Pontianak Menjerit | |
---|---|
Pengarah | Yusof Kelana |
Penulis | Yusof Kelana |
Lakon layar | Yusof Kelana |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | ME Communications |
Diedarkan oleh | Skop Productions |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.05 juta |
Pecah panggung | RM 0.90 juta |
Pontianak Menjerit ialah sebuah filem komedi seram Malaysia 2005 arahan Yusof Kelana. Dibintangi Ziana Zain, Juliana Banos dan Azlee Jaafar.
Plot
Datuk Pangeran Abdul Rahman baru meninggal dunia 3 bulan yang lalu. Dia telah meninggalkan harta sebanyak RM30 juta!
Maka arwah pun membuat wasiat agar hartanya itu dibahagi kepada waris-warisnya iaitu Azlee, Mazlan, Saiful serta isteri mudanya, Ratana Putri, seorang warga siam menetap di Bangkok.
Azlee tidak puas hati sebab tak mahu berkongsi harta dengan kehadiran Saiful yang berlainan ibu dan juga ibu tirinya, Ratana Putri. Lalu berlakulah pertengkaran kecil antara Azlee, Saiful dan Ratana Puri.
Dalam wasiat arwah tersebut menerangkan bahawa harta-harta tersebut akan dibahagi-bahagikan kepada semua pewaris. Namun Encik Salleh, iaitu peguam arwah Datuk Pangeran menjelaskan terdapat syarat untuk memiliki harta tersebut, iaitu kesemua waris-waris diminta untuk menetap di banglo besar tersebut selama 33 hari.
Dalam ketegangan yg berlaku diantara Azlee, Saiful dan Ratana Putri, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran pontianak berlegar-legar mengganggu mereka di banglo tersebut. Sementara itu Julia dan Mazlan juga hilang tanpa dikesan. Kehilangan Mazlan dan Julia secara tiba-tiba membuatkan Encik Salleh meminta bantuan Inspektor Angelina bagi menyiasat dan merungkai misteri disebalik kehilangan Mazlan dan Julia.
Akhirnya terbongkar rahsia apabila Ratana Putri yang tamakkan harta telah berpakat dengan kekasihnya, SomChai untuk menculik semua waris-waris arwah serta mahu membunuh mereka. Julia dan Mazlan diculik dan disembunyi di dalam sebuah rumah usang di dalam hutan. Bagaimanapun Ratana Putri dan SomChai akhirnya diberkas. Rahsia dan misteri dirumah tersebut akhirnya terjawab kerana pontianak yang berkeliaran di banglo dan hutan selama ini hanyalah mainan visual yang dimainkan projector yang telah dirancang oleh Ratana Putri dan SomChai sebelum ini untuk menakut-nakutkan penghuni di banglo tersebut. Akhirnya, harta warisan arwah Datuk Pangeran Abdul Rahman dibahagi-bahagikan secara adil kepada semua waris kecuali Ratana Putri disebabkan kejahatan dan ketamakannya ingin membolot harta tersebut seorang diri sebelum ini.
Pelakon
- Ziana Zain sebagai Ziana
- Juliana Banos sebagai Julia
- Azlee Jaafar sebagai Azlee
- Faizal Hussein sebagai Yassin
- Lan Pet Pet sebagai Mazlan
- Zed Zaidi sebagai Saiful
- Sheila Rusly sebagai Ratana Putri
- Jalaluddin Hassan sebagai Encik Salleh, peguam
- Angeline Tan sebagai Inspektor Angelina
- Zarina Zainoordin sebagai Zarina
- Adam Corrie sebagai SomChai
- Amran Tompel sebagai Pak Mail
- Z. Zamri sebagai Detektif
- Nursyella sebagai Syella
- Osman Kering sebagai Bomoh hantu
- Julia Hana sebagai Pontianak
- Raja Noor Baizura sebagai Datin
- A. Galak sebagai Datuk Pangeran Abdul Rahman (tiada babak)
Anugerah dan pencalonan
Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-18 | Filem Terbaik | Pontianak Menjerit | Tercalon |
Lakon Layar Terbaik | Yusof Kelana | Tercalon | |
sinematografi Terbaik | Indra Che Muda | Menang | |
Penyunting Terbaik | Salehan Samsuddin | Tercalon | |
Skor Muzik Asal Terbaik | Syed Mustaza | Tercalon | |
Penata Bunyi Terbaik | Hasmy Kamal | Tercalon | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Mazlan Pet Pet | Tercalon | |
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Sheila Rusly | Tercalon |
Sambutan
FIlem ini dikeluarkan pada 16 Jun 2005 dan mendapat kutipan sebanyak RM 0.90 juta.
Rujukan
Pautan luar
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.