi dapat menjamin masa depan dan meningkatkan prestasi sekolah serta menyumbang kepada Negara
- Berbakti - Anak didik yang berjaya akan mencurahkan bakti kepada negara dengan penuh rasa kecintaan kepada Tanah Air di samping menyahut seruan kerajaan untuk mencapai wawasan Negara
Logo sekolah ciptaan Cikgu Saat Bin Seron yang dipilih melalui pertandingan mencipta logo pada tahun 1987
Lirik Lagu Sekolahku
Sekolah Kami yang dibanggakan
Terletak di kawasan persisiran
Didirikan Oleh Kerajaan
Itulah Sekolah Kebangsaan Jemukan
Sekolah kami yang disayangi
Di sini tempat ilmu dicari
Setiap masa setiap hari
Tanpa rasa jemu dan benci
Berdiri megah gagah perkasa
Tersergam indah ditanah rata
Melahirkan cendiakawan bangsa
Berkhidmat berbakti pada negara
Sekolah Kebangsaan Jemukan
Dikau sebagai lambang kejayaan
Tempat kami menimba pengetahuan
Semoga berkembang sepanjang zaman
Lagu dan Lirik dicipta Oleh : Cikgu Mohd Isa Bin Suki
Arkib SK Jemukan
Softcopy Lagu, lirik dan Logo SK Jemukan
http://bit.do/arkibskjemukan