Dolar Singapura | |
---|---|
دولر سيڠاڤورا 新加坡元 Xīnjiāpō Yuán (Cina) Singapore Dollar (Inggeris) சிங்கப்பூர் வெள்ளி Ciṅkappūr Veḷḷi(Tamil) | |
ISO 4217 | |
Kod | SGD |
Jenis mata wang | |
Subunit | |
1/100 | Sen |
Simbol | S$ |
Nama samaran | Sing |
Wang kertas | |
Kerap digunakan | $2, $5, $10, $20, $50, $100 & $1,000 |
Jarang digunakan | $10,000 |
Syiling | |
Kerap digunakan | 5, 10, 20, 50 sen, $1 |
Jarang digunakan | 1 sen |
Demografi | |
Pengguna | Singapura Brunei |
Pengeluaran | |
Pihak berkuasa kewangan | Penguatkuasa Kewangan Singapura |
Tapak web | www.mas.gov.sg |
Kilang wang | Mint Singapura |
Tapak web | www.singaporemint.com |
Penilaian | |
Inflasi | 1% |
Sumber | The World Factbook, anggaran 2006 . |
Sama nilai dengan Dolar Brunei | |
sunting |
Dolar Singapura (Jawi: دولر سيڠاڤورا) juga dikenali sebagai Ringgit Singapura (dibahagi kepada 100 sen), adalah unit mata wang negara Singapura dengan kod mata wang SGD. Ia sering dipendekkan dengan tanda dolar $, atau S$ untuk membezakannya dari dolar-dolar yang lain.
Sejarah
Untuk masa yang lama, Singapura menggunakan mata wang yang sama dengan Negeri-negeri Selat (Straits Settlements) dan kemudiannya dengan Malaya, dikawal oleh Lembaga Pesuruhjaya Mata wang (Board of Commissioners of Currency).
Singapura menggunakan mata wang yang sama dengan Malaysia apabila ia menganggotai negara tersebut pada tahun 1963. Setelah ia berpisah dari Malaysia pada tahun 1965, Singapura mula menggunakan mata wangnya sendiri. Singapura mendirikan sebuah 'Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang, Singapura' (Board of Commissioners of Currency, Singapore) pada 7 April 1967 dan mengeluarkan siri mata wang yang pertama, "Orkid", pada 12 Jun 1967.
Status terkini
Dolar Singapura adalah mata wang yang boleh ditukar dengan bebas dan dikait dengan longgar dengan Dolar Amerika Syarikat (ASD). Sejak Jun 2004, AS$1 bernilai lebih kurang S$1.7 .
Dolar Brunei dipaut pada dolar Singapura dengan kadar 1:1. Kedua-dua mata wang boleh digunakan di Singapura dan Brunei.
Pautan luar