Dolar Borneo Utara British ialah mata wang Borneo Utara British antara 1882 hingga 1953. Nilainya sama sahaja dengan dolar Selat dan penggantinya, dolar Malaya (mata wang Malaya dan Singapura), iaitu 2 syiling 4 peni setiap dolar, sejak pengenalannya sehingga kedua-dua mata wang itu digantikan dengan dolar Malaya dan Borneo British pada tahun 1953.
Dolar Borneo Utara British dibahagikan kepada 100 sen. Pada sepanjang sejarahnya, duit syiling ditempa dalam jenis mata wang ½ sen, 1 sen, 2½ sen, 5 sen, dan 25 sen. Hanya duit syiling 25 sen mengandungi logam berharga. Nota-nota bank dicetak dalam jenis wata wang 25 sen, 50 sen, $1, $5, $10, dan $25. Reka bentuknya tidak banyak berubah semasa hayatnya dan menonjolkan jata, Gunung Kinabalu atau kedua-duanya. Bagaimanapun, saiz fizikal nota bank menyusut dengan berlangsungnya masa. Kedua-dua duit syiling dan nota bank dikeluarkan oleh Syarikat Borneo Utara British.
Semasa zaman pendudukan Jepun (1942-1945), wang kertas dikeluarkan dalam jenis mata wang 1 sen hingga 1,000 dolar. Nilainya ditetapkan pada kadar 1 dolar = 1 yen Jepun, berbanding dengan kadar pra-perang sebanyak 1:2. Selepas perang, mata wang pendudukan Jepun diisytiharkan sebagai tidak bernilai dan nilai dolar Borneo Utara British dipulihkan kepada nilai berasaskan sterling yang dahulu sebanyak 2 syling 4 peni.
Lihat juga
Rujukan
- Pick, Albert (1996). Katalog Piawai Wang Kertas Dunia: Isu am hingga 1960. Colin R. Bruce II dan Neil Shafer (penyunting) (ed. ke-8). Krause Publications. ISBN 0-87341-469-1.
- Krause, Chester L. dan Clifford Mishler (2003). 2004 Katalog Piawai Duit Syiling Dunia: 1901–kini. Colin R. Bruce II (penyunting kanan) (ed. ke-31). Krause Publications. ISBN 0873495934.
Pautan luar
Didahului oleh: Tiada pendahulu moden |
Mata wang Borneo Utara British 1882 – 1942 Nota: Sama nilainya dengan dolar Selat dan dolar Malaya selepas 1939 |
Digantikan dengan: Dolar dikeluarkan kerajaan Jepun Lokasi: Malaysia, Singapura, dan Brunei kini Alasan: Pendudukan Jepun Nisbah: pada tara Nota: Kerajaan Jepun membenarkan mata wang dolar diedarkan, tetapi mata wang tersebut disorokkan oleh pemilik kerana nilainya lebih boleh dipercayai. |
Didahului oleh: Dolar dikeluarkan kerajaan Jepun Lokasi: Malaysia, Singapura, Brunei kini Alasan: Jepun ditewaskan dalam Perang Dunia II Nisbah: Mata wang pendudukan menjadi tidak bernilai, dan nilai mata wang pra-pendudukan dipulihkan. |
Mata wang Borneo Utara British 1945 – 1953 Nota: nilainya sama dengan dolar Malaya |
Digantikan dengan: Dolar Malaya dan Borneo British Alasan: pengasasan Lembaga Pesuruhanjaya Mata Wang sepunya Nisbah: pada tara, atau 60 dolar = 7 paun British |