Perhimpunan Agung Khas UMNO 2022 telah diadakan pada 15 Mei 2022 bersamaan dengan 14 Syawal 1443 Hijrah di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Perhimpunan ini diadakan selepas 2 bulan Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada Mac 2022 lalu. Perhimpunan ini diadakan bersekali dengan sambutan Hari UMNO yang ke 76 tahun dan juga sambutan Hari Raya Aidilfitri.[1]
Agenda perhimpunan
Perhimpunan Agung Khas diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti.[2][3]
Rujukan
- ^ "Selamat Bersidang, PAU Khas Lambang Perpaduan Dan Permuafakatan – Ahmad Zahid". umno-online.my. 15 Mei 2022. Dicapai pada 9 Jun 2022.
- ^ "Perwakilan UMNO dijangka luluskan tangguh pemilihan parti". Berita Harian. 9 Mei 2022. Dicapai pada 9 Jun 2022.
- ^ "PAU Khas luluskan usul pindaan Perlembagaan Umno". Harian Metro. 15 Mei 2022. Dicapai pada 9 Jun 2022.