Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Kumaahran a/l Sathasivam | ||
Tempat lahir | Pulau Pinang, Malaysia | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Pulau Pinang FA | ||
Kerjaya remaja | |||
2013 | Piala Presiden Pulau Pinang | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2014 | Harimau Muda C | ||
2015 | Harimau Muda | ||
2016– | Pulau Pinang FA | ||
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2014- | Malaysia B-20 | ||
2015- | Malaysia B-22 | ||
2015- | Malaysia | 1 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada Disember 2015 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga Disember 2015 |
Kumaahran a/l Sathasivam (lahir 3 Julai 1996) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai penyerang untuk Harimau Muda, yang kini akan bermain untuk kelab Pulau Pinang FA dalam Liga Super Malaysia.
Karier
Karier awal
Pada bulan Ogos 2011, Kumaahran telah menjalani kem latihan bersama pasukan Brazil, Cruzeiro Esporte Clube selama satu bulan. Dalam satu temu bual bersama Goal.com, jurulatih Kumaahran, Jaino Matos, berkata: "Cruzeiro sangat berminat untuk membawa Kumaahran untuk satu lagi kem latihan, dan kita patut berbangga untuk itu.[1] Pada tahun 2012, Kumaahran dan B. Sanjef Dinesh dijemput untuk berlatih bersama Cruzeiro kali ini selama dua bulan.[2] Kumaahran memulakan kariernya dengan bermain untuk pasukan Piala Presiden Pulau Pinang pada musim 2013. Dia kemudiannya diserapkan ke pasukan Harimau Muda C pada tahun 2014.
Harimau Muda
Selepas semusim bersama pasukan Harimau Muda C, dia diserap ke Harimau Muda yang akan beraksi dalam S.League pada musim 2015.
Karier antarabangsa
Kumaahran dinamakan dalam skuad Malaysia bawah 19 untuk Kejohanan Bola Sepak Remaja Beijing-Hyundai 2014.[3] Ketika perlawanan persahabatan menentang Uzbekistan bawah-16, Kumaahran menjaringkan gol hatrik untuk membantu Harimau Muda C menang dengan keputusan 4-0.
Kumaahran dipanggil ke pasukan Malaysia bawah-22 untuk Piala Emas Bangabandhu 2015. Dia menjaringkan gol ke atas Singapura bawah-22 untuk membantu Malaysia layak ke perlawanan akhir.[4] Dalam perlawanan akhir, dia menjaringkan gol kedua Malaysia untuk meraih kemenangan ke atas Bangladesh 3-2.[5]
Gol antarabangsa bawah-22
No | Tarikh | Venue | Lawan | Jaringan | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 5 Februari 2015 | Stadium Daerah Sylhet, Bangladesh | Singapura B-22 | 1–0 | Menang | Piala Emas Bangabandhu 2015 |
2 | 8 Februari 2015 | Stadium Nasional Bangabandhu, Bangladesh | Bangladesh | 3-2 | Menang | Piala Emas Bangabandhu 2015 |
Rujukan
- ^ "Malaysian teenage prodigy Kumaahran attracts interest of Brazilian club Cruzeiro". goal.com.
- ^ "Two Penang teenagers will undergo training with Brazilian club". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-12.
- ^ "Kejohanan Bolasepak Jemputan Antarabangsa Beijing Hyundai 2014". malaysiafootball-dimos.blogspot.com.
- ^ "Kumaahran earns Young Tigers a spot in the Final". goal.com.
- ^ "Malaysia wins Bangabandhu Gold Cup". New Straits Times Online.