Perang Saudara Libya 2011 | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Kebangkitan dunia Arab | |||||||
(situasi pada 11 April 2011) | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Persidangan Negara Pembangkang Libya Tunisia Puak Anti-Gaddafi[2] Anggota-anggota Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menguatkuasakan Resolusi UNSC 1973: Templat:Collapsible bulletlist | |||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Mustafa Abdul Jalil[15] Charles Bouchard[19] |
Muammar Gaddafi | ||||||
Kekuatan | |||||||
Kira-kira 17,000 sukarelawan pada 24 Mac[20] (1,000 orang terlatih pada 23 Mac)[21] Angkatan Antarabangsa: Banyak tentera udara dan maritim | 10,000[22]–20,000+[23] askar, bilangan militia tidak pasti | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
2,034-2,770 pejuang, aktivis dan penyokong pembangkang terbunuh Angkatan Antarabangsa: 1 USAF F-15E Strike Eagle terhempas (kedua-dua juruterbang terselamat)[24] | 849-922 askar terbunuh | ||||||
Anggaran jumlah korban kedua-dua pihak termasuk orang awam: 2,000[25]–10,000[26] |
Perang saudara Libya 2011 ialah konflik bersenjata yang berlangsung di negara Libya antara pihak yang cuba menggulingkan Muammar Gaddafi lalu mengadakan pilihan raya demokratik,[27][28] dan angkatan pro-Gaddafi. Situasi ini bermula dengan tunjuk perasaan damai yang cuba ditindas oleh angkatan keselamatan Gaddafi sejak 15 Februari 2011. Seminggu kemudian, pemberontakan ini telah merebak ke merata negara dan Gaddafi bergelut untuk mempertahankan penguasaannya.[29] Gaddafi membalas dengan kekuatan tentera dan langkah-langkah lain seperti penapisan akhbar dan penyekatan komunikasi.
Kemudian, keadaan ini bertukar menjadi konflik bersenjata, apabila pihak pemberontak membentuk sebuah gabungan bergelar Majlis Peralihan Kebangsaan yang bertapak di Benghazi. Mahkamah Jenayah Antarabangsa memberi Gaddafi amaran bahawa beliau dan ahli-ahli kerajaannya mungkin telah melakukan jenayah kemanusiaan.[30] Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan satu resolusi untuk membeku aset-aset Gaddafi dan 10 orang sekutunya serta menyekat kebebasan perantauan mereka. Resolusi itu juga merujukkan tindakan-tindakan pemerintahan Gaddafi kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk disiasat.[31] Pada awal Mac, angkatan Gaddafi berarak ke arah timur dan menawan semula beberapa kota pinggir pantai sebelum menyerang Benghazi. Satu lagi resolusi PBB membenarkan negara-negara anggotanya untuk menetapkan dan menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya.[32] Kerajaan Gaddafi kemudiannya mengumumkan gencatan senjata, tetapi gagal mematuhinya sendiri.[33]
Latar belakang
Muammar al-Gaddafi memerintah negara Libya selaku "Ketua dan Pemandu Revolusi" semenjak menggulingkan sistem beraja pada tahun 1969. Ekoran pesaraan Fidel Castro pada tahun 2008 dan kematian Omar Bongo pada tahun 2009, Gaddafi ialah ketua negara bukan diraja yang paling lama memerintah di dunia.
Pada 13–16 Januari, atas rasa marah terhadap kerenah tangguh-menangguh dan gejala rasuah, gerombolan-gerombolan penunjuk perasaan di Darnah, Benghazi, Bani Walid dan kota-kota lain di Libya memecah masuk lalu menawan kawasan perumahan yang sedang dibina oleh kerajaan.[34][35] Pada 27 Januari, kerajaan membalas ketegangan perumahan itu dengan dana pelaburan $24 bilion untuk perumahan dan pembangunan.
Pada akhir bulan Januari, seorang penulis, pengulas politik dan juruakaun bernama Jamal al-Hajji, "menyeru supaya tunjuk perasaan diadakan untuk menuntut lebih kebebasan di Libya" seperti yang diilhamkan dari pemberontakan di Tunisia dan Mesir. Pada 1 Februari, beliau ditahan oleh pegawai polis berpakaian awam, lalu didakwa atas kesalahan mencederakan orang dengan keretanya dua hari kemudian. Amnesty International mendakwa bahawa memandangkan al-Hajji pernah dipenjarakan kerana meluahkan pendapat politiknya yang tidak ganas, penahanan beliau kali ini nampaknya didorong oleh seruannya demi tunjuk perasaan.[36]
Rujukan
- ^ Staff (6 Mac 2011). "Ferocious Battles in Libya as National Council Meets for First Time". NewsCore (melalui News Limited). Dicapai pada 27 Mac 2011.
- ^ Alexander, Caroline (25 Februari 2011). "Libya's Tribal Revolt May Mean Last Nail in Coffin for Qaddafi". Bloomberg Businessweek. Dicapai pada 26 Mac 2011.
- ^ "'Jordanian fighters protecting aid mission'". The Jordan Times. 6 April 2011. Dicapai pada 6 April 2011.
- ^ Staff (21 Mac 2011). "Gulf Bloc: Qatar, UAE in Coalition Striking Libya". Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-21. Dicapai pada 26 Mac 2011.
- ^ Staff (25 Mac 2011). "UAE Updates Support to UN Resolution 1973". WAM (Emirates News Agency). Dicapai pada 26 Mac 2011.
- ^ Apps, Peter (24 Februari 2011)."Is Libya's Gaddafi Turning to Foreign Mercenaries?" Diarkibkan 2011-11-30 di Wayback Machine. Reuters. Diambil pada 26 Mac 2011.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamachildren
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamachadian
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamatuaregs1
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamatuaregs2
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamatuaregs3
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamatuaregs4
- ^ Staff (19 Februari 2011)"Scores Die in Third Day of Libya's Anti-Gaddafi Protests – Gaddafi Recruits 'African Mercenaries' To Quell Protests". Al Arabiya. Retrieved 26 March 2011.
- ^ Swaine, Jon (27 Februari 2011).African Mercenaries 'Immune from Prosecution for War Crimes' – African Mercenaries Hired by the Gaddafi Regime To Kill Libyan Protesters Would Be Immune from Prosecution for War Crimes Due to a Clause in This Weekend's UN Resolution That Was Demanded by the United States". The Daily Telegraph. Diambil pada 26 Mac 2011.
- ^ "Middle East Unrest – Live Blog". Reuters.
- ^ Staff (8 Mac 2011). "Libya's Opposition Leadership Comes into Focus". Stratfor (viaBusiness Insider). Dicapai pada 26 Mac 2011.
- ^ "Rebels Forced from Libyan Oil Port". BBC News. 10 Mac 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-29. Dicapai pada 2011-02-28. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Staff (10 Mac 2011). "The Battle for Libya: The Colonel Fights Back – Colonel Muammar Qaddafi Is Trying to Tighten His Grip on the West, While the Rebels' Inexperience Leaves Them Vulnerable in the East". The Economist. Dicapai pada 26 Mac 2011.
- ^ Staff (25 March 2011). "Canadian To Lead NATO's Libya Mission". CBC News. Dicapai pada 26 March 2011.
- ^ Staff (24 March 2011)."Libya: France Jet Destroys Pro-Gaddafi Plane".BBC News. Diambil pada 26 Mac 2011.
- ^ Staff (23 March 2011)."Libya Live Blog – March 24" Diarkibkan 2011-03-24 di Wayback Machine. Al Jazeera. Diambil pada 26 Mac 2011.
- ^ "Gaddafi's military capabilities". Al Jazeera. 3 Mar 2011.
- ^ "Airstrikes leave rebels, pro-Gadhafi forces matched". Associated Press. 6 April 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-19. Dicapai pada 6 April 2011.
- ^ "Libya: Live" Diarkibkan 2011-03-22 di Wayback Machine. The Daily Telegraph. 22 Mac 2011.
- ^ Staff writer (2 March 2011). "RT News Line, March 2". RT. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-10. Dicapai pada 15 Mac 2011.
- ^ "Libya death toll 'reaches 10,000'". Al Jazeera. 19 April 2011. Dicapai pada 23 April 2011.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamavision
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamavision2
- ^ Barker, Anne (24 Februari 2011). "Time Running Out for Cornered Gaddafi". ABC News. Dicapai pada 26 March 2011.
- ^ Kranjc, Svebor (28 Februari 2011). "Libyan Attacks Could Be Crime Vs Humanity: ICC". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-21. Dicapai pada 26 Mac 2011.
- ^ (pendaftaran diperlukan) Wyatt, Edward (26 Februari 2011). "Security Council Calls for War Crimes Inquiry in Libya". The New York Times. Dicapai pada 27 Februari 2011.
- ^ Staff (17 March 2011). "Security Council Authorizes 'All Necessary Measures' To Protect Civilians in Libya". UN News Centre. Dicapai pada 17 March 2011.
- ^ Staff (19 Mac 2011). "Missiles Strike Libya in First Wave of Allied Assault – Gadhafi Vows To Defend Against 'Colonial, Crusader' Aggression". MSNBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-12. Dicapai pada 26 Mac 2011.
- ^ "Libyans protest over delayed subsidized housing units". 16 Januari 2011.
- ^ Mohamed, Abdel-Baky (16 Januari 2011). "Libya protest over housing enters its third day". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-19. Dicapai pada 2011-02-20.
- ^ "Libyan writer detained following protest call". Amnesty International. 8 Februari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-08. Dicapai pada 8 Februari 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Perang saudara Libya |