Umum | |
---|---|
Pengarang | Liyana Zahim |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Genre | Cinta, konflik, keluarga |
Penerbitan | |
Penerbit | Alaf 21 |
Tarikh penerbitan | 1 Ogos 2013 |
Jenis media | Cetakan (kulit keras) |
Halaman | 597 |
Kawalan kewibawaan | |
ISBN | ISBN 9789831248829 |
Rindu Awak 200% ialah sebuah novel 2013 oleh penulis novel Malaysia, Liyana Zahim, dikeluarkan pada 1 Ogos 2013 oleh Alaf 21.[1][2] Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2014.[3]
Sinopsis
Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.
Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.
Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?
Adaptasi
Televisyen
Rindu Awak 200% telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia pada 15 Januari 2014 di TV3, dibintangi oleh Ayda Jebat dan Zul Ariffin.'[4]
Rujukan
- ^ Liyana Zahim (2013). Rindu Awak 200%. Alaf 21. ISBN 9789831248829.
- ^ Rindu Awak 200% by Liyana Zahim Goodreads. Dicapai pada 1 Februari 2015.
- ^ Nur Farhana Mohamad (6 Ogos 2014). Rindu Awak 200% semakin menjadi Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 Ogos 2014.
- ^ Nina Farzuin Md. Sharom (23 Mac 2015). Rindu Awak 200% bukti kehebatan drama adaptasi Sinar Harian. Dicapai pada 1 April 2015.