Segalanya | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 1 Ogos 2003 | |||
Dirakamkan pada | 2003 | |||
Genre | Pop, Pop Rock | |||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Syarikat | Fantasia Music City (FMC) | |||
Penerbit | Patrick Khamis Aidit Alfian Ajai Aubrey Suwito | |||
Kronologi Elyana | ||||
| ||||
Single daripada Segalanya | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Segalanya ialah album studio kedua oleh penyanyi wanita Malaysia, Elyana, dikeluarkan pada 1 Ogos 2003 oleh FMC Music.[1]
Latar belakang
Album ini diterbitkan oleh Ajai dan Patrick Khamis. Nuansa album ini adalah gabungan pop balad dan pop rock sekaligus memberi peluang kepada Elyana untuk bekerjasama dengan ramai penerbit handalan seperti Aubrey Suwito dan Aidit Alfian. Elyana diberi ruang oleh FMC untuk menentukan arah tuju muziknya menerusi album ini yang mana beliau menggunakan sebaik mungkin peluang untuk meneroka muzik Pop Rock yang menjadi kegemarannya.
Ekoran seringkali mendendangkan lagu rancak Melly Goeslaw dalam beberapa persembahannya sebelum ini, Elyana yang baru berusia 16 tahun memilih untuk bekerjasama dengan Tam Mustafah (vokalis kumpulan Spider) dan penulis lirik Loloq. Dari sinilah corak muzik Elyana terbentuk apabila lagu Cahaya Gelita menjadi hits. Elyana juga memulakan kerjasama dengan Aidit Alfian menerusi lagu balada Pulang Menjadi Milikku namun kerjasama baik mereka diteruskan untuk album-album seterusnya kerana keserasian antara komposer dan artis ini. Sementara itu drama seram Seriau arahan Ellie Suriati menggunakan lagu Ku Punya Waktu yang beritma "emo gothic" sebagai lagu tema pada tahun 2004.
Secara keseluruhan album ini hanyalah persembahan sederhana kerana faktor kurang promosi dan campuran dua jenis muzik dalam album ini disifatkan agak bercelaru. Elyana juga terpaksa menghentikan seketika aktiviti seni pada tahun 2004 kerana penumpuan terhadap persekolahan dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Penulis lirik Loloq memenangi satu-satunya Anugerah Citrawangsa dalam karier penulisannya menerusi lagu Cahaya Gelita pada penanugerahan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2005. Lirik lagu itu memenangi kategori Hadiah Penulisan Lirik Bahasa Melayu.
Senarai runut
No. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Sandiwara" | Patrick Kamis | Patrick Kamis | 4:41 | |
2. | "Pulang Menjadi Milikku" | Ad Samad | Aidit Alfian | 4:10 | |
3. | "Ku Punya Waktu" | 210706 | Kiter | 4:15 | |
4. | "Sanubari" | Nur Khalina | Ajai | 4:23 | |
5. | "Cahaya Gelita" | Loloq | Tam Spider | 3:59 | |
6. | "Di Sisimu" | Ireani Yaacob | Azlan Abu Hassan | 4:51 | |
7. | "Sepi Bertandang Lagi" | Amran Omar | Aubrey Suwito | 4:04 | |
8. | "Pura-Pura" | Mikeal Effendy | Aidit Alfian | 3:43 | |
9. | "Bisikan Nurani" | Afiqah MS | Iman Wan | 4:59 | |
10. | "Keranamu" | Amer Munawer | Helen Yap | 3:43 | |
Sejarah keluaran
Negara | Tarikh | Format | Syarikat rakaman |
---|---|---|---|
Malaysia | 1 Ogos 2003 | Muat turun digital[2] Penstriman digital |
FMC Music |
Rujukan
- ^ Gerbang Muzik Anda: Elyana - Segalanya Khazanah Muzik. Oktober 2013. Dicapai pada 12 Disember 2013.
- ^ Segalanya by Elyana iTunes (MY). Dicapai pada 12 Disember 2015.