PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Bantu mula ialah rawatan atau bantuan awal yang diberikan kepada mangsa atau atlet yang tercedera atau mengalami kemalangan di tempat kejadian sebelum menerima rawatan selanjutnya.
Tujuan
Tujuan bantu mula sebagai ikhtiar untuk:[1]
- Untuk menstabilkan keadaan mangsa bagi mengurangkan kesakitan.
- Untuk mengelakkan keadaan mangsa semakin serius atau bertambah teruk.
- Menyelamatkan nyawa.
- Membuat pesakit berasa selesa.
- Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital.
Kita memerlukan latihan khusus untuk mengaplikasi kemahiran bantu mula.
Contoh rawatan bantu mula
Asas bantu mula:
Rawatan luka kecil
- Cuci luka dengan air bersih.
- Bersihkan luka dengan antiseptik.
- Tutup luka dengan plaster berubat.[2]
Rawatan melecur dan terbakar
- Sejukkan kawasan yang cedera serta-merta dibawah aliran air bersih.
- Sapukan krim antiseptik pada bahagian yang melecur.
- Jangan tutup bahagian yang melecur atau terbakar.[2]
- pastikan apabila melakukan bantu mula..kedua dua tangan dalam keadaan bersih .
Rawatan terseliuh dan terkehel
- Hindari memasukkan sendi yang terkehel ke tempat asal.
- Sapukan krim analgesik
- Ampu bahagian cedera untuk mengurangkan kesakitan.[2]
Rawatan kecederaan otot
- Letakkan pek ais segera yang dialas dengan kain atau tuala nipis pada bahagian yang tercedera.
- Balutkan dengan kemas pada bahagian yang tercedera.[2]
Prinsip dan Prosedur Bantu Mula
Risiko kecederaan biasanya berlaku semasa aktiviti sukan atau aktiviti harian. Semua kecederaan berlaku semasa pertandingan atau latihan mesti diuruskan dengan segera supaya kemampuan atlet untuk meneruskan latihan atau beraksi sejurus mengalami kecederaan mesti dirujuk kepada pakar perubatan. Jenis- jenis kecederaan selalunya berlaku di bahagian tisu lembut serta tulang dan bahagian lain. Keadaan yang membawa kepada kecenderungan kecederaan ialah disebabkan oleh keadaan otot, pakaian, alatan atau tempat dan faktor-faktor lain . Antara kaedah mengurus dan menilai kecederaan sukan boleh dilaksanakan tanpa pakar perubatan ialah TOTAPS, DRABC dan PRICER [3] .
Rujukan
- ^ https://theboyshsm225sp.weebly.com/bantu-mula.html (dalam bahasa Bahasa Melayu)
- ^ a b c d Buku Teks Pendidikan Kesihatan Tahun 6 ISBN 978-983-49-0272-8 (dalam bahasa Bahasa Melayu)
- ^ https://www.coursehero.com/file/40744324/Assignment-Koku11docx/ (dalam bahasa Bahasa Melayu) (dalam bahasa Inggeris)
Lihat juga
Pautan luar
Ketahui lebih lanjut tentang Rawatan bantu mula di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |