ڤوست داڬڠن دنيا كوالا لومڤور Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur | |
---|---|
Nama alternatif | World Trade Centre Kuala Lumpur |
Maklumat umum | |
Status | Siap |
Jenis | Pusat konvensyen dan pejabat |
Lokasi | Jalan Tun Dr Ismail Kuala Lumpur, Malaysia |
Negara | Malaysia |
Koordinat | 3°10′5″N 101°41′30″E |
Pembinaan bermula | 1981 |
Disiapkan pada | 1984 |
Pembukaan | 26 September 1985 |
Dirasmikan pada | 2 September 1985 |
Pemilik | [3] |
Pengurusan | Putrade Property Management Sdn Bhd |
Butiran teknikal | |
Keluasan tingkat | 1.70 juta kaki²[1] |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Datuk Dr. Ikmal Hisham Albakri[2] |
Tapak web | |
https://worldtradecentrekl.com | |
sunting · sunting di Wikidata |
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur(Jawi:ڤوست داڬڠن دنيا كوالا لومڤور), yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (Jawi: ڤوست داڬڠن دنيا ڤوترا كوالا لومڤور) (PWTC; bahasa Inggeris: Pusat Dagangan Dunia Putra ), ialah pusat konvensyen dan pameran di, Kuala Lumpur, Malaysia. Tempat ini berkeluasan lebih 1.70 juta kaki persegi dengan 235,000 kaki persegi ruang pameran.[1]
Ia adalah pusat konvensyen bersejarah Malaysia dan tempat pilihan untuk konvensyen tempatan dan antarabangsa, konsert, perkahwinan, termasuk acara kecil seperti seminar, latihan dan mesyuarat.
Pembinaan dimulakan pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1984. Bangunan ini telah dibuka secara rasmi pada 26 September 1985. Sebelum PWTC, kawasan tersebut merupakan tempat diadakan Perhimpunan Agung UMNO tahunan yang pertama dan seterusnya.
Bangunan ini juga digunakan untuk Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa setiap tahun, sejak ia dipindahkan dari Stadium Merdeka pada tahun 1985.
Latar belakang
Asalnya bangunan 42 tingkat ini dinamakan Bangunan Tunku Abdul Rahman dan Menara Dato’ Onn sempena memperingati kedua-dua bekas Presiden UMNO. Bangunan ini menggabungkan ciri-ciri moden dengan budaya tradisi Melayu.
Sejarah
Cadangan pembinaan PWTC bermula pada 1971, semasa Perhimpunan Agong UMNO bersetuju untuk membina sebuah bangunan tetap sebagai ibu pejabat UMNO menggantikan premis sedia ada ketika itu di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Projek ini kemudian dipengerusikan oleh Presiden UMNO ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein. Sebuah tabung khas telah ditubuhkan bagi menampung kewangan projek tersebut.
Pada tahun 1972, UMNO telah membeli 4 hektar tanah di Jalan Tun Ismail. Menerusi tabung khas yang diwujudkan, sebanyak RM3 juta telah berjaya dikumpulkan dari bahagian UMNO dan juga individu.
Pada tahun 1979, Majlis Tertinggi UMNO telah meluluskan rekabentuk PWTC. Kemudian Mahathir Mohamad telah mengambil alih jawatan pengerusi daripada Tengku Razaleigh. Kemudian, kerja-kerja pembinaan PWTC telah dimulakan ketika itu kemelesetan ekonomi.
Pada tahun 1985, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur telah dinamakan Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra World Trade Center) (PWTC) sempena nama Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.
Peristiwa penting
- Pada 12-16 April 1986, Konvensyen PATA telah diadakan, merupakan majlis antarabangsa yang pertama dianjurkan di situ dengan 2,500 orang telah menghadiri persidangan tersebut.
- Kemudian pada 18-24 Oktober 1989, PWTC sekali lagi dipilih sebagai pusat persidangan Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang dihadiri oleh Queen Elizabeth II
- Setiap tahun Perhimpunan Agung UMNO telah diadakan di sini sejak tahun 1985.
- Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa juga diadakan setiap tahun.
- Penganjuran majlis pengiktirafan kerajaan terhadap sektor kebudayaan dan kesenian menerusi industri muzik, filem dan televisyen seperti Festival Filem Malaysia, Anugerah Sri Angkasa dan Anugerah Industri Muzik. Selain itu, penganjuran acara hiburan dari pihak swasta juga diadakan di sini, seperti Anugerah Skrin dan Anugerah Juara Lagu anjuran Media Prima.
Kontroversi
Pembiayaan PWTC
Barry Wain di dalam bukunya bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, membuat satu tuduhan yang mengejutkan bahawa ibupejabat Umno - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - dibiayai, sebahagiannya, oleh pembayar cukai.
Penulis, yang merujuk maklumat tersebut kepada wawancara pada 2007 dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin, berkata bank-bank berkenaan telah melupuskan sekurang-kurangnya RM140 juta faedah terkumpul.
Menurut Wain, harga siap sepenuhnya PWTC ialah RM360 juta. Jumlah yang dibiayai melalui pinjaman ialah RM199.5 juta dari bank milik kerajaan, Bank Bumiputera Malaysia Berhad dan RM64.9 juta dari Malayan Banking Bhd. laporan akauntan tersebut menyatakan bahawa sehingga Mac 1989, syarikat yang dilantik oleh Umno untuk membina bangunan itu, Khidmat Bersatu Sdn Bhd, hanya membayar faedah sebanyak RM51,570. [4]
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b "Putra World Trade Centre (PWTC)". Time Out Kuala Lumpur. 23 April 2014. Dicapai pada 19 October 2018.
- ^ "PWTC architect dies at 75". The Star. 15 January 2006. Dicapai pada 19 October 2018.
- ^ "PWTC, nilai sentimental Ku Li". Harian Metro (dalam bahasa Malay). 30 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-19. Dicapai pada 19 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Siapa biayai PWTC? ANDALAH - buku Barry Wain", Malaysiakini.com. 16 Januari 2010.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur |
Koordinat: 3°10′4.96″N 101°41′29.78″E / 3.1680444°N 101.6916056°E