Polis EVO | |
---|---|
Pengarah |
|
Penulis |
|
Cerita oleh | Joel Soh |
Dihasilkan oleh | Joel Soh (1-3) |
Dibintangi |
|
Sinematografi |
|
Disunting oleh |
|
Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Astro Shaw (1-3) |
Tarikh tayangan | |
Masa tayangan | 375 minit (1–3) |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 16.04 juta |
Pecah panggung | RM 95.19 juta |
Polis EVO ialah siri filem aksi Malaysia cetusan idea Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf Hashim dan Adib Zaini;[1] terbitan Astro Shaw.[2] Siri filem ini terdiri daripada trilogi: Filem pertama diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar diterbitkan pada 2015, manakala filem kedua diarahkan oleh Joel Soh dan Andre Chiew, dan akhirnya, filem ketiga diarahkan oleh Syafiq Yusof. Shaheizy Sam[3] dan Zizan Razak[3] telah membintangi kesemua tiga-tiga filem tersebut.
Filem pertama merupakan satu kejayaan komersial, menerima ulasan positif dan meraih kutipan sebanyak RM17.8 juta.[4] Kesinambungan filem kedua diterbitkan pada 2018, menjadi kejayaan dari segi kewangan apabila meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM22.45 juta.[5] Filem ketiga pula diterbitkan pada 2023 dengan mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menjadi filem kedua dalam sejarah Malaysia melepasi angka kutipan RM50 juta sekaligus menjadikan siri filem ini nombor 1 dalam angka kutipan siri filem-filem di Malaysia.[6]
Filem
[sunting | sunting sumber]Polis EVO
[sunting | sunting sumber]Inspektor Khai (Shaheizy Sam), pegawai polis berpangkat Inspektor di Kuala Lumpur telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif akan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti yang berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan perwatakan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikuti prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail, mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka.[7]
Filem ini ditayangkan pada 17 September 2015, sehari selepas Hari Malaysia dan berjaya menjadi kejayaan komersial apabila tersenarai dalam 10 carian terbanyak di Google Malaysia pada September 2015.[8]
Filem ini berjaya membawa pulang 2 daripada 2 anugerah di AME2016 apabila filem ini (Filem MeleTOP) dan Zizan Razak (Bintang Filem MeleTOP, mengalahkan Shaheizy Sam) memenangi anugerah tersendiri manakala di FFM28, filem ini memenangi 3 anugerah iaitu Anugerah Khas Juri, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Hushairi Hussain) dan Sinematografi Terbaik (Haris Hue Abdullah).
Polis EVO 2
[sunting | sunting sumber]Tiga tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, Inspektor Sani dan Khai kini terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur. Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari (Hasnul Rahmat) menyerang dan menawan pulau Cherong, Pahang. Sani ditahan oleh kumpulan pengganas itu bersama dengan 200 orang kampung yang dijadikan tebusan, manakala Khai pula terperangkap di kawasan kampung. Sani cuba melawan ketua kumpulan pengganas itu dari dalam tempat tahanan selepas menyaksikan sendiri keganasan kumpulan tersebut. Khai pula berjaya menemui seorang polis perisik dari Indonesia dan 4 orang anggota pasukan khas yang dihantar oleh kerajaan Malaysia. Mereka bertujuh ini bersama-sama menyahut cabaran yang paling getir dalam kerjaya mereka sebagai polis untuk menumpaskan Hafsyam Jauhari bersama kumpulannya dan menyelamatkan lebih 200 tebusan di pulau itu.[9]
Filem ini ditayangkan pada 22 November 2018 dan terdapat slot tayangan awal sehari sebelum tayangan rasmi (21 November 2018). Filem ini berjaya membawa pulang satu daripada 2 anugerah di FFM30 menerusi kemenangan Hasnul Rahmat (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik) dan pencalonan Joel Soh dan Andre Chiew (Pengarah Harapan).
Polis EVO 3
[sunting | sunting sumber]Selepas kejadian yang berlaku di pulau, Inspektor Sani dan Inspektor Khai kembali bekerja semula di IPD Kuala Terengganu. Dalam membuat persiapan perkahwinan Sani, Reza (Sharnaaz Ahmad) melakukan serangan bom di Pulau Pinang yang menyebabkan seorang anggota polis (Fezrul Khan) dan puluhan orang awam terbunuh dalam nahas tersebut. Sani dan Khai dipanggil untuk bekerjasama dalam Ops Siong dengan Inspektor Dani (Syafiq Kyle), Inspektor Julie (Farali Khan) dan Inspektor Dell (Douglas Lim) yang mempunyai kepakaran mereka tersendiri. Ops tersebut diketuai oleh ACP Farouk (Fauzi Nawawi). Namun begitu, terdapat kisah silam buruk yang bermain di fikiran Khai semasa beliau mengetahui suspek yang dicari adalah bekas rakan setugasnya sendiri. Beliau sedar bahawa beliau mempunyai tanggungjawab untuk dipikul sebagai seorang anggota polis.[10]
Filem ini sepatutnya ditayangkan pada tahun 2020 tetapi ditunda untuk tayangan 2021. Walau bagaimanapun, tayangan ditunda akibat daripada pandemik COVID-19 dan akhirnya ditayangkan pada 25 Mei 2023. Terdapat juga tayangan awal sehari sebelum tayangan rasmi (24 Mei 2023).
Tenaga kerja
[sunting | sunting sumber]Pelakon
[sunting | sunting sumber]Watak | Filem | ||
---|---|---|---|
Polis EVO (2015) |
Polis EVO 2 (2018) |
Polis EVO 3 (2023) | |
Khairul / Inspektor Khai | Shaheizy Sam | ||
Hassani / Inspektor Sani | Zizan Razak | ||
Anis | Nora Danish | Nora Danish | |
Yati | Eyka Farhana | Eyka Farhana | |
Maya Adli Hashim | Mimi Ernida | ||
ASP Mokhtar | Harun Salim Bachik | ||
Izrail | Hushairy Hussein | ||
Jimbo | Pablo Amirul | ||
Jemang | Azliyuszaini Mohd Noor | ||
Mat Yam | Amerul Affendi | ||
Lans Koperal Sofian | Ungku Hariz | ||
Adli Hashim | Wan Hanafi Su | ||
Rian | Raline Shah | ||
Hafsyam Jauhari / Saif | Hasnul Rahmat | ||
Najr | Mike Lucock | ||
Riky Kumalo | Tanta Ginting | ||
SAC Dato' Azizat Mansor | Erra Fazira | ||
Sarjan Mat Dan | Shafie Naswip | ||
Sarjan Amin Galah | Riz Amin | ||
Qalif | Soffi Jikan | ||
Zul | Hairul Azreen | ||
Mikael | Fir Rahman | ||
Komander Maarof | Rusdi Ramli | ||
Khalid | Hairie Othman | ||
Agnes | Jasper Supayah | ||
Zairi | Jay Iswazir | ||
Reza | Sharnaaz Ahmad | ||
Inspektor Dani | Syafiq Kyle | ||
Inspektor Dell | Douglas Lim | ||
ACP Farouq | Fauzi Nawawi | ||
Inspektor Julie | Farali Khan | ||
Inspektor Faizal | Fezrul Khan | ||
Chao | Michael Ang |
- Catatan: Sel kelabu terang menunjukkan watak tersebut tidak muncul dalam filem.
Kru
[sunting | sunting sumber]Kru | Filem | ||
---|---|---|---|
Polis EVO | Polis EVO 2 | Polis EVO 3 | |
Pengarah | Ghaz Abu Bakar | Joel Soh Andre Chiew |
Syafiq Yusof |
Penerbit eksekutif (Astro & Astro Shaw) | Najwa Abu Bakar | Dato' Khairul Anwar Salleh Agnes Rozario Christinne Lim Henry Tan |
Raja Jastina Raja Arshad |
Penerbit | Joel Soh | ||
Penulis utama | Joel Soh Kyle Goonting Anwari Ashraf | ||
Penulis bersama | Adib Zaini | Salman Aristo Alfie Palermo Choong Chi-Ren Azhar Amirulhisyam |
Abhilash Chandra Bernice Low |
Penerbit penyelaras | Nana Azmi Abhilash Chandra |
Nana Azmi | |
Sinematografi | Haris Hue Abdullah | Tan Teck Zee | Jordan Chiam |
Penyunting | Nazim Shah | ||
Pengurus produksi | Arie Zahari Shari | Nana Azmi | Adli Bakry Shaary |
Muzik | Luka Kuncevic | Luka Kuncevic Paul Morrison |
Lo Shi Seng |
Syarikat penerbitan & pengedaran | Astro Shaw Tayangan Unggul |
Astro Shaw Blackflag Surya Citra Media |
Astro Shaw Blackflag Skop Productions TGV Pictures |
Tarikh keluaran | 17 September 2015 | 22 November 2018 | 25 Mei 2023 |
Tempoh masa | 124 minit | 138 minit | 113 minit |
Sambutan
[sunting | sunting sumber]Kutipan pecah panggung
[sunting | sunting sumber]Filem | Tarikh tayangan | Kutipan | Bajet | Rujukan |
---|---|---|---|---|
Polis EVO | 17 September 2015 | RM 17.74 juta | RM 2.4 juta | [11] |
Polis EVO 2 | 22 November 2018 | RM 22.45 juta | RM 8 juta | [12] |
Polis EVO 3 | 25 Mei 2023 | RM 54 juta | RM 6 juta | [13] |
Jumlah | RM 95.19 juta | RM 16.04 juta |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Polis Evo cetusan idea luar biasa 4 pemuda generasi baru". Astro Awani. 23 September 2015. Dicapai pada 3 Disember 2015.
- ^ Mohd. Haikal Isa (23 September 2015). "Aksi lasak Polis Evo". Kosmo! Online. Kosmo! Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-01. Dicapai pada 24 July 2016.
- ^ a b "Misi Shaheizy Sam & Zizan Gegarkan Polis Evo Sudah Bermula". Astrogempak.com.my. Dicapai pada 2015-09-24.
- ^ Chua, Dennis (22 September 2015). "Polis Evo hits it big at the box-office (with video)". New Straits Times. Dicapai pada 24 September 2015.
- ^ Mya Amri (11 Disember 2018). Hebat Boh! 17 hari tayangan, Polis Evo 2 raih kutipan melebihi RM20 juta Astro Gempak. Dicapai pada 13 Disember 2018.
- ^ Afiezy Azaman (Jun 18 2023). Polis Evo 3 catat kutipan box office RM50 juta! Astro Awani
- ^ Chua, Dennis (22 September 2015). "Polis Evo hits it big at the box-office (with video)". New Straits Times. Dicapai pada 24 September 2015.
- ^ Gempak (3 Oktober 2015). "Impak Polis Evo sehingga tersenarai di carian Google Malaysia". Astro Awani. Dicapai pada 29 Ogos 2023.
- ^ Shazryn Mohd Faizal (30 November 2018). "'Polis Evo 2' lebih serius, cemerlang sebagai filem sekuel terbaik". mSTAR Online. Dicapai pada 5 Disember 2018.
- ^ Asyraf Roslan (19 Mei 2023). "Penantian yang berbaloi, 'Polis Evo 3' saji aksi paling gempak!". Astro Awani.
- ^ AR, Zurairi (24 Oktober 2015). "Apa istimewanya 'Polis Evo'? Pengkritik dedah ramuan kaut RM16j". The Malay Mail.
- ^ "Polis Evo 2 raih lebih RM20 juta selepas 17 hari tayangan". Astro Awani. 11 Disember 2018. Dicapai pada 12 Disember 2018.
- ^ Gempak (20 Julai 2023). "Polis Evo 3 kini kaut RM54 juta, kekal filem terlaris 2023!". Astro Awani. Dicapai pada 30 Julai 2023.