Syeikhah Rahmah El Yunusiyah | |
---|---|
![]() Rahmah pada 1932 | |
Kelahiran | Nagari Bukit Surungan, Padang Panjang, Hindia Timur Belanda | 26 Oktober 1900
Meninggal dunia | 26 Februari 1969 Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia | (umur 68)
Warganegara | Indonesia |
Pangkat | Anggota Majlis Perundingan Rakyat |
Terma | 1956–1959 |
Parti politik | Masyumi |
Ibu bapa |
|
Saudara |
|
Rahmah El Yunusiyah (26 Oktober 1900 – 26 Februari 1969) ialah seorang ahli politik, pendidik dan penggiat pendidikan wanita Hindia Timur dan Indonesia. Dilahirkan dalam sebuah keluarga bijak pandai Islam, beliau pernah berhenti dari sekolah kerana berkahwin di usia remaja. Selepas beberapa tahun berkahwin, dia mengalami perceraian dan kembali menyambung pendidikannya.
Pada 1923, beliau mengasaskan Diniyah Puteri, sekolah pondok yang dikenali pertama untuk pelajar perempuan di Hindia Timur. Di samping sekolahnya berkembang sendiri, Rahmah membantu mengasaskan tiga lagi sekolah untuk wanita, termasuk badan latihan guru.
Sebagai seorang penggiat kebangsaan Islam, Rahmah pernah dipenjarakan oleh pihak berkuasa Belanda sebelum kemerdekaan Indonesia. Pada 1955 beliau menjadi salah seorang wanita pertama yang dipilih menggangotai Majlis Perundingan Rakyat Indonesia yang merdeka sebagai salah seorang anggota Parti Masyumi. Beliau meninggal dunia di usia 68 pada 1969 di kampungnya, Padang Panjang.
Kehidupan awal
Rahmah dilahirkan pada 26 Oktober 1900 di Bukit Surungan, Padang Panjang, Sumatera Barat, Hindia Timur Belanda.[1][2] Beliau anak bongsu dari keluarga bangsawan Minangkabau yang terdiri dari golongan ulama; bapanya seorang kadi terkemuka bernama Muhammad Yunis bin Imanuddin dan ibunya bernama Rafi'ah.[1][3][4] Datuknya, Syeikh Imaduddin, juga ialah seorang ulama terkenal, ahli falak dan pemimpin tarekat Naqsyabandi tempatan.[5] Walaupun beliau mula mendapatkan pembelajaran asas Islam daripada ayahnya, ayahnya meninggal dunia ketika berliau berusia enam tahun.[6][7] Selepas itu, beliau mula menerima pendidikan dari beberapa orang bekas pelajar ayahnya, dan belajar membaca dan menulis.[a][1][7] Beliau juga menerima beberapa latihan dalam kebidanan di sebuah hospital tempatan.[4]
Perkahwinan
Keluarganya menyusun untuknya berkahwin dengan seorang ulama bernama Bahauddin Lathif pada 1916, sementara dia masih lagi belajar di Padang Panjang, dan dia perlu untuk berhenti sekolah.[8][9] Walau bagaimanapun, dia menyambung untuk belajar Islam di kumpulan belajar persendirian bermula 1918.[10] Pada 1922, suaminya berkahwin dengan dua orang lagi isteri, dan Rahmah mendapatkan perceraian sebelum kembali ke pengajiannya; mereka tidak dikurniakan anak semasa perkahwinan mereka.[8][11]
Kepimpinan dan aktivisme pendidikan
Keluarga Rahmah terlibat lama dalam pendidikan Islam di Sumatera Barat, dan pada 1915, abangnya Zainuddin Labay el Yunusi mengasaskan Madrasah Diniyah; Rahmah menjadi pelajar di sana.[12] Selepas kembali dari belajar di sana apabila perkahwinannya berakhir pada 1922, beliau memimpin sesi pengajian dalam kalangan pelajar perempuan di luar kelas.[12]
Zaman Perang Dunia Kedua dan kemerdekaan
Semasa pendudukan Jepun ke atas Sumatera Barat, Rahmah bekerjasama dengan orang Jepun dan mengetuai sebuah unit Pembela Tanah Air (Giyūgun) di Padang Panjang. Walau bagaimanapun, beliau menentang orang Jepun yang menggunakan wanita Indonesia sebagai perempuan penghibur dan berkempen menentang amalan ini.[13][14] Semasa perang, beliau juga membantu menyediakan sokongan material kepada bekas pelajarnya.[13] Pada 1945, semasa mendengar pengisytiharan kemerdekaan Indonesia, beliau serta merta mengibarkan bendara merah putih Indonesia di perkarangan sekolahnya di Diniyah Puteri.[14] Selepas tamat perang, semasa Revolusi Indonesia, beliau menyediakan sebuah unit bekalan untuk menyokong pihak Republik menentang Belanda. Beliau telah dipenjara oleh pihak berkuasa Belanda selama tujuh bulan pada 1949, dan dibebaskan selepas Persidangan Meja Bulat Indonesia-Belanda 1949.[15][16]
Politik

Rahmah telah dipelawa untuk menyertai Jawatankuasa Persediaan untuk Kemerdekaan Indonesia.[13] Republik Indonesia yang baharu membawa sebuah revolusi lengkap dalam pendidikan negara, dan beliau menyertai beberapa persidangan utama kali pertama untuk mengemas kini sistem pendidikan pada akhir 1949.[17]
Pada 1955, Rahmah dipilih menjadi anggota kumpulan pertama bagi Majlis Perundingan Rakyat (MPR) Indonesia, dan salah seorang wanita pertama menjadi ahli badan perundangan itu.[17][16][18] Beliau mengangkat sumpah pada akhir Mac 1956.[19] Beliau terpilih mewakili parti yang berasaskan Islam, Parti Masyumi, yang mana beliau menjadipenyokong terawal di Sumatera Barat.[20][21] Pada akhir 1956, beliau juga menjadi penasihat bagi Dewan Banteng di bawah Leftenan Kolonel Ahmad Husein.[22] Pertubuhan yang dipimpin Ahmad ialah gerakan tempatan menantang pemerintah pusat; dewan tersebut menjadi sokongan meluas di Sumatera Barat.[23]
Pada 1958, beliau menjadi penyokong bagi Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia (PRRI), sebuah gerakan antipemerintah yang besar berpangkalan di Sumatera.[13] Sokongannya kepada gerakan tersebut mendalamkan jurang perbezaan dengan bekas rakannya, Rasuna Said, yang lebih rapat untuk bersekutu dengan Sukarno.[24] Disebabkan sokongannya kepada PRRI, Rahmah kehilangan tempat di MPR.[15][13] Beliau ditahan pada 1961 tetapi kemudiannya dibebaskan setelah diberikan pengampunan kepada bekas penentang dari PRRI oleh Sukarno.[13]
Pendidikan
Pada 1950, Rahmah pulang ke Padang Panjang untuk menyelia sekolah Diniyah Puteri, yang mana kembali beroperasi selepas perang.[17] Pada 1956, Abdul Rahman Taj, Imam Besar Universiti Al-Azhar di Mesir, menziarahi sekolah Diniyah Puteri di Padang Panjang. Abdul Rahman kagum, dan pada 1957, Rahmah diundang untuk menziarahi Al-Azhar, sebaik sahaja beliau menyempurnakan ibadah hajinya di Mekah.[25] Sarjana Al-Azhar menganugerahkannya gelaran Syeikah, yang mana mereka tidak pernah berikan kepada mana-mana wanita sebelum itu.[14] Rentetan itu, para graduan Diniyah Putri akan menerima biasiswa daripada pihak berkuasa Mesir untuk menyambung pengajian mereka di Al-Azhar.[25] Pada 1960-an, berikutan kerjaya politiknya, Rahmah kembali kepada aktivisme pendidikannya dan menekan untuk penubuhan sebuah universiti Islam yang khusus untuk wanita.[20] Pada 1967, usahanya tercapai, dan sebuah universiti wanita, Institut Pengajian Tinggi Diniyah Puteri yang mempunyai Fakulti Tarbiyah dan Dakwah telah dirasmikan oleh Gabenor Sumatera Barat, Harun Zain.[20]
Meninggal dunia
Rahmah meninggal dunia pada 26 Februari 1969, di Padang Panjang.[26][27] Kuburnya, terletak dalam kawasan asrama Diniyah Puteri, teah tersenarai sebagai tapak warisan budaya oleh Badan Pelestarian Cagar Budaya Sumatera Barat.[26]
Nota
- ^ el Yunusiyah learned Arabic and Latin scripts (most likely the Arabic language as well as the Jawi alphabet and Van Ophuijsen Spelling System for local languages)
Rujukan
- ^ a b c Munawaroh, Unaidatul (2002). "Rahmah el-Yunusiah: Pelopor Pendidikan Perempuan". Dalam Burhanuddin, Jajat (penyunting). Ulama perempuan Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Gramedia Pustaka Utama. m/s. 1–38. ISBN 9789796866441.
- ^ "Rahmah El Yunusiyah". Balai Pelestarian Cagar Budaya Sumatera Barat (dalam bahasa Indonesia). Sekretariat Direktorat Jenderal Kebudayaan. 5 June 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2022. Dicapai pada 13 July 2022.
- ^ Iris Busschers; Kirsten Kamphuis; David Kloos (2020). "Teachers, missionaries, and activists. Female religious leadership and social mobility in Southeast Asia, 1920s-1960s". International Institute for Asian Studies (85). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-03-23. Dicapai pada 2022-06-30.
- ^ a b Gatra. "Special Report: Perguruan Diniyyah Puteri". Gatra. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-03. Dicapai pada 2022-07-20.
- ^ "Mengenal Rahmah El-Yunusiah, Ulama dan Pejuang Pendidikan Perempuan di Indonesia". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 July 2022. Dicapai pada 13 July 2022.
- ^ Muhammad, Husein (2020). Perempuan ulama di atas panggung sejarah (ed. Cetakan pertama). Baturetno, Banguntapan, Yogyakarta. m/s. 166–70. ISBN 9786236699003.
- ^ a b Zuraya, Nidia (7 April 2012). "Rahmah El-Yunusiyah: Perintis Sekolah Wanita Islam di Indonesia". Republika Online (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 July 2022. Dicapai pada 13 July 2022.
- ^ a b Munawaroh, Unaidatul (2002). "Rahmah el-Yunusiah: Pelopor Pendidikan Perempuan". Dalam Burhanuddin, Jajat (penyunting). Ulama perempuan Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Gramedia Pustaka Utama. m/s. 1–38. ISBN 9789796866441.
- ^ Raditya, Iswara. "Rahmah El Yunusiyah Memperjuangkan Kesetaraan Muslimah". tirto.id (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 February 2021. Dicapai pada 13 July 2022.
- ^ "Rahmah el Yunusiyyah Pejuang Pendidikan Kaum Wanita". Jejak Islam untuk Bangsa. 24 January 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 May 2022. Dicapai pada 13 July 2022.
- ^ Vreede-De Stuers, Cora (1960). The Indonesian Woman: Struggles and Achievements (dalam bahasa Inggeris). Gravenhage: Mouton & Co. m/s. 183. ISBN 9789027910448.
- ^ a b Munawaroh, Unaidatul (2002). "Rahmah el-Yunusiah: Pelopor Pendidikan Perempuan". Dalam Burhanuddin, Jajat (penyunting). Ulama perempuan Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Gramedia Pustaka Utama. m/s. 1–38. ISBN 9789796866441.
- ^ a b c d e f Raditya, Iswara. "Rahmah El Yunusiyah Memperjuangkan Kesetaraan Muslimah". tirto.id (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 February 2021. Dicapai pada 13 July 2022.
- ^ a b c "Rahmah el Yunusiyyah Pejuang Pendidikan Kaum Wanita". Jejak Islam untuk Bangsa. 24 January 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 May 2022. Dicapai pada 13 July 2022.
- ^ a b Zuraya, Nidia (7 April 2012). "Rahmah El-Yunusiyah: Perintis Sekolah Wanita Islam di Indonesia". Republika Online (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 July 2022. Dicapai pada 13 July 2022.
- ^ a b Vreede-De Stuers, Cora (1960). The Indonesian Woman: Struggles and Achievements (dalam bahasa Inggeris). Gravenhage: Mouton & Co. m/s. 183. ISBN 9789027910448.
- ^ a b c Muhammad, Husein (2020). Perempuan ulama di atas panggung sejarah (ed. Cetakan pertama). Baturetno, Banguntapan, Yogyakarta. m/s. 166–70. ISBN 9786236699003.
- ^ Hasil Rakjat Memilih Tokoh-tokoh Parlemen (Hasil Pemilihan Umum Pertama - 1955) di Republik Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 1956. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-03-23. Dicapai pada 2022-06-30.
- ^ "Beëdiging van nieuwe parlementsleden". De nieuwsgier (dalam bahasa Belanda). Batavia [Jakarta]. 28 March 1956. m/s. 1. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 July 2022. Dicapai pada 13 July 2022.
- ^ a b c "Rahmah El Yunusiyah". Balai Pelestarian Cagar Budaya Sumatera Barat (dalam bahasa Indonesia). Sekretariat Direktorat Jenderal Kebudayaan. 5 June 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2022. Dicapai pada 13 July 2022.
- ^ Asnan, Gusti (2007). Memikir ulang regionalisme : Sumatera Barat tahun 1950-an (dalam bahasa Indonesia) (ed. 1). Jakarta: Yayasan Obor Indonesia. m/s. 81. ISBN 9789794616406.
- ^ "Banteng-raad". De nieuwsgier (dalam bahasa Belanda). Batavia [Jakarta]. 24 December 1956. m/s. 2. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 July 2022. Dicapai pada 13 July 2022.
- ^ Zed, Mestika (2001). Ahmad Husein: perlawanan seorang pejuang (dalam bahasa Indonesia) (ed. 1). Jakarta: Pustaka Sinar Harapan. m/s. 173. ISBN 9789794167212.
- ^ Ting, Helen; Blackburn, Susan, penyunting (2013). Women in Southeast Asian nationalist movements : a biographical approach. Singapore: NUS Press. m/s. 117. ISBN 9789971696740.
- ^ a b Salim HS, Hairus (2012). "Indonesian Muslims and cultural networks". Dalam Lindsay, Jennifer; Sutedja-LIem, M. H. T. (penyunting). Heirs to world culture : Being Indonesian, 1950-1965. Leiden, NLD: Brill. m/s. 83. ISBN 978-90-04-25351-3. OCLC 958572352. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-07-03. Dicapai pada 2022-07-01.
- ^ a b "Rahmah El Yunusiyah". Balai Pelestarian Cagar Budaya Sumatera Barat (dalam bahasa Indonesia). Sekretariat Direktorat Jenderal Kebudayaan. 5 June 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2022. Dicapai pada 13 July 2022.
- ^ Muhammad, Husein (2020). Perempuan ulama di atas panggung sejarah (ed. Cetakan pertama). Baturetno, Banguntapan, Yogyakarta. m/s. 166–70. ISBN 9786236699003.