Kemalangan merujuk kepada turutan kejadian yang berlaku secara tidak sengaja dan tidak dirancang, sering kali tanpa sengaja atau diperlukan. Ia biasanya berlaku melalui gabungan beberapa sebab (perbuatan tidak selamat atau keadaan tidak selamat) dan mengakibatkan kesan buruk seperti kecederaan fizikal kepada individu, kerosakan harta benda, kejadian nyaris dan kerugian, yang mungkin dapat dielakkan sekiranya keadaan yang membawa kepada kemalangan tersebut dapat dikenal pasti dan diambil tindakan, sebelum ia berlaku. Sebagai contoh kemalangan jalan raya, kemalangan tercucuk benda tajam dan sebagainya. Perkataan kemalangan di ambil daripada kata asas malang. Penambahan imbuhan "ke"... dan ..."an" menunjukkan nasib malang yang berlaku atau menimpa.
Secara teknikal, "kemalangan" tidak merangkumi kejadian yang disebabkan oleh kesilapan seseorang, contohnya jika dia cuai dan gagal mengambil langkah berjaga-jaga. Jika kejadian yang akan berlaku diketahui akibat kecuaiannya, ia bukanlah "kemalangan" pada peringkat itu, dan orang yang cuai tersebut boleh dipertanggungjawabkan atas kerosakan dan kecederaan orang lain. Dalam "kemalangan" sebenar, tiada siapa boleh dipersalahkan, kerana peristiwa tersebut tidak dijangka atau kebarangkaliannya terjadi amat rendah. Contohnya, seorang ahli farmasi tersilap melabel ubat dan pesakit yang memakannya keracunan.