Harimau bintang salji | |
---|---|
![]() | |
Harimau bintang salji di Taman Zoologi Cologne | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Carnivora |
Suborder: | Feliformia |
Keluarga: | Felidae |
Genus: | Panthera |
Spesies: | P. uncia
|
Nama binomial | |
Panthera uncia (Schreber, 1775)
| |
Subspesies | |
![]() | |
Peta taburan | |
Sinonim | |
Harimau bintang salji (nama saintifik: Panthera uncia) merupakan sejenis haiwan pemangsa berbadan besar seperti harimau bintang dengan bulu pudar bertompok-tompok. Ia ditemukan di kawasan pergunungan salji Asia Tengah, dari Afghanistan hingga bahagian timur Tibet.[3] Ia pernah digolongkan dalam genus Uncia pada awal 1930-an.[4]
Walaupun dilindungi di hampir semua negara tempat spesies ini berada, Harimau bintang salji masih diburu secara liar kerana memangsa haiwan ternakan dan terutamanya untuk diambil bulunya. Harimau Tutul Salji dinilai Terancam Pupus di dalam Senarai Merah IUCN dan tersenarai di dalam CITES Appendix I.
Ciri
Panjang tubuh mencapai 1.30 meter, dan panjang ekor sekitar 0.8–1 m. Spesies ini mempunyai bulu tebal berwarna putih kekelabuan di bahagian atasnya dan buluh putih di bahagian bawahnya; kepala, badan dan kaki-kakinya bertompok-tompok hitam keperangan.[5] Kucing betina serupa, dan berukuran lebih kecil dari jantan. Tidak seperti kucing-kucing besar yang lain, harimau tutul salji tidak dapat mengaum atau mendengkur.
Tabiat
Harimau bintang salji merupakan haiwan penyendiri, jantan dan betina memburu mangsa berpasangan hanya pada musim membiak.
Pemakanan
Mangsa utamanya terdiri dari kambing dan biri-biri gunung, arnab dan binatang-binatang lain yang terdapat di sekitar habitatnya.[6]
Pembiakan
Harimau bintang salji betina biasanya mempunyai dua hingga tiga anak, yang tinggal bersama induknya hingga harimau bintang muda berumur sekurang-kurangnya satu tahun.
Rujukan
- ^ a b McCarthy, T.; Mallon, D.; Jackson, R.; Zahler, P.; McCarthy, K. (2017). "Panthera uncia". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017-2. 2017: e.T22732A50664030. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-2.RLTS.T22732A50664030.en. Dicapai pada 24 Disember 2017.
- ^ a b Schlitter, D.A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-4). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 551. ISBN 978-0-8018-8221-0.
- ^ McCarthy & Chapron 2003, m/s. 14.
- ^ Wilson, Don E.; Reeder, DeeAnn M. (2005). Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference. JHU Press. m/s. 548. ISBN 978-0-8018-8221-0.
- ^ Hemmer 1972, m/s. 1.
- ^ McCarthy & Chapron 2003, m/s. 13.
Sumber-sumber utama
- McCarthy, Thomas M.; Chapron, Guillaume, penyunting (2003). Snow Leopard Survival Strategy. Seattle, Washington, Amerika Syarikat: International Snow Leopard Trust & Snow Leopard Network.
- Hemmer, Helmut (1972). "Uncia uncia" (PDF). Mammalian Species (20): 1–5. doi:10.2307/3503882. JSTOR 3503882. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 April 2012.