Pembela Tanah Air | |
---|---|
Aktif | 3 Oktober 1943 - 19 Ogos 1945 |
Negara | Indonesia Tanah Melayu |
Kesetiaan | Tentera Darat Imperial Jepun |
Cawangan | Seinen Dojo |
Jenis | Infantri |
Peranan | Membela Indonesia dari serangan Blok Sekutu |
Saiz | 66 Batalion di Jawa 3 Batalion di Bali Sekitar 20,000 personel di Sumatera |
Pangkalan | Bogor, Jawa |
Nama samaran | PETA Kyōdo Bōei Giyûgun |
Penaung | 25px Tentera Darat Imperial Jepun |
Moto | "Indonesia Akan Merdeka" |
Warna seragam | Ungu, hijau, merah dan putih |
Peringatan | 3 Oktober |
Pembela Tanah Air (PETA) ialah sebuah pasukan tentera yang dibentuk oleh Jepun semasa pendudukannya di Indonesia. PETA dibentuk pada 3 Oktober 1943 berdasarkan perisytiharan Osamu Seirei No 44 yang diumumkan oleh Leftenan Jeneral Kumakichi Harada, panglima Tentera Keenambelas, sebagai sebuah pasukan tentera sukarelawan. Pasukan PETA berpusat di kompleks tentera Bogor yang diberi nama bahasa Jawa, Bo-ei Giyûgun Kanbu Resentai.
Pembentukan PETA dianggap berasal daripada surat Raden Gatot Mangkupradja kepada Gunseikan (ketua pemerintahan tentera Jepun) pada bulan September 1943 yang antara lain memohon agar bangsa Indonesia diperkenankan membantu pemerintahan Jepun di medan perang. Terdapat pendapat bahawa hal ini merupakan strategi Jepun untuk membangkitkan semangat patriotisme dengan memberikan tanggapan bahawa gagasan pembentukan PETA sebenarnya berasal daripada kalangan pemimpin Indonesia sendiri.
Pada 14 Februari 1945, pasukan PETA di Blitar di bawah pimpinan Supriadi melakukan pemberontakan yang dikenali sebagai "Pemberontakan PETA Blitar". Pemberontakan ini mengakibatkan PETA di Blitar dibubarkan dan memanfaatkan para pribumi yang tidak terlibat dalam pemberontakan tersebut, baik daripada pasukan PETA sendiri mahupun daripada pasukan Heiho. Supriadi, ketua pasukan pemberontak, hilang dalam peristiwa ini.
Pembubaran
Pada tanggal 18 Ogos 1945, sehari setelah Proklamasi Kemerdekaan Republik Indonesia disiarkan, Jepun mengeluarkan perintah kepada para daidan batalion PETA untuk menyerah diri serta menyerahkan senjata mereka membubarkan pasukan-pasukan PETA. Hal ini disokongSukarno yang baru saja dilantik sebagai Presiden Republik Indonesia di mana beliau melihat ia sebagai peluang merombak pasukan ini menjadi suatu pasukan entara nasional berikutan tuduhan blok Sekutu bahawa Indonesia yang baru lahir hasil campur tangan Empayar Jepun.[1][2][3].Sehari kemudian, Leftenan Jeneral Nagano Yuichiro, panglima terakhir Tentera Keenambelas di Jawa, menyampaikan ucapan perpisahan.
Sumbangan dan peranan tentera PETA dalam perjuangan melawan penjajahan Jepun agak besar. Demikian juga peranan bekas tentera PETA dalam kemerdekaan Indonesia. Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam PETA ialah bekas presiden Suharto dan Jeneral Besar Soedirman. Bekas Tentera PETA kemudian menjadi sebahagian yang penting dalam pembentukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) selepas pembentukan-pembentukan Badan Keamanan Rakyat (BKR), Tentera Keamanan Rakyat (TKR), Tentera Keselamatan Rakyat, dan Tentera Republik Indonesia (TRI). Untuk memperingati perjuangan Tentera PETA, sebuah tugu peringatan PETA di Bogor telah dirasmikan pada 18 Disember 1995.
Rujukan
- Ensiklopedia Nasional Indonesia (ed. 1989)