Jenis/bentuk sah | Syarikat berkaitan kerajaan |
---|---|
Ibu pejabat | Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Tok Guru Nik Abdul Aziz 15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim |
Tokoh penting |
USTAZ DATO’ HJ. MOHD NASSURUDDIN HJ. DAUD (Pengerusi)
|
Pemilik | Kerajaan Negeri Kelantan |
Anak syarikat | PMBK didokong oleh 12 buah anak syarikat, antaranya [PMBK Sawit Sdn. Bhd.], [PMBK Development Sdn. Bhd.], [PMBK Az-zahab Sdn. Bhd.], [Kifaalah Sdn. Bhd.], [Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd.], [Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd.], [Daulah Najah Sdn. Bhd.], [Air Kelantan Sdn. Bhd.], [Kel-Intaaj Sdn. Bhd.], [Pengurusan Sisa Pepejal Mubaarakan Sdn. Bhd.], [Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd.] dan [Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn. Bhd.] |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Perbadanan Menteri Besar Kelantan merupakan sebuah agensi korporat dan peneraju pelaburan strategik kerajaan negeri Kelantan yang berprestasi tinggi dan berwibawa. Ia berperanan untuk mengambil alih, memegang dan membangunkan aset strategik bagi pihak kerajaan negeri.
Dalam menjalankan amanah dan tanggung-jawab, PMBK mempunyai kumpulan yang ditubuhkan dalam pelbagai sektor demi memajukan ekonomi negeri Kelantan. Antaranya di dalam sektor perladangan, pertanian, bioteknologi, latihan, pembangunan infrastruktur, perbandaran, perniagaan dan juga kebajikan rakyat di negeri ini.
Berteraskan perkhidmatan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan dalam sistem pengurusan dan melaksanakan tanggungjawab serta memainkan peranan sebagai agensi yang boleh dicontohi dengan memberikan perkhidmatan professional dan cemerlang kepada pihak berkepentingan dalam PMBK.
Selaras dengan moto, “Untung Dunia, Untung Akhirat” secara jelas meletakkan konsep takwa dalam setiap perancangan strategik PMBK bagi memastikan produk dan perkhidmatan yang gemilang demi keselesaan rakyat negeri Kelantan.