Perakam DVD (turut dikenali sebagai DVDR, terutamanya di luar UK dan Ireland), adalah sebuah perakam cakera optik yang merekod secara digital isyarat analog atau digital menggunakan teknologi-teknologi rakaman cakera optik ke cakera DVD kosong yang boleh ditulis. Alat-alat ini boleh didapati samada dalam bentuk pemacu yang dipasang pada komputer atau komponen kendiri untuk kegunaan studio televisyen mahupun set teater rumah.
Kini, terdapat juga kamera video yang dilengkapi perakam DVD bagi merakam video terus ke DVD dan juga terdapat perakam DVD yang dilengkapi dengan penala TV bagi merakam siaran televisyen terus ke DVD.
Maklumat Teknikal
[sunting | sunting sumber]Pada awalnya, perakam DVD hanya menyokong satu daripada tiga piawaian: DVD-RAM, DVD-RW (menggunakan DVD-VR), dan DVD+RW (menggunakan DVD+VR), di mana tiada satupun yang serasi antara satu sama lain. Bagaimanapun, kebanyakan pemacu DVD menyokong kedua-dua piawaian + dan juga -, manakala hanya beberapa sahaja yang menyokong piawaian DVD-RAM, di mana ia tidak serasi dengan pemacu-pemacu DVD standard.
Kelajuan rakaman amnya dinyatakan dalam nilai X (menyerupai penggunaan CD-ROM), di mana 1X dalam penggunaan DVD adalah sama dengan 1.321 MB/s, secara kasar bersamaan dengan 9X dalam penggunaan CD-ROM.[1] Bagaimanapun, ini secara asasnya diamalkan oleh perakam DVD pada komputer. Perakam DVD kendiri pula biasanya merekod dalam masa nyata, iaitu kelajuan 1X.
Perakam menggunakan laser (biasanya merah 650nm) untuk membaca dan menulis DVD. Laser bacaan biasanya tidak lebih daripada 5mW, manakala laser penulisan lebih berkuasa. Lagi cepat kelajuan menulis, lagi tinggi tenaga laser tersebut. Laser penulis DVD seringkali memuncak kepada 100-400 mW[2] dalam gelombang selanjar (sebilangannya gelombang denyut).
Pemacu DVD (komponen komputer)
[sunting | sunting sumber]Perakam DVD kini menjadi komponen standard dalam kebanyakan sistem komputer di pasaran kini. Ia boleh digunakan bersama perisian pengarangan DVD to membuat DVD yang hampir atau sama dengan kualiti komersial, dan ia juga digunakan dengan meluas untuk sandaran dan pertukaran data. Dalam kebanyakan hal, perakam-perakam DVD berasaskan komputer juga boleh mengendalikan CD-R dan CD-RW, malah sejumlah perakam-perakam DVD kendiri sebenarnya menggunakan pemacu yang direka untuk komputer.
Pemacu perakam DVD yang dibuat sejak Januari 2000, dikehendaki oleh Konsortium DVD supaya menghormati kod rantau DVD apabila membaca cakera, tetapi tidak boleh menulis kod rantau apabila menulis cakera (ini kerana kod ratau tertulis pada cakera dimana perakam DVD berasaskan komputer dan kendiri tidak mempunyai capaian).
Perakam DVD Kendiri
[sunting | sunting sumber]Unit-unit awal hanya menyokong DVD-RAM dan DVD-R, tetapi unit-unit terkini boleh merakam semua format utama DVD-R, DVD-RW, DVD+R, DVD+RW, DVD-R DL dan DVD R+DL. Sebilangan model kini mempunyai cakera keras bagi memudahkan penggunaan. Perakam DVD kendiri umumnya mempunyai perisian perisian pengarangan DVD terbina dalam yang asas; bagaimanapun, hasil DVD itu adalah amat asas dan biasanya di bawah kawalan unit itu sepenuhnya.
Sebilangan orang percaya bahawa perakam DVD akan menggantikan VCR sebagai standard bagi peranti rakaman televisyen; akan tetapi dengan perkembangan teknologi, pada 2009 Panasonic memperkenalkan perakam Blu-ray pertama di dunia yang berupaya merakam kedua-dua cakera DVD dan Blu-ray dan juga mempunyai penala televisyen satelit berdefinisi tinggi. Setahun selepas itu, Panasonic memperkenalkan Perakam Blu-Ray dengan penala televisyen definisi tinggi terestial.
Perakam DVD mempunyai beberapa kelebihan teknikal berbanding VCR, termasuk:
- Kualiti video dan audio yang lebih baik
- Media cakera yang lebih kecil serta mudah dikendalikan, juga lebih tahan lama daripada pita magnetik.
- Capaian bab-bab video secara rawak tanpa perlu mandir atau mundar laju.
- Pelabelan dan sarikata pelbagai bahasa yang tidak didapati pada VCR.
- Pengurangan haus dan lusuh akibat main semula.
- Salinan digital berkualiti tinggi, dengan sedikit atau tanpa kehilangan generasi.
- Suntingan lebih baik, sekurang-kurangnya pada media boleh tulis semula.
- Penyenaraian main
- Tiada risiko merekod atas kandungan yang telah ada secara tidak sengaja atau tidak cukup ruang semasa merekod tanpa disangka.
- Mudah untuk mencari rakaman kerana menu bab.
Bagaimanapun, terdapat satu kesulitan di mana DVD yang dirakam dengan perakam DVD mesti diselesaikan untuk melihat dengan pemain DVD lain. (Kekurangan ini tidak ada pada cakera DVD-RAM atau DVD+RW, yang tidak perlu diselesaikan kerana bersifat "capaian rawak".) Pelaksanaan mampatan MPEG-2 juga yang digunakan pada kebanyakan perakam DVD kendiri adalah dikehendaki untuk memampatkan data gambar dalam waktu nyata, membuatkan hasil yang dikehendaki tidak setaraf dengan standard profesional yang boleh mengambil masa berhari-hari untuk mampatan.
Di negara seperti Jepun dan Amerika Syarikat, di mana negara-negara ini telah beralih ke siaran digital dan perakam DVD dilengkapi dengan penala televisyen digital, keperluan untuk mengekodkan semula video kepada MPEG-2 sudah tidak diperlukan. Bagaimanapun, pengekodan semula masih lagi diperlukan jika strim video tersebut tidak patuh DVD (DVD-compliant).
Kini pembuat telah menggabung perakam DVD dengan perakam video digital berasaskan cakera keras, membenarkan untuk rakaman ke cakera berkapasiti besar, dan keupayaan untuk melihat rakaman ini dari cakera keras kemudian.
Perakam MiniDVD
[sunting | sunting sumber]MiniDVD 8 cm digunakan dengan meluas dalam kamera perakam (camcoder) digital, terutamanya untuk pasaran konsumer. Cakera miniDVD biasanya boleh dimainkan menggunakan pemain DVD standard, tetapi mungkin tidak boleh direkod menggunakan perakam DVD standard. Walaupun ia agak popular kerana mudah (jika dibandingkan dengan VHS-C), kamera perakam DVD tidak dianggap sesuai untuk kegunaan kasual, ini kerana kadar mampatan yang tinggi berbanding miniDV dan kepayahan untuk menyunting video berformat MPEG-2.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- DVD
- Video digital
- Perakam video digital (DVR)
- Perakam kaset video (VCR)
- Penskala video
- Pemacu cakera optik (ODD)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Understanding DVD - Recording Speed". Optical Storage Technology Association (OSTA). Dicapai pada 4 Disember 2012.
- ^ "Laser Diode Power Output Based on DVD-R/RW specs". Elabz.com. 9 April 2011. Dicapai pada 4 Disember 2012.