Sekolah Kebangsaan Batu Keling | |
---|---|
Lokasi | |
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Belaga, 96900, Belaga,, Sarawak Bumi Kenyalang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | BERDISPLIN BERILMU BERBAKTI |
Nombor sekolah | 6086469152 |
Kod sekolah | YBB7209 |
Pengerusi PIBG | Encik Tirah Lawai |
Pengetua | Encik Apoi Job Ngerong |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Jackson Terang Lenjau |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Madina Bit |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Lidem Ngo |
Faks | 6086469152 |
Sekolah Kebangsaan Batu Keling atau nama ringkasnya SK Batu Keling, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Belaga.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Batu Keling memiliki 523 pelajar lelaki dan 467 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 990 orang. Ia mempunyai seramai 49 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah Kebangsaan Batu Keling (dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Long Asap) merupakan sebuah sekolah rendah yang terbesar di daerah Belaga.
Nama Sekolah Kebangsaan Batu Keling secara rasminya digunakan sempena mengambil nama sekolah yang terawal berpindah ke kawasan penempatan semula Hidro Bakun pada 18 September 1998.
Staf dan murid SK Batu Keling kemudiannya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Long Gang pada 5 April 1999.
SK Batu Keling terdiri daripada gabungan 4 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Long Linau, Sekolah Kebangsaan Long Jawe, Sekolah Kebangsaan Long Bulan dan Sekolah Kebangsaan Long Panggai.
Pada tahun 2022, SK Batu Keling menerima peruntukan sebanyak RM5.9 juta ketika sedang dinaiktaraf.[1]
Pencapaian
Sekolah Kebangsaan Batu Keling mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi 2013
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Batu Keling
- D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Belaga
- 96900, Belaga
- Sarawak, Malaysia
- Telefon = 6086469152
- Fax = 6086469152