| Rubah merah Julat zaman: Pertengahan Pleistosen–Kini
| |
|---|---|
| Rubah merah di Pusat Hidupan Liar British, Surrey | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Order: | |
| Keluarga: | |
| Tribus: | |
| Genus: | |
| Spesies: | V. vulpes
|
| Nama binomial | |
| Vulpes vulpes | |
| Subspesies | |
| Taburan rubah merah seluruh dunia hijau - asli lembayung - diperkenalkan jingga - tidak tentu | |
| Sinonim | |
|
Canis vulpes Linnaeus, 1758 | |
Rubah merah (nama saintifik: Vulpes vulpes)[3][4] ialah sejenis rubah bertaburan ke serata Hemisfera Utara dari Garisan Artik ke Afrika Utara, Amerika Utara, dan Asia, IUCN menyenaraikannya sebagai spesies spesies kurang membimbangkan.[1] Ia juga diperkenalkan ke benua Australia sebagai spesies ceroboh paling berbahaya.[5]
Spesies rubah ini berasal daripada leluhur bersaiz lebih kecil dari Eurasia semasa zaman Villafranca Pertengahan,[6] dan tersebar ke Amerika Utara tidak lama selepas pengglasieran Wisconsin.[7] Empat puluh lima subspesies setakat ini diakui,[3] yang dibahagikan kepada dua kategori: rubah utara besar, dan rubah selatan basal kecil dari Asia dan Timur Tengah.[8] Badan rubah merah yang besar sesuai gaya hidupnya sebagai pemangsa karnivor.[9] Selain itu, badannya boleh membiasakan diri kepada apa jua persekitaran baharu dengan cepat.[10]
Anatomi
Badannya lonjong dengan kaki-kaki dan ekor yang panjang. Ukuran ekornya lebih panjang daripada separuh panjang badannya atau 70 peratus.[11][12] Ekornya berbulu lebat dan hampir seluruh bahagiannya berwarna merah kecuali hujungnya yang berwarna putih.[11]
Kepala dan tengkorak rubah merah bermuncung panjang[13] terutamanya pada tahap dewasa;[14] Anak-anak matanya berbentuk bujur.[15] Belakang telinganya berbulu hitam.[11] Ia mempunyai daya pendengaran yang tajam mengesan decitan tikus dari sejauh 100 meter dan bunyi kibasan kepak burung gagak dari sejauh 0.25–0.5 km.[16]
Bulu
Bulu badan pada populasi-populasi rubah merah di Amerika Utara lebih lembut dan panjang daripada bulu badan pada populasi-populasi di Eurasia.[15][17] Sungguhpun namanya, spesies ini kerap menghasilkan individu dengan warna lain, termasuk balar dan melanis.[10]
Tabiat
Rubah merah biasanya bersama-sama berpasangan atau dalam kelompok kecil sama ada dalam satu keluarga dengan pasangan dan anak-anak, atau seekor jantan dengan beberapa ekor pasangan betina yang bersaudara. Anak daripada pasangan pengawanan kekal dengan induknya untuk membantu penjagaan anak baharu.[18]
Pemakanan
Spesies ini terutamanya memakan rodensia kecil, tetapi juga boleh menyasarkan arnab, burung-burung kecil, reptilia, invertebrat[19] dan ungulat muda.[20] Ia juga kadang-kadang makan tumbuhan termasuk buah-buahan.[21] Sungguhpun rubah merah cenderung untuk membunuh pemangsa lebih kecil, ia rentan terhadap serangan daripada pemangsa lebih besar, seperti serigala, koyote, jakal keemasan dan felin bersaiz sederhana dan besar.[22]
Spesies ini mempunyai sejarah panjang bagi perkaitan dengan manusia, kerana telah diburu dengan meluas sebagai haiwan perosak dan pembawa bulu selama berabad-abad, serta diwakili dalam cerita rakyat dan mitologi manusia. Oleh sebab taburan meluasnya dan populasi besarnya, rubah merah merupakan salah satu haiwan pembawa bulu paling penting yang hasilnya diperoleh untuk perdagangan bulu.[23]
Pembiakan
Rubah betina baligh pada usia 7-9 bulan, kitaran estrusnya bermula bulan Disember apabila peranakannya mula membengkak. Buah zakar rubah jantan mula membesar dan menghasilkan sperma dari antara bulan-bulan Ogos–September hingga antara bulan-bulan Disember–Februari.[24]
Rujukan
- ^ a b Hoffmann, M.; Sillero-Zubiri, C. (2021). "Vulpes vulpes". m/s. e.T23062A193903628. doi:10.2305/IUCN.UK.2021-1.RLTS.T23062A193903628.en. Dicapai pada 2 Oktober 2025.
- ^ Linnæus, Carl (1758). Systema naturæ per regna tria naturæ, secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis. Tomus I (dalam bahasa Latin) (ed. 10). Holmiæ (Stockholm): Laurentius Salvius. m/s. 40.
- ^ a b Wilson, Don E.; Reeder, DeeAnn M. (2005). Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference. JHU Press. m/s. 585–586. ISBN 978-0-8018-8221-0.
- ^ Heptner & Naumov 1998, m/s. 469.
- ^ "100 of the World's Worst Invasive Alien Species". Kumpulan Pakar Spesies Invasif.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamak115 - ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamak96 - ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamas473 - ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamas480 - ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamas475 - ^ a b c Heptner & Naumov 1998, m/s. 471.
- ^ Larivière, Serge & Pasitschniak-Arts, Maria (1996). Vulpes vulpes (PDF). American Society of Mammalogists. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 31 October 2005. Dicapai pada 9 July 2016.
- ^ Heptner & Naumov 1998, m/s. 478.
- ^ Heptner & Naumov 1998, m/s. 480.
- ^ a b Heptner & Naumov 1998, m/s. 472.
- ^ Heptner & Naumov 1998, m/s. 561.
- ^ Bachrach 1953, m/s. 231, 235.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamah413 - ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamas513 - ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaUSSR2 - ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaf529 - ^ Fedriani, J.M.; Palomares, F.; Delibes, M. (1999). "Niche relations among three sympatric Mediterranean carnivores". Oecologia. 121: 138–148. doi:10.1007/s004420050915. JSTOR 4222449.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamab229 - ^ Heptner & Naumov 1998, m/s. 537–538.
Sumber-sumber
- Bachrach, Max (1953). "Fur: a practical treatise". New York: Prentice-Hall, edisi ke-3. Cite journal requires
|journal=(bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Dale, Thomas Francis (1906). "The fox". Longmans, Green, and Co. Cite journal requires
|journal=(bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Feldhamer, George A.; Thompson, Bruce Carlyle; Chapman, Joseph A. (2003). Wild mammals of North America: biology, management, and conservation. JHU Press. ISBN 0-8018-7416-5.CS1 maint: ref=harv (link)
- Harris, Stephen; Yalden, Derek (2008). Mammals of the British Isles. Persatuan Mamalia; Edisi semakan ke-4. ISBN 0-906282-65-9.CS1 maint: ref=harv (link)
- Heptner, V. G.; Naumov, N. P. (1998). Mammals of the Soviet Union. II Part 1a, SIRENIA AND CARNIVORA (Sea cows, Wolves and Bears). Washington D.C., Amerika Syarikat: Smithsonian Institution Libraries, National Science Foundation. ISBN 1-886106-81-9.CS1 maint: ref=harv (link)
- Kurtén, Björn (1968). "Pleistocene mammals of Europe". Weidenfeld and Nicolson. Cite journal requires
|journal=(bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Kurtén, Björn (1980). "Pleistocene mammals of North America". ColumbiaUniversity Press. ISBN 0-231-03733-3. Cite journal requires
|journal=(bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Larivière, Serge; Pasitschniak-Arts, Maria (1996). "Vulpes vulpes" (PDF). Mammalian Species. 537 (537): 1–11. doi:10.2307/3504236.CS1 maint: ref=harv (link)
- Macdonald, David (1987). "Running with the Fox". Guild Publishing, London. ISBN 0-8160-1886-3. Cite journal requires
|journal=(bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Merriam, Clinton Hart (1900). "Preliminary revision of the North American red foxes". Akademi Sains Washington. Cite journal requires
|journal=(bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Osborn, Dale. J.; Helmy, Ibrahim (1980). "The contemporary land mammals of Egypt (including Sinai)". Field Museum of Natural History. Cite journal requires
|journal=(bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Pocock, R. I. (1941). "Fauna of British India: Mammals Volume 2". Taylor and Francis. Cite journal requires
|journal=(bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Potts, Allen (1912). "Fox hunting in America". Washington: The Carnahan Press. Cite journal requires
|journal=(bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Sillero-Zubiri, Claudio; Hoffman, Michael; MacDonald, David W. (2004). Canids: Foxes, Wolves, Jackals and Dogs – Tinjauan Status dan Rancangan Tindakan Pemuliharaan 2004. Kumpulan Pakar Canid IUCN/SSC. ISBN 2-8317-0786-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-06. Dicapai pada 2014-07-09.CS1 maint: ref=harv (link)
- Spagnesi, Mario; De Marina Marinis, Maria (2002). Mammiferi d'Italia. Quaderni di Conservazione della Natura. ISSN 1592-2901.CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Rubah merah. |
| Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Rubah merah |
- "Vulpes vulpes (Linnaeus, 1758)". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 18 Mac 2006. (Inggeris)
- Rubah Merah, National Geographic (Inggeris)
- Sejarah Semula Jadi Rubah Merah, Wildlife Online (Inggeris)
- Maklumat rubah merah Lembah Sacramento, (Inggeris)
- Video sekeluarga anak rubah merah, menunjukkan tingkah laku di dalam sarang (Inggeris)
- Video tangkapan dekat seekor rubah jantan dewasa (Inggeris)








