Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | BERDISIPLIN BERILMU BERBAKTI |
Ditubuhkan | 1 Januari 1983 |
Nombor sekolah | 06-6512022 |
Kod sekolah | NEA2052 |
Pengerusi PIBG | Encik Hishamuddin bin Abdul Manap |
Pengetua | Encik Mohd Kavi bin Shamsudin |
Warna | Merah, Biru, Kuning & Putih |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Rafidah binti Abdul Aziz |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Norhuda binti Mohamad Ali |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Liew Sew Yen |
Faks | 6066517067 |
![]() |
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat atau nama ringkasnya SMK Raja Jumaat, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 5 Jalan Seremban.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat memiliki 518 pelajar lelaki dan 558 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1076 orang. Ia mempunyai seramai 55 orang guru.2009
Sejarah
SMK Raja Jumaat terletak di tepi jalan besar Port Dickson-Seremban. Jauhnya hanya 5km dari bandar Port Dickson dan mempunyai kawasan seluas 15 hektar. Sekolah ini mula dibina pada tahun 1980 dan siap sepenuhnya pada tahun 1982, di atas biayaan Bank Dunia. Sekolah ini mula digunakan pada tahun 1983 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Lukut. Pada peringkat permulaannya sekolah ini menerima pelajar pelajar dari Sekolah Rendah Kampung Gelam, SRJK (C) Chung Hua Lukut, SRJK (T) Ladang Sendayan dan SRKJK (T) Ladang Siliau. Mereka ditempatkan dalam sebuah kelas Tingkatan peralihan dan dua kelas Tingkatan Satu.
Pada awal penubuhannya, sekolah ini mempunyai dua buah bangunan dua tingkat, sebuah bengkel seni perusahaan, sebuah kantin, 150 orang pelajar, 10 tenaga pelajar dan 6 orang pekerja. Tuan pengetua yang pertama ialah Encik Chin Kow Ming yang sebelumnya ialah guru Matematik dari Sekolah Menengah Tanah Merah Site 'C'. Belai telah berusaha membangunkan sekolah ini walaupun kekurangan kemudahan.
Pada Tahun 1983 juga, sebuah Lembaga pengelola Sekolah telah ditubuhkan bagi mengawasi pengurusan sekolah. Pengerusinya yang pertama ialah Allahyarham Tuan Haji Ali Daud PJK, PMC, PPN, PPM, JP. Beliau dibantu oleh dua orang ahli lembaga sekolah iaitu Encik Gwee Cheok Choo dan Encik Sia Boon Kok. Lembaga Pengelola Sekolah ini telah dibubarkan pada 1 Jan 1998.
Pada 1984, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Raja Jumaat telah ditubuhkan dengan tujuan untuk mengeratkan perhubungan antara guru dan ibu bapa bagi meningkatkan kemajuan pelajar. Pengerusi PIBG yang pertama ialah Tuan Haji Sayuti bin Haji Munir PJK.
Pada Tahun 1989, sebuah bangunan 4 bilik darjah telah dibina dengan cara gotong-royong melalui peruntukan dari JPNS sebanyak RM20,000 sahaja. Bagi menampung bilangan pelajar yang terus meningkat, sebuah bangunan 2 tingkat telah siap dibina.
Sejak penubuhannya sekolah ini mempunyai sebuah padang untuk menjalankan aktiviti kokurikulum. Demi kemajuan pelajar, dengan usaha Tuan Pengetua dan PIBG sekolah, sebuah kompleks sukan mini telah dibina pada akhir tahun 1992. Kompleks ini mempunyai 2 buah gelanggang bola keranjang, 2 buah gelanggang bola tampar dan sebuah gelanggang sepak takraw.
Pada sesi 1991/1992 sekolah ini telah mula mengadakan satu sesi persekolahan sahaja untuk menggantikan persekolahan dua sesi semenjak 1987. Di samping itu, JPNS telah membenarkan sekolah ini membuka dua kelas Tingkatan Empat pada sesi persekolahan 1991/1992. Dengan ini sekolah telah bertukar nama dari Sekolah Menegah Rendah Lukut. Selepas itu sekolah ini telah dibenarkan membuka kelas aliran sains tulen pada tahun 1998. Pada tahun ini juga sekolah ini telah dinaikan taraf gred A. Pada 6 Ogos 1999 sekolah ini telah ditukarkan nama kepada SMK Raja Jumaat dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Mohd Khalid Yunus. Timbalan Menteri Pendidikan yang mewakili Yang Berhormat Najib Razak, Menteri Pendidikan.
Pengetua yang terkini adalah Encik Mohd Kavi bin Shamsudin. beliau menggantikan Encik Yusnizam bin Ahmad yang telah berpindah ke sekolah lain.
Senarai Pengetua SMK Raja Jumaat
Senarai Pengetua yang pernah berkhidmat di SMK Raja Jumaat ialah :
Nama | Gambar | Tempoh Perkhidmatan |
---|---|---|
Encik Chin Kow Ming | ![]() |
1 Januari 1983 - 31 Disember 1987 (4 tahun, 11 bulan dan 30 hari) |
Tuan Haji Abu Bakar bin Suhor | ![]() |
1 Januari 1988 - 30 September 1988 (8 bulan dan 29 hari) |
Tuan Haji Mohd Yusuf bin Haji Yahya | ![]() |
1 Oktober 1988 - 31 Mac 1991 (2 tahun, 5 bulan dan 30 hari) |
Encik Hilary Sta Maria | ![]() |
1 Disember 1991 - 1 Februari 1996 (4 tahun dan 2 bulan) |
Puan Rusiah binti Jalil | ![]() |
16 April 1996 - 30 Mac 1997 (11 bulan dan 14 hari) |
Encik Gulendran A/L Sinnadurai | ![]() |
1 April 1997 - 26 Julai 2004 (7 tahun, 5 bulan dan 25 hari) |
Puan Hajah Johara binti Dato Haji Nawawi | ![]() |
27 Julai 2004 - 15 April 2009 (4 tahun, 8 bulan dan 19 hari) |
Tuan Haji Jaafar bin Sidek | ![]() |
16 April 2009 - 24 Ogos 2009 (4 bulan dan 8 hari) |
Encik Cheah Lef Ngan | ![]() |
1 September 2009 - 31 Mac 2011 (1 tahun, 6 bulan dan 30 hari) |
Cik New Ah Kow | ![]() |
1 April 2011 - 15 Mei 2016 (5 tahun, 1 bulan dan 14 hari) |
Encik Akashah bin Ismail | ![]() |
16 Mei 2016 - 17 Oktober 2022 (6 tahun, 5 bulan dan 1 hari) |
Encik Yusnizam bin Ahmad | ![]() |
19 Disember 2022 - 23 Februari 2024 (1 tahun, 2 bulan dan 4 hari) |
Encik Mohd Kavi bin Shamsudin | Fail:Mohamad Kavi Shamsudin.jpg | 24 Februari 2024 - kini (1 tahun, 2 bulan dan 11 hari) |
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat
- Km 5 Jalan Seremban
- 71010, Port Dickson
- Negeri Sembilan, Malaysia
- No Telefon = 6066512022
- Fax = 6066517067