Perdana Menteri Albania | |
---|---|
Kryeministri i Shqipërisë | |
Gelaran | Tuan Yang Terutama |
Anggota bagi | Council of Ministers of Albania (en) |
Bidang kuasa | Albania |
Kediaman | Kryeministria |
Dilantik oleh | Presiden |
Dibentuk | 29 November 1912 |
Pemegang pertama | Ismail Qemali |
Tapak web | Laman Sesawang Rasmi |
sunting · sunting di Wikidata |
Perdana Menteri Albania (Albania: Kryeministri i Shqipërisë ), secara rasminya dirujuk Perdana Menteri Republik Albania (Albania: Kryeministri i Republikës së Shqipërisë ), ialah ketua kerajaan Republik Albania dan orang yang paling berkuasa dan berpengaruh dalam politik Albania. Perdana Menteri memegang kuasa eksekutif negara dan mewakili Majlis Menteri dan mempengerusi mesyuaratnya.
Perdana Menteri dilantik oleh presiden Albania selepas setiap pilihan raya umum dan mesti mempunyai kepercayaan Parlimen Albania untuk kekal menjawat. Majlis bertanggungjawab menjalankan kedua-dua dasar asing dan tempatan. Ia mengarahkan dan mengawal kegiatan kementerian dan alat negara yang lain. Perdana Menteri dipilih atas dasar hak mengundi sejagat, melalui undi sulit, untuk tempoh empat tahun. Perlembagaan Albania menetapkan tiada had untuk tempoh jawatan perdana menteri.
Pemegang jawatan yang ke-33 dan yang sekarang ialah Edi Rama dari Parti Sosialis yang dipilih pada 23 Jun 2013 dan memulakan tempoh empat tahun pertamanya pada 15 September 2013.
Lihat juga
Rujukan
Templat:Prime Ministers of Albania Templat:Europe heads of state and government