| ||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||
|
Proton Satria ialah model kereta hatchback 3 pintu keluaran Proton. Satria generasi pertama berasaskan Mitsubishi Mirage Cyborg, dikeluarkan semenjak 1994 sehingga 2006. Satria generasi kedua, dengan nama kod Model Gantian Satria (SRM) dikenali sebagai Satria Neo dilancarkan pada 16 Jun 2006.
Generasi pertama (1995-2006)
Model generasi pertama Proton Satria boleh didapati dalam pilihan enjin 1.3L, 1.5L, 1.6L dan 1.8L. Model 1.3L dan 1.5L menggunakan enjin Mistubishi Orion Hornet yang turut digunakan dalam Proton Saga dan Proton Wira manakala model 1.6L pula menggunakan enjin Mitsubishi 4G9 Tomcat yang juga digunakan pada Proton Wira 1.6L. Semua model didapati dalam pilihan transmisi manual manakala pilihan transmisi automatik pula didapati pada model 1.5L (3 kelajuan) dan 1.6L (4 kelajuan).
Selain itu, varian sports bagi generasi pertama Proton Satria juga boleh didapati iaitu:-
- Proton Satria GTI: Hatchback sport 3 pintu. Merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport dan market hatchback berkuasa tinggi,keluaran tahun 2002. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di Australia. Digerakkan oleh enjin 4G93 berkuasa 4 silinder 1.8 liter DOHC.
- Proton Satria R3: Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria dengan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan dan enjin 4G93 yang ditala semula.
Generasi kedua (Satria Neo; 2006-2015)
Proton Satria Neo dilancarkan pada Jun 2006 sebagai pengganti kepada generasi pertama Proton Satria. Digerakkan oleh enjin Campro, model ini boleh didapati dalam 2 piilhan enjin iaitu 1.3L dan 1.6L. Model high-line 1.6L turut menawarkan ciri keselamatan seperti beg udara, ABS dan EBD. Semua model Satria Neo boleh didapati dalam pilihan transmisi manual serta transmisi automatik. Mulai tahun 2009, model high-line 1.6L kini menggunakan Enjin Campro CPS dengan teknologi pemasaan injap boleh laras yang menawarkan peningkatan kuasa sehingga 125 hp berbanding 110 hp pada enjin sebelumnya.
Pada tahun 2013, Satria Neo R3 di lancarkan untuk mengantikan Satria Neo yang sedia ada, ia di pacu oleh enjin CPS 1.6L dengan Tranmisi Manual dan Auto. Harga yang di tawarkan untuk Satria Neo R3 ini adalah, RM 60,800[1]bagi Manual Transmisi, dan RM 63,800<references>http://www.anekakereta.com/index.php/harga-kereta-proton
- ^ url=http://www.anekakereta.com/index.php/harga-kereta-proton |title=Update Price! |publisher=anekakereta.com |date=19 April 2013}}
bagi Auto Transmisi.
Maximum Power (kW/rpm) 125 hp (93kW) @ 6,500 rpm (M) 125 hp (93kW) @ 6,500 rpm (A)
Garis masa pengeluaran kenderaan Proton, 1985–sekarang
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Jenis | 1980an | 1990an | 2000an | 2010an | 2020an | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | |
Kereta bandar | Tiara | Savvy | Saga | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Subpadat | Satria / Compact / 300 Series / GTi | Satria Neo / Neo | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Saga / Knight / Iswara / Mpi / LMST | Saga / S16 / FL / FLX | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Iriz | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Persona | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Padat | Wira / Persona / 400 Series / Natura | Persona / GEN•2 Persona | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
GEN•2 | Suprima S | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Prevé | S70 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Waja / Impian | Inspira | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sederhana | Perdana | Perdana | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Coupé | Putra / Coupé / M21 | Putra | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lori pikap | Arena / Jumbuck | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mikrovan | Juara | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MPV | Ertiga | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Exora | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SUV | X50 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
X70 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
X90 |