Cherry Bullet | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre |
|
Tahun aktif | 2019 | –2024
Syarikat rakaman | FNC Entertainment |
Laman sesawang | Laman sesawang rasmi |
Bekas ahli |
|
Cherry Bullet (Hangul: 체리블렛 ; RR: cheri beullet) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubukan dan diuruskan oleh FNC Entertainment. Kumpulan ini debut pada 21 Januari 2019 dengan album single pertama mereka Let's Play Cherry Bullet. Kumpulan ini mempunyai tujuh orang ahli: Haeyoon, Yuju, Bora, Jiwon, Remi, Chaerin dan May. Pada asalnya terdiri daripada sepuluh orang ahli, Mirae, Kokoro dan Linlin meninggalkan kumpulan pada bulan Disember 2019.[1] Kumpulan ini dibubarkan pada 22 April 2024 selepas empat daripada tujuh orang ahli menamatkan kontrak mereka dengan FNC Entertainment.
Sejarah
Pra-debut
Haeyoon sebelum ini diperkenalkan sebagai salah seorang pelatih wanita yang mewakili FNC Entertainment pada rancangan survival Mnet, Produce 48. Dia menduduki tempat ke-19 dalam episod terakhir dan gagal menjadi ahli kumpulan pemenang, Iz*One.[2]
Bora sebelum ini merupakan pelatih di Music K Entertainment. Kedua-dua dia dan sesama ahli Yuju muncul dalam BTS Love Yourself: Her Highlight reel, dengan Bora dan Yuju juga membuat kemunculan dalam video muzik Honeyst "Someone to Love".[3]
Jiwon mengikuti uji bakat untuk musim pertama SBS K-pop Star dengan lagu "Because of You" oleh Kelly Clarkson, kemudian dia menjadi pelatih di bawah Starship Entertainment. Pada tahun 2012 dia muncul dalam video muzik Starship Planet White Love.[4]
Remi adalah pelatih dari Avex Proworks dan pertama kali muncul di segmen live-action Pretty Rhythm: Dear My Future pada tahun 2012 sebagai salah satu Prism Mates tetapi tidak lulus uji bakat untuk menjadi ahli rasmi.[5] Dia menjadi model untuk Repipi Armario di Point 65th Fashion Show's 2014 Spring Collection.[6] Kokoro juga merupakan pelajar di Avex Artist Academy di Nagoya, Jepun dan dia dicari oleh FNC Entertainment pada tahun 2016.[7]
2018–2020: Debut dengan Let's Play Cherry Bullet, Love Adventure, Mirae, Kokoro dan Linlin meninggalkan kumpulan dan single digital
Rancangan realiti debut kumpulan Insider Channel Cherry Bullet telah ditayangkan pada 8 November 2018 di Mnet. Rancangan realiti ini dibuat untuk memperkenalkan kumpulan dan setiap 10 orang ahli kepada penonton.[8]
Album single debut mereka Let's Play Cherry Bullet telah dikeluarkan pada 21 Januari 2019, mempunyai 3 buah lagu iaitu single utama "Q&A" dan 2 buah lagu lain, "Violet" dan "Stick Out". Mereka mengadakan showcase debut mereka pada hari yang sama di YES24 Live Hall di Gwangjin-gu, Seoul.[9]
Pada 9 Mei, telah disahkan bahawa Cherry Bullet akan melakukan comeback pada 22 Mei dengan album single kedua mereka Love Adventure dengan single utama "Really Really".[10][11]
Pada 13 Disember, FNC mengumumkan bahawa Mirae, Kokoro dan Linlin telah meninggalkan kumpulan ini dan menamatkan kontrak mereka.[12]
Kumpulan ini, dengan tujuh orang ahli yang tinggal telah mengeluarkan single digital pertama mereka "Hands Up" pada 11 Februari 2020.[13][14]
Pada 6 Ogos, Kumpulan ini telah mengeluarkan single digital kedua mereka "Aloha Oe".[15]
2021–2023: Cherry Rush, Girls Planet 999, Cherry Wish, Cherry Dash dan Queendom Puzzle
Pada 4 Januari, diumumkan bahawa Cherry Bullet telah bergabung dengan platform media sosial Weverse.[16] Kumpulan ini mengeluarkan album mini pertama mereka Cherry Rush dengan single utama "Love So Sweet" pada 20 Januari.[17]
Pada 3 Februari, diumumkan bahawa Cherry Bullet akan dikendalikan oleh sub-label baru FNC Entertainment iaitu FNC W, yang khusus untuk kumpulan wanita.[18]
Bora, Jiwon dan May telah disahkan mengambil bahagian dalam rancangan survival Mnet Girls Planet 999 yang akan datang, yang akan ditayangkan mulai 6 Ogos.[19] Jiwon tersingkir dalam episod 8, menamatkan di tempat ke-16 di K-Group. May telah tersingkir dalam episod 11, menamatkan di tempat ke-8 dalam J-Group dan tempat ke-24 secara keseluruhan. Bora telah tersingkir dalam episod akhir, meletakkan ditempat ke-9 dalam K-Group dan tempat ke-15 keseluruhan.
Pada 2 Mac 2022, Cherry Bullet mengeluarkan album mini kedua mereka Cherry Wish dengan single utama "Love In Space".[20]
Pada 7 Mac 2023, Cherry Bullet mengeluarkan album mini ketiga mereka Cherry Dash dengan single utama "P.O.W! (Play On the World)".[21]
Pada 18 Mei 2023, telah diumumkan bahawa ahli Bora, Jiwon dan Chaerin akan mengambil bahagian dalam rancangan survival Mnet Queendom Puzzle.[22] Chaerin tersingkir pada pusingan penyingkiran pertama dalam episod 7, manakala Jiwon dan Bora tersingkir pada pusingan penyingkiran kedua dalam episod 9.[23][24]
2024: Pembubaran
Pada 22 April 2024, FNC Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan ini telah dibubarkan secara rasmi selepas ahli Haeyoon, Jiwon, Remi dan May menamatkan kontrak eksklusif mereka dengan agensi itu, manakala Yuju, Bora dan Chaerin akan kekal di bawah FNC untuk aktiviti individu.[25]
Ahli
Bekas ahli
|
Garis masa
Diskografi
Album mini
Tajuk | Butiran | Kedudukan tertinggi carta | Jualan |
---|---|---|---|
KOR [26] | |||
Cherry Rush |
Daftar lagu
|
11 |
|
Cherry Wish |
Daftar lagu
|
7 |
|
Cherry Dash |
Daftar lagu
|
7 |
|
Album single
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan |
---|---|---|---|
KOR [26] | |||
Let's Play Cherry Bullet |
Daftar lagu
|
11 |
|
Love Adventure |
Daftar lagu
|
9 |
|
Single
Tajuk | Tahun | Kedudukan tertinggi carta | Album | ||
---|---|---|---|---|---|
KOR [32] |
KOR Hot [33] |
US World [34] | |||
"Q&A" | 2019 | — | — | 17 | Let's Play Cherry Bullet |
"Really Really" (네가 참 좋아) | — | — | — | Love Adventure | |
"Hands Up" (무릎을 탁 치고) | 2020 | — | 99 | 11 | Cherry Rush |
"Aloha Oe" (알로하오에) | — | — | — | ||
"Love So Sweet" | 2021 | —[A] | — | — | |
"Love in Space" | 2022 | —[B] | — | — | Cherry Wish |
"P.O.W! (Play On the World)" | 2023 | —[C] | — | — | Cherry Dash |
Videografi
Video muzik
Tahun | Video muzik | Pengarah | Ref. |
---|---|---|---|
2019 | "Q&A" | Jiyong Kim (FantazyLab) | [38] |
"Really Really" | SUNNYVISUAL | [39] | |
2020 | "Hands Up" (무릎을 탁 치고) | JIMMY (VIA) |
[40] |
"Aloha Oe" (알로하오에) | SUNNYVISUAL | [41] | |
2021 | "Love So Sweet" | Naive Creative Productions | [42] |
2022 | "Love In Space" | Kim Ja Kyung (Flexibel Pictures) |
[43] |
2023 | "P.O.W! (Play On the World)" | SUNNYVISUAL | [44] |
Filemografi
Rancangan realiti
Tahun | Tajuk | Tempoh | Rangkaian |
---|---|---|---|
2018-2019 | Insider Channel Cherry Bullet | 28 November hingga 9 Januari 2019 | Mnet |
Anugerah dan pencalonan
Asia Artist Awards
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2019 | Cherry Bullet | Popularity Award (Singer) | Tercalon |
Starnews Popularity Award (Female Group) | Tercalon | ||
2021 | Female Idol Group Popularity Award | Tercalon |
Genie Music Awards
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2019[45] | Cherry Bullet | The Top Artist | Tercalon |
The Female New Artist | Tercalon | ||
Genie Music Popularity Award | Tercalon | ||
Global Popularity Award | Tercalon |
Melon Music Awards
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2019 | Cherry Bullet | Best New Artist Award | Tercalon |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2019 | Cherry Bullet | Artist of the Year | Tercalon |
Best New Female Artist | Tercalon | ||
Worldwide Fans' Choice Top 10 | Tercalon | ||
2019 Qoo10 Favorite Female Artist | Tercalon |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2020 | Cherry Bullet | Rookie of the Year | Tercalon |
Popularity Award | Tercalon | ||
Hallyu Special Award | Tercalon |
Nota
- ^ "Love So Sweet" tidak memasuki Gaon Digital Chart, tetapi muncul di nombor 40 pada component Gaon Download Chart.[35]
- ^ "Love in Space" tidak memasuki Gaon Digital Chart, tetapi muncul di nombor 39 pada component Gaon Download Chart.[36]
- ^ "P.O.W! (Play On the World)" tidak memasuki Carta Digital Gaon, tetapi muncul di nombor 47 pada component Gaon Download Chart.[37]
Rujukan
- ^ "'AOA 여동생' 체리블렛, 오늘(21일) 데뷔..관전포인트 셋". OSEN via Naver (dalam bahasa korean). Dicapai pada February 7, 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "FNC, 10인조 신인 걸그룹 '체리블렛(Cherry Bullet)' 프로필 잇따라 공개…'프듀48' 박해윤, '연기돌' 보라 등 눈길". Naver News.
- ^ "'대형 신인' 체리블렛, 'Q&A' 음악방송 첫 무대로 진가 확인". Naver News.
- ^ "지원, FNC 새 걸그룹 멤버…연기 경험+다재다능 매력". Naver News.
- ^ "佐藤心咲の検索結果 - アニメガイド". Anime Guide (dalam bahasa Jepun). January 10, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2020. Dicapai pada January 10, 2020.
- ^ "point 第65期 店長会議 2014 spring collection出演!". Avex Proworks (dalam bahasa Jepun). February 20, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada January 13, 2020. Dicapai pada January 12, 2020.
- ^ "Cherry Bulletのプロフィール&最新ニュース". Wow Korea (dalam bahasa Jepun). November 29, 2018. Dicapai pada January 12, 2020.
- ^ "김효진 기자 - FNC '멤버 10명' 걸그룹 체리블렛, 엠넷 리얼리티 프로그램 '인싸채널 체리블렛' 28일 첫 방송". 톱스타뉴스. November 27, 2018.
- ^ "'아이돌 명가' FNC 신인 체리블렛의 당당한 데뷔 "빌보드 도전할래요" [스경X현장]". n.news.naver.com.
- ^ "Q&A". Twitter. FNC Entertainment. May 9, 2019. Dicapai pada May 9, 2019.
- ^ "[단독] FNC 新걸그룹 체리블렛, 5월 말 가요계 컴백..5개월만에 새 앨범". n.news.naver.com.
- ^ "FNC 측 "체리블렛 미래-코코로-린린과 계약해지, 7인조 재편"(공식입장 전문)". Naver (dalam bahasa Korea). Dicapai pada December 13, 2019.
- ^ "체리블렛, 오늘(11일) 컴백 #블렛패치 #에너제틱 #7인조". n.news.naver.com.
- ^ "'컴백' 체리블렛, 신곡 '무릎을 탁 치고(Hands Up)' 감상 포인트 셋". n.news.naver.com.
- ^ "'8월 6일 컴백' 체리블렛, '알로하오에 (Aloha Oe)' 타이틀 포스터 공개". n.news.naver.com.
- ^ "체리블렛, 4일 체리블렛 위버스 커뮤니티 오픈…글로벌 팬덤 위한 통합 서비스 제공". Naver.
- ^ "체리블렛, 5개월만 컴백..20일 미니 1집 '체리 러시' 발표[공식]". entertain.naver.com.
- ^ "FNC엔터, 전문 레이블 체제로…트로트·걸그룹 레이블 설립". entertain.naver.com.
- ^ "'걸스플래닛', 中 참가자에 발목?…방영 금지 국민청원 등장 [엑's 이슈]" (dalam bahasa Korea). XportsNews via Naver.
- ^ "체리블렛, 3월2일 컴백 확정…1년만의 귀환". news1.kr. February 17, 2022.
- ^ Lee, Geum-jun (February 17, 2023). "체리블렛, 봄의 컴백 알린다…'P.O.W!'로 컴백 예고" [Cherry Bullet announces spring comeback... Announcing a comeback with ‘P.O.W!] (dalam bahasa Korea). EtNews. Dicapai pada February 17, 2023 – melalui Naver.
- ^ Gong, Mi-na (April 26, 2023). [단독]체리블렛 지원·채린·보라, '퀸덤 퍼즐' 합류…글로벌 인기 노란다 [[Exclusive] Cherry Bullet Jiwon, Chaerin, and Bora Join the 'Queendom Puzzle'... Global popularity.]. SpoTV News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 26, 2023 – melalui Naver.
- ^ Go, Ara (July 26, 2023). "'퀸덤퍼즐 탈락 5人' 상아-채린-주이-서연-소은, 우리 다시 만나![엑's HD화보]" ['Queendom Puzzle 5 eliminated' Sang-A-Chae-Rin-Joo-Yi-Seo-Yeon-So-Eun, let's meet again! [X's HD pictorial]]. Xports News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada August 8, 2023.
- ^ Lee, Soo-hyun (August 9, 2023). "'퀸덤 퍼즐', 나나→휘서 14인 파이널 진출…파이→보라 7인 탈락" ['Queendom Puzzle', Nana → Huiseo advances to the 14-member final... Fye → Bora 7 eliminated]. Top Star News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada August 9, 2023.
- ^ "뉴스 : 네이버 TV연예". m.entertain.naver.com. Dicapai pada 2024-04-22.
- ^ a b "Gaon Weekly Album Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 30, 2019.
- "Let's Play Cherry Bullet (2019)". Dicapai pada May 30, 2019.
- "Love Adventure (2019)". Dicapai pada May 30, 2019.
- "Cherry Rush (2021)". Dicapai pada January 27, 2021.
- "Cherry Wish (2022)". Dicapai pada March 10, 2022.
- "Cherry Dash (2023)". Dicapai pada March 16, 2023.
- ^ "2021년 02월 Album Chart" [February 2021 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada March 10, 2021.
- ^ 2022년 03월 Album Chart [March 2022 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 7, 2022.
- ^ Cumulative sales of Cherry Dash on Circle Chart:
- "Circle Album Chart – March 2023". Circle Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada April 6, 2023. Dicapai pada April 5, 2023.
- ^ "2019년 02월 Album Chart" [February 2019 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada March 7, 2019.
- ^ "2019년 06월 Album Chart" [June 2019 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 11, 2019.
- ^ "Gaon Digital Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada February 19, 2020.
- ^ "Billboard Korea K-Pop 100". Billboard. Dicapai pada March 10, 2020.
- "Hands Up". February 22, 2020.
- ^ "World Digital Song Sales". Billboard. Dicapai pada August 8, 2019.
- "Q&A". February 2, 2019.
- "Hands Up". February 22, 2020.
- ^ 2021년 04주차 Download Chart [Week 04 of 2021 Download Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada January 27, 2021.
- ^ 2022년 10주차 Download Chart [Week 10 of 2022 Download Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada March 10, 2022.
- ^ 2023년 10주차 Download Chart [Week 10 of 2023 Download Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada March 16, 2023.
- ^ GDWDOP (January 30, 2019). "CherryBullet 'Q&A' Music Video". Vimeo.
- ^ SUNNYVISUAL (June 4, 2019). "[MV] Cherry Bullet(체리블렛) _ Really Really(네가 참 좋아)". Vimeo.
- ^ @via_by_jimmy (February 11, 2020). "체리블렛(Cherry Bullet)_무릎을 탁 치고(Hands Up) MV". Instagram.
- ^ SUNNYVISUAL (August 2, 2020). "[MV] Cherry Bullet - Aloha Oe". Vimeo.
- ^ "Cherry Bullet (체리블렛) "Love So Sweet" M/V". Studio Naive. January 29, 2021. Dicapai pada March 5, 2021.
- ^ "체리블렛 (Cherry Bullet) 'Love In Space' MV". FNCEnt. March 2, 2022. Dicapai pada March 3, 2022.
- ^ Cherry Dash (EP) (photobook). Cherry Bullet. South Korea: FNC W, Kakao Entertainment. 2023. Credits.CS1 maint: others (link)
- ^ "[뮤직토픽] '2019 MGMA', 여자 신인상 후보에 아이즈원이 없는 것에 대한 의구심". Topstarnews (dalam bahasa Korea). June 21, 2019.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Cherry Bullet |