Tupai muncung Julat zaman: Miosen Tengah – Kini
| |
---|---|
Tupaia sp. | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Grandorder: | Euarchonta |
Order: | Scandentia Wagner, 1855[1] |
Keluarga | |
Tupai muncung[3] atau tupai akar ialah sejenis mamalia berbadan kecil seperti tupai dalam order Scandentia[1]:104 yang ditemukan di hutan-hutan tropika Asia Selatan dan Tenggara. Order ini dipecahkan kepada dua keluarga iaitu Tupaiidae dengan 19 spesies tupai muncung, dan Ptilocercidae dengan spesies tupai akar malam sahaja.[4]:5
Di kalangan order mamalia lain, tupai muncung berkait rapat dengan primat,[penjelasan lebih lanjut diperlukan] dan ada dipakai sebagai alternatif bagi primat dalam penyelidikan uji kaji bagi miopia, tekanan psikososial, dan hepatitis.[5]
Penerangan
Badan tupai muncung langsing dan penuh dengan bulu lembut yang perang kemerahan hingga kekelabuan. Ekornya panjang. Spesies-spesies tupai muncung yang duduk di atas tanah berbadan lebih besar dengan kuku lebih besar untuk menggali serangga daripada spesies-spesies yang hinggap di atas pokok.
Kepala mempunyai otak yang besar.[6] Deria penglihatannya baik menggunakan dua mata. Ia mempunyai gigi asu yang berkembang teruk dan geraham yang tak mengkhusus, dengan rumus gigi keseluruhan [7]
Tabiat
Pemakanan
Tupai-tupai muncung makan buah pokok.
Taksonomi
Ada 23 spesies tupai muncung yang ditempatkan dalam empat genus, genus-genus ini dibahagikan kepada dua keluarga. Hampir semua spesies tupai muncung diletakkan dalam keluarga Tupaiidae, kecuali spesies Ptilocercus lowii diletakkan keluarga tersendiri iaitu Ptilocercidae. Dua keluarga ini dikatakan telah terpisah 60 juta tahun lalu.[8] Genus asal Tupaiidae, Urogale, telah dibubarkan pada 2011 apabila tupai muncung Mindanao dipindahkan ke Tupaia berdasarkan filogeni molekul.[8][4]
- Keluarga Tupaiidae
- Genus Anathana
- Tupai muncung Madras, A. ellioti
- Genus Dendrogale
- Tupai muncung ekor kurus, D. melanura
- Tupai muncung ekor kurus utara, D. murina
- Genus Tupaia
- Tupai muncung utara, T. belangeri
- Tupai muncung perut emas, T. chrysogaster
- Tupai muncung Bangka, T. discolor
- Tupai muncung belang panjang, T. dorsalis
- Tupai muncung Mindanao, T. everetti
- Tupai muncung Sumatera, T. ferruginea
- Tupai muncung besar, T. glis
- Tupai muncung kurus, T. gracilis
- Tupai muncung Jawa, T. hypochrysa
- Tupai muncung Horsfield, T. javanica
- Tupai muncung kaki panjang, T. longipes
- Tupai muncung kecil, T. minor
- Tupai muncung bukit, T. montana
- Tupai muncung Nicobar, T. nicobarica
- Tupai muncung Palawan, T. palawanensis
- Tupai muncung bercat, T. picta
- Tupai muncung Kalimantan, T. salatana
- Tupai muncung kemerahan, T. splendidula
- Tupai muncung belang pendek, T. tana
- Keluarga Ptilocercidae
- Genus Ptilocercus
- Tupai akar malam, P. lowii
-
Tupai muncung Madras (Anathana ellioti)
-
Tupai muncung ekor kurus utara (Dendrogale murina)
-
Tupai muncung utara (Tupaia belangeri)
-
Tupai muncung besar (T. glis)
-
Tupai muncung Horsfield (T. javanica)
-
Tupai muncung kecil (T. minor)
-
Tupai akar malam (lukisan 1850 bagi Ptilocercus lowii)
Rujukan
- ^ a b Schlitter, D.A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-4). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 104–109. ISBN 978-0-8018-8221-0.
- ^ "Appendices". CITES. Dicapai pada 31 Ogos 2023.
- ^ Shukor, M.N. (Disember 2000). "A SMALL MAMMAL TRAPPING STUDY ON MOUNT KINABALU, SABAH, MALAYSIA". Malaysian Applied Biology. Centre of Environment and Natural Resources Sciences, Faculty of Science and Technology, Universiti Kebangsaan Malaysia. 29 (1&2): 133-143.
- ^ a b Harrison, J. L.; Quah, S. K. (1963). Recommended Vernacular Names for Malaysian Mammals (PDF). Jabatan Zoologi Universiti Singapura. m/s. 4-5.
- ^ Cao, J.; Yang, E.B.; Su, J.-J.; Li, Y.; Chow, P. (2003). "The tree shrews: Adjuncts and alternatives to primates as models for biomedical research" (PDF). Journal of Medical Primatology. 32 (3): 123–130. doi:10.1034/j.1600-0684.2003.00022.x. PMID 12823622. S2CID 16910445. Dicapai pada 1 Januari 2012.
- ^ "an article on Tupaia belangeri". The Genome Institute. Washington University. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Jun 2010.
- ^ Martin, Robert D. (1984). Macdonald, D. (penyunting). The Encyclopedia of Mammals. New York, NY: Facts on File. m/s. 440–445. ISBN 978-0-87196-871-5.
- ^ a b Roberts, T.E.; Lanier, H.C.; Sargis, E.J.; Olson, L.E. (2011). "Molecular phylogeny of treeshrews (Mammalia: Scandentia) and the timescale of diversification in Southeast Asia". Molecular Phylogenetics and Evolution. 60 (3): 358–372. doi:10.1016/j.ympev.2011.04.021. PMID 21565274.