Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan atau ringkasnya PKINK ditubuhkan pada tahun 1966 di bawah Enakmen Negeri No.10. PKINK mula beroperasi pada 10 November 1969. Pengerusi PKINK yang pertama ialah YAB Dato' Hj Mohd Asri Bin Muda. Menteri Besar Kelantan merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah PKINK. Jawatan tersebut kini dipegang oleh YAB Ustaz Dato' Haji Ahmad Bin Yakob.
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 17 Oktober 1966 |
Laman sesawang | Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan |
Misi PKINK
Sebuah badan korporat yang bertanggungjawab dalam menerajui pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Negeri Kelantan, berlandaskan prinsip - prinsip Islam, untuk kesejahteraan Ummah.
Peranan PKINK
- Pembangunan sosio-ekonomi keseluruhan
- Mempelopori industri berpotensi
- Menjana harta korporat
- Mewujudkan Masyarakat Perdagangan & Perindustrian Bumiputera
- Memegang teguh nilai dan prinsip Islam
PKINK memberikan tumpuan kepada dua aspek yang utama, iaitu :
Pembangunan sosio ekonomi
- Pembangunan infrastruktur asas dan ameniti
- Pembinaan serta mengadakan rumah kos rendah dan kemudahan komersil
- Latihan dan penempatan
- Penwujudan peluang pekerjaan
Pembangunan industri dan komersil
- Pembangunan dalam kemudahan perindustrian
- Pelaburan dalam bidang komersil melalui
- Pelaburan sendiri
- Usahasama dan pengabungan strategik
- Penswastaan