| Rahsia Hati | |
|---|---|
| Genre | Drama Cinta Konflik |
Berdasarkan daripada | Rahsia Hati karya Azimah Lily |
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah | Suria Nordin |
Dibintangi oleh |
|
| Lagu pembukaan | "Rahsia Hati" oleh Khai Bahar dan Fatin Husna |
| Lagu penutup | "Rahsia Hati" oleh Khai Bahar dan Fatin Husna |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 13 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Mufid Suhaimi |
| Penerbit |
|
| Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan | Lock Frame Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV1 (Slot Widuri) |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 16 Februari 2020 – 8 Mac 2020 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Kau Perempuan Itu |
| Diikuti oleh | Isteriku 120kg |
Rahsia Hati ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Suria Nordin. Drama ini dibintangi oleh Nur Risteena, Syed Nabil Alhabshi, Alif Muhaimin dan Dyana Zack. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri, TV1 pada 16 Februari 2020 menggantikan Kau Perempuan Itu.
Sinopsis
Tengku Dania Dahlia merupakan seorang jutawan Malaysia yang kehilangan ibu bapanya sejak kecil dan menyedari ibu bapanya terlibat dalam kemalangan yang dirancang. Sejak itu, Tengku Dania Dahlia mahu membongkarkan kisah di sebalik kematian itu dan melindungi satu-satunya adik lelakinya, Tengku Daniel Darius.
Demi menjaga status, Dania ditunangkan tanpa rela oleh atuknya dengan Hairi Azwan. Bagai buku bertemu ruas, mereka sama-sama keras kepala, sama-sama angkuh. Walau malu mengaku, mereka sebenarnya sama-sama sayang. Dalam diam-diam, ketegasan dan sikap terlalu melindungi Tengku Dania Dahlia, si wanita korporat yang pandai bertumbuk meleburkan hati batu Hairi Azwan, si kaki perempuan.
Pelakon
Pelakon utama
- Nur Risteena sebagai Tengku Dania Dahlia
- Syed Nabil Alhabshee sebagai Hairi Azwan Razali
- Alif Muhaimin sebagai Tengku Daniel Darius
- Diyana Zakaria sebagai Melisa
Pelakon pembantu
- Esma Daniel sebagai Dato Johari
- Rahhim Omar sebagai Tan Sri Tengku Daud
- Shasha Abedul sebagai Harlina
- Razman Mahayuddin sebagai Ali








