Pixy | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | K-pop |
Tahun aktif | 2021 | –kini
Syarikat rakaman |
|
Ahli |
|
Bekas ahli |
|
Pixy (/ˈpɪksi/; Hangul: 픽시 ; RR: Piksi, digayakan dalam semua huruf besar) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Allart Entertainment and Happy Tribe Entertainment pada tahun 2021. Kumpulan ini terdiri dari tiga orang ahli iaitu Dia, Sua dan Rinji. Ahli kumpulan terdahulu Ella dan Satbyeol meninggalkan kumpulan pada 27 Ogos 2022 kerana masalah kesihatan. Kemudian, Dajeong meninggalkan kumpulan pada 20 Jun 2024 atas sebab pribadi. Pada 15 September 2024, Lola meninggalkan kumpulan selepas menamatkan kontraknya.
Sejarah
Pra-debut
Ella adalah bekas ahli kumpulan Cherry Bullet yang menggunakan nama panggung Mirae. Dia meninggalkan kumpulan itu pada 13 Disember 2019 bersama ahli Kokoro dan Linlin kerana alasan peribadi.[1] Satbyeol adalah bekas ahli kumpulan Girls 'Alert. Pada 24 April 2020, syarikat Roots Entertainment menolak pengeluaran album kumpulan tersebut kerana keadaan yang semakin teruk disebabkan oleh pandemik COVID-19. Tiga orang ahli memilih untuk tinggal, sementara Satbyeol akan bergabung dengan agensi baru.[2] Satbyeol juga turut serta dalam JTBC Mix Nine, menduduki tempat ke-93. Dajeong adalah bekas ahli kumpulan kanak-kanak SUPA, kumpulan itu kemudian dibubarkan pada tahun 2018.
2021: Debut dengan With My Wings, Bravery dan Temptation
Pada 24 Februari, kumpulan ini secara rasmi debut dengan album single mereka With My Wings dengan single utama "Wings".[3]
Pada 20 Mei, kumpulan ini mengeluarkan album mini pertama mereka Bravery dengan single utama "Let Me Know".[4]
Pada 7 Oktober, kumpulan ini mengeluarkan album mini kedua mereka Temptation dengan single utama "Addicted" dan "Bewitched".[5]
2022–2023: Reborn, Ella dan Satbyeol meninggalkan kumpulan, Chosen Karma dan The Voice
Pada 15 Jun 2022, kumpulan ini mengeluarkan album mini ketiga mereka Reborn dengan single utama "Villain".[6] Ahli Ella tidak akan mengambil bahagian kerana dia akan hiatus atas sebab kesihatan.[7]
Pada 27 Ogos, Allart Entertainment mengumumkan bahawa disebabkan keadaan kesihatan mereka, Ella dan Satbyeol secara rasmi meninggalkan Pixy dan kumpulan ini akan menyusun semula sebagai empat orang ahli.[8]
Pada 27 September, Allart Entertainment mengumumkan bahawa Hwang Rin-ji, di bawah nama pentas Rinji, akan menyertai kumpulan ini pada permulaan jelajah Eropah mereka "Wanna Be Your Villain".[9]
Pada 15 Disember, kumpulan ini mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan lagu yang belum dikeluarkan bertajuk "Trick or Treat" pada 18 Disember.[10] Pada 18 Disember, klip konsep untuk lagu itu telah dikeluarkan di YouTube.[11]
Pada 10 Mac 2023, kumpulan ini mengeluarkan album mini keempat mereka Chosen Karma dengan single utama "Karma".[12]
Pada 24 Oktober 2023, kumpulan ini mengeluarkan album mini digital mereka The Voice dengan single utama "Truth Or Dare".[13]
2024–kini: Dajeong dan Lola meninggalkan kumpulan
Pada 20 Jun 2024, Dajeong mengumumkan melalui Instagramnya bahawa dia telah meninggalkan PIXY.[14]
Pada 15 September, Lola mengumumkan melalui Instagramnya bahawa kontraknya dengan Allart Entertainment telah tamat dan dia akan meninggalkan PIXY.[15]
Ahli
- Dia (디아 ) – Ketua, Penari, Vokalis
- Sua (수아 ) – Vokalis
- Rinji (린지 ) – Penyanyi "Rap"
Bekas ahli
- Ella (엘라 ) - Ketua, Vokalis
- Satbyeol (샛별 ) – Penyanyi "Rap"
- Dajeong (다정 ) – Vokalis
- Lola (로라 ) – Penyanyi "Rap"
Garis masa
Diskografi
Album mini
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan |
---|---|---|---|
KOR [16] | |||
Bravery |
Senarai lagu
|
67 |
|
Temptation |
Senarai lagu
|
27 |
|
Reborn |
Senarai lagu
|
27 |
|
Chosen Karma |
Senarai lagu
|
20 |
|
The Voice |
Senarai lagu
|
— | — |
"—" menandakan rakaman yang tidak dicarta atau tidak dikeluarkan di wilayah itu |
Single album
Tajuk | Butiran album |
---|---|
With My Wings |
Daftar lagu
|
Single
Tajuk | Tahun | Album |
---|---|---|
"Wings" (날개) | 2021 | With My Wings |
"Let Me Know" | Bravery | |
"Addicted" (중독) | Temptation | |
"Moonlight" | ||
"Bewitched" | ||
"Call Me" (불러불러) | Single bukan-album | |
"Villain" | 2022 | Reborn |
"Karma" | 2023 | Chosen Karma |
"Truth Or Dare" | The Voice |
Nota
Rujukan
- ^ "FNC 측 "체리블렛 미래-코코로-린린과 계약해지, 7인조 재편"(공식입장 전문)". Naver (dalam bahasa Korea). December 13, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada December 13, 2019. Dicapai pada April 8, 2021.
- ^ "걸그룹 '소녀주의보' 전 멤버 계약 해지..."코로나 여파" [공식입장]". Navernews (dalam bahasa Korea). April 24, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada April 13, 2021. Dicapai pada April 8, 2021.
- ^ "'24일 데뷔' 픽시, 프리뷰 오픈…'괴물 신인' 출사표 기대". Xportsnews (dalam bahasa Korea). February 4, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada March 15, 2021. Dicapai pada April 8, 2021.
- ^ "픽시, 신곡 'BRAVERY'로 다크돌 입지 굳힌다..5월 19일 컴백 카운트다운". Herald Pop (dalam bahasa Korea). April 27, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada May 2, 2021. Dicapai pada April 30, 2021.
- ^ "PIXY (픽시) - (Chapter03. TEMPTATION) The 2nd Mini Album 'TEMPTATION'". Twitter (dalam bahasa Korea). September 7, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada September 6, 2021. Dicapai pada September 6, 2021.
- ^ "픽시, 세 번째 미니앨범 'REBORN' 개인 티저 영상 공개" (dalam bahasa Korea). June 7, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada June 11, 2022. Dicapai pada June 11, 2022.
- ^ "픽시 "엘라 활동 중단→5인조로 컴백"...미니 3집 타임테이블 공개" (dalam bahasa Korea). May 29, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada September 24, 2022. Dicapai pada June 11, 2022.
- ^ "PIXY(픽시) 엘라 샛별 그룹 활동 관련 안내". m.cafe.daum.net (dalam bahasa Korea). August 27, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada September 28, 2022. Dicapai pada September 28, 2022.
- ^ "안녕하세요. 올라트엔터테인먼트입니다". m.cafe.daum.net (dalam bahasa Korea). September 27, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada September 30, 2022. Dicapai pada September 28, 2022.
- ^ pixy_official on Twitter (December 16, 2022 tweet)
- ^ pixy_official on Twitter (December 18, 2022 tweet)
- ^ @pixy_official Twitter tweet (February 20, 2023 tweet)
- ^ @pixy_official on Twitter (October 24, 2023)
- ^ "Instagram". www.instagram.com. Dicapai pada 2024-06-20.
- ^ "Instagram". www.instagram.com. Dicapai pada 2024-09-15.
- ^ Peak chart positions on Circle Album Chart (formerly Gaon Album Chart):
- "Bravery". Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada May 18, 2022. Dicapai pada November 26, 2023.
- "Temptation". Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada October 16, 2021. Dicapai pada November 26, 2023.
- "Reborn". Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada June 23, 2022. Dicapai pada November 26, 2023.
- "Chosen Karma". Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada October 5, 2023. Dicapai pada November 26, 2023.
- ^ "Circle Chart" 2021년 21주차 Retail Album Chart [Week 21 of 2021 Retail Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada June 22, 2022. Dicapai pada November 11, 2021.
- ^ "Circle Chart" 2021년 10월 Album Chart [October 2021 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada November 11, 2021. Dicapai pada November 11, 2021.
- ^ "Album Chart 2022.06". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada July 7, 2022. Dicapai pada July 7, 2022.
- ^ Cumulative sales Of Chosen Karma on Circle Chart:
- "Circle Album Chart – Week 10, 2023". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 16, 2023. Dicapai pada March 16, 2023.
- "Circle Album Chart – Week 11, 2023". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada March 25, 2023. Dicapai pada March 23, 2023.
- "Circle Album Chart – Week 12, 2023". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada April 1, 2023. Dicapai pada March 29, 2023.
- "Circle Album Chart – Week 33, 2023". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada August 24, 2023. Dicapai pada August 24, 2023.
- "Circle Album Chart – Week 35, 2023". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada September 7, 2023. Dicapai pada September 7, 2023.
- "Circle Album Chart – Week 36, 2023". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada September 14, 2023. Dicapai pada September 14, 2023.
- "Circle Album Chart – Week 39, 2023". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada October 5, 2023. Dicapai pada October 5, 2023.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pixy (kumpulan muzik) |