| Rumah Kasih Suraya | |
|---|---|
| Genre | |
| Ditulis oleh | Zahirah Hassan |
| Pengarah | Waan Hafiz |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Aku Yang Dulu" oleh Daniesh Suffian |
| Lagu penutup | "Aku Yang Dulu" oleh Daniesh Suffian |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 30 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif |
|
| Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Nusantara Seni Karya Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV1 |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 1 Mac 2025 – 30 Mac 2025 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Sembang Jarak Jauh |
Rumah Kasih Suraya ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2025 arahan oleh Waan Hafiz, dibintangi oleh Nad Zainal dan Fauziah Ahmad Daud. Siri ini memulakan tayangan di Slot Bidadari, TV1 bermula 1 Mac 2025 menggantikan Sembang Jarak Jauh.
Sinopsis
Suraya Hanis, seorang bekas peragawati, membuka Rumah Kasih Suraya menjelang Ramadan sebagai tanda rasa tanggungjawab dan keinsafan. Kisah ini memaparkan pengorbanannya untuk membantu mereka yang memerlukan, serta cabaran di sebalik kerjaya glamor yang penuh fitnah dan godaan. Ia menyoroti betapa pentingnya keimanan, ketabahan mental, dan usaha gigih untuk berjaya dalam dunia selebriti.
Suraya menyewa banglo Datuk Badar untuk membuka rumah kebajikan khas untuk golongan artis veteran. Suraya seorang supermodel dan usahawan tudung yang popular. Primadona Zaiton akan turut menghuni di Rumah Kasih Suraya. Primadona Zaiton adalah artis veteran yang sangat popular satu masa dulu dan pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik.
Pelakon
Pelakon utama
- Nad Zainal sebagai Suraya Hanis
- Fauziah Ahmad Daud sebagai Primadona Zaiton
Pelakon pembantu
- Fad Anuar sebagai Shafiq
- Dato Jalaludin Hassan sebagai Datuk Badar
- Datin Fadilah Mansor sebagai Datin Fauziah
- Sobri Anuar sebagai Pak Cik Amran
- Sheila Mambo sebagai Mak Cik Kiah
- Adam Shahz sebagai Rizal
- Nor Albaniahsebagai Cik Tim
- Daniesh Suffian sebagai Yusof
- Nur Asyiqin sebagai Zaiton Muda
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Hamidah








